Total Pageviews

Sukaneka bersama warga emas di Seksyen 24 Shah Alam

5 Mac 2011
Saya bersama Luqman, Zamzuri dan pelajar - pelajar UITM Shah Alam sekali lagi bersama warga emas di Seksyen 24 Shah Alam dalam program Gaya Hidup Sihat. Program kali ini lebih bersifat sukaneka dan pelajar UITM diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ini sepenuhnya. Saya lebih banyak bertindak sebagai pengacara dan penghibur nampaknya kali ini. Luqman pula lebih banyak memainkan peranan sebagai tukang catat. Saya tidak mahu mengulas panjang...saya mahu anda saksikan sendiri video gelagat warga emas yang sangat cool dan sporting ini.







Isu semasa; Kemelesetan ekonomi, kenaikan harga dan situasi politik.

Satu persatu kenyataan dari ahli politik negara mengenai keadaan ekonomi Malaysia, kenaikan harga barang dan inflasi memeningkan kepala kita. Dalam dunia pembaca dan pendengar semakin terbuka kepada pelbagai sumber, pemimpin - pemimpin politik seolah - olah menyangka yang rakyat begitu mudah menelan apa saja yang diluahkan. 



Kemenangan di PRK Kerdau dan Merlimau oleh BN bagi saya bukanlah satu terjemahan bahawa segalanya dalam keadaan baik dan dalam kawalan, tetapi lebih kepada rakyat yang tidak mempunyai pilihan serta keliru dengan apa yang sepatutnya dilakukan.

Dengan situasi di Asia Barat yang lebih kepada revolusi dari reformasi, rakyat Malaysia juga pada hemat saya menginginkan perubahan. Lihat saja komen dan kritikan rakyat mengenai pembayaran saman baru - baru ini. Tiada seorang pun yang setakat ini saya jumpa dan berbual mengenainya berfikiran bahawa pembayaran saman dan saman ekor ini perkara baik. Ya..saya setuju bahawa siapa yang bersalah harus dihukum. Tetapi adakah saman ekor jalannya?



Harga barang semakin mahal dan justifikasi pemimpin ianya bersifat global - ya..sekali lagi saya setuju. Tetapi kenaikan bukan berita yang ingin rakyat dengari ketika ini. Bukan juga pengumuman pembelian senjata baru oleh Angkatan Tentera Malaysia dan mempamerkannya pula. Apa yang ingin rakyat tahu ialