Total Pageviews

Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Apa akan berlaku semasa kemelesetan ekonomi 2015?

Saya pernah menjalankan perniagaan sewaan sistem bunyi di kala ekonomi merudum

Ekonomi meleset sedang menanti gerbang 2015.
Apa akan berlaku? Adakah semua orang akan menerima kesannya?
Ya.. Memang semua terkesan.
Tapi bukan semuanya buruk.
Apabila ekonomi meleset, perbelanjaan isi rumah akan paling terkesan.
Nilai belian akan merudum kerana masing - masing mengikat perut menjerut kocek.
Maka apa kesan kepada industri?
Pemain industri akan segera mencari jalan keluar.
Sama ada langkah jangka pendek atau panjang, mereka perlu lakukan sesuatu.
1. Langkah penjimatan kos operasi : Ini adalah yang paling popular untuk dilakukan dengan cara mengurangkan kos perbelanjaan keraian, kos sampingan dan yang paling berkemungkinan ialah pemberhentian pekerja. Ini adalah kerana gaji dan apa saja yang bersangkut paut dengan sumber manusia biasanya akan memerlukan lebih 50% dari kos keseluruhan operasi.
2. Industri akan mula mencari jalan mempengaruhi pembeli dengan bentuk bungkusan baru, rupa produk yang baru, jualan murah penghabisan stok dan mungkin pengenalan produk baru yang lebih menarik minat pembeli yang sedang sangat berkira - kira untum berbelanja.
3. Perubahan kepada penggunaan bahan mentah oleh industri akan berlaku. Industri perlu bertindak kreatif dalam menghasilkan produk kerana pilihan bahan mentah yang lebih murah akan dapat mengurangkan kos mereka dengan drastik. Ini selanjutnya akan mewujudkan iklim inovasi industri yang lebih baik.
4. Kewujudan ramai freelancer; oleh kerana ramai yang sedang akan mengambil pelbagai skim pemberhentian secara sukarela dengan pampasan maka ia akan membuatkan pasaran freelance membesar. Ramai yang dengan kepakaran khusus akan menawarkan tenaga mereka dengan harga yang kompetetif. Industri juga akan lebih berminat dengan freelancer kerana mereka lebih mudah mengawal kos.
5. Aktiviti pemasaran akan meningkat. Dengan keadaan pembeli yang lebih memilih, industri perlu berusaha lebih untuk mempengaruhi pembeli. Ini akan membuatkan lebih banyak kempen akan muncul dan kreativiti dalam berkempen akan makin terserlah. Tambahan pula dengan adanya media sosial, ia akan semakin rancak. Ini juga waktu yang sesuai untuk melobi penajaan!
Oleh yang demikian, bersedialah mengalami suasana ini. Rancang kerjaya dan perbelajaan anda dengan baik. Lihatlah kemungkinan - kemungkinan yang ada. Sudah tiba masanya untuk kita memaksimumkan kebolehan yang sedia ada. Ekonomi pasti ada naik dan turun sebagaimana kita hidup dalam kitaran bahagia dan ujian dariNya. Maka kekalkan daya positif anda.
Seperti yang selalu saya katakan;
KESEMPITAN ADALAH ASAS KEPADA KREATIVITI

Sibu, Sarikei dan Bintangor

Salah satu sebab kenapa saya sangat mencintai kerja saya ialah, ia membawa saya ke tempat - tempat yang saya tidak pernah terokai dan ia memberikan pengalaman baru setiap kali. Apabila di maklumkan projek sepaktakraw Trio Impian yang pasukan saya usahakan di arahkan ke Bintangor Sarawak - kami cuba mencarinya menerusi Google pastinya. Dan bila nama tempat itu dimaklumkan kepada kami, masing - masing berpandangan tanpa sesiapa dikalangan kami tahu mengenainya.

Kami sempat menginap di Sibu selepas selesai tugas di Bintangor. Berikut ialah beberapa foto yang dapat saya rakamkan untuk tatapan semua.

Foo Chow Clan - Sangat berkuasa di Sibu


Bangunan ini di bina atas tanah yang di tambak dan kini menjadi salah satu mercu tanda Sibu

Dataran Sibu


Pesta sebegini kerap diadakan bagi menarik kunjungan pelancong domestik khususnya









Salah satu perkara yang menarik perhatian saya ialah kewujudan pelbagai jenis pegangan Kristian di Sibu yang meraikan kepelbagaian dalam beragama. Malah, tidak kira usia muda dan tua saling rajin ke gereja dan disambut dimuka pintu dengan wajah ceria orang muda.


Pasar malam di Sibu

Buku dan poster pelbagai agama dijual oleh peniaga yang sama

Makanan istimewa ada di sini.


Pasar Sibu yang sangat besar dengan tempat letak kereta setinggi 6 tingkat






Kemudahan gelanggang badminton yang sangat elok membuatkan saya cemburu kerana tiada satu yang serupa dengannya bagi sepaktakraw di Malaysia ini

Pemandangan dari bumbung pasar Sibu






Heritage Centre yang merupakan salah satu projek gajah putih. Lokasi dan infranya bagus, tapi tiada isi di dalamnya

Kenaikan tarif eletrik tidak membebankan rakyat?

1 Jun 2011 bukan sahaja penanda bahawa tahun 2011 sudah pun memasuki bahagian keduanya. Ia diserikan lagi dengan pelbagai pengumuman kenaikan harga (baca tarif) dari eletirk sehinggalah ke harga susu. Dan dengan ayat - ayat tersusun indah dan lunak didengar, pihak kerajaan menyatakan ianya untuk kebaikan rakyat! Anda setuju?

Saya tidak setuju. Anda mungkin setuju sekiranya bacaan anda mengenai perkara ini hanya melibatkan pengguna berskala besar dan anda yang rumahnya menggunakan kurang 300kw tidak terjejas. Cuba pergi ke tengah bandar atau kawasan rumah kedai yang menjadi tempat anda membeli pelbagai barangan harian. Adakah kedai runcit, kedai roti, McDonalds, KFC, kilang ais, kedai gunting rambut, kilang makanan sejuk beku dan pelbagai lagi sektor perniagaan menggunakan kurang dari 300kw? Adakah anda merasakan mereka akan menyerap kos kenaikan TARIF (fahamkah rakyat maksud TARIF ini?) dan mengekalkan harga pasaran produk atau perkhidmatan mereka? 

Pastinya kesan domino ini akan kembali kepada pengguna! Ya... anda, saya dan rakyat yang lain perlu membayar lebih harga produk dan perkhidmatan yang kita gunakan kerana kenaikan harga yang pelbagai ini. 

Ubah gaya hidup? Bagaimana caranya? Kepimpinan melalui tauladan - maka mampukah pemimpin kita mengubah gaya hidup mereka? Sanggupkah anak PM berhenti menggunakan Bentley dan bertukar kepada VIVA? Bolehkah gaji menteri dikurangkan dan pelbagai keistimewaan lain ditarik?

Rakyat didahulukan?

Jualan kereta sebagai penanda aras ekonomi?

Sejak kebelakangan ini saya kerap membeli majalah iklan yang memberikan tumpuan kepada jualan kenderaan - Motor  Trader dan On The Road. 2 majalah ini sangat menarik minat saya kerana mereka meraih keuntungan dari dua pihak - pengiklan dan pembaca.


Namun, saya mula melihat perubahan majalah  - majalah ini berbanding tahun - tahun yang sebelumnya. Kelihatan iklan menjual kenderaan mewah - Bentley, Ferrari, Lamborghini dan sebagainya sehinggalah ke MPV seperti Vellfire dan SUV seperti Hummer memenuhi lebih separuh dari keseluruhan helaian majalah itu. Segmen kereta '2nd Hand' atau terpakai nampaknya hanya mengambil suku sahaja dan selebihnya di isi ruangan aksesori kereta.

Satu persoalan besar bermain di fikiran saya - adakah kebanjiran kereta 'Reconditioned' ini menunjukkan permintaan tinggi dari pembeli? Sekiranya benar ini bermakna semakin ramai yang mampu membeli kereta yang rata - ratanya memiliki tanda harga melebihi RM130,000.00 Dengan kadar bunga pinjaman pembelian kenderaan kini, pembeli perlu membayar sekurang - kurangnya RM1,200.00 sebulan untuk kenderaan seperti harga di atas untuk pinjaman selama 108 bulan atau 9 tahun.

Jika kadar itu di ambil kira, adakah ini bermaksud kadar pendapatan rakyat kini sudah meningkat? Saban hari kita terdengar orang mengeluh kerana pendapatan yang semakin tidak mencukupi berbadning kos sara hidup. Namun dengan kebanjiran kenderaan mewah ini seolah - olah menunjukkan sebaliknya? Siapakah yang semakin kembung koceknya? Kakitangan kerajaan? Swasta? Ramai sangatkah peniaga atau usahawan yang stabil dan berjaya sehingga mampu membeli kereta mewah? Adakah ini sekadar senario 'Biar papa asal bergaya'?

Dengan kadar harga petrol dan diesel yang terus - terusan diselaras dan di rasionalisasi, kelihatan semakin banyak kenderaan berprestasi tinggi di jalan - jalan raya. Barangkali benar kata PM kita - keadaan ekonomi kita semakin pulih.

Mohsen Amdan Berkata : Khabarnya ada sebuah Bugatti Veyron baru dibeli oleh seorang tokoh perniagaan tersohor di negara ini - dan beliau adalah seorang Melayu!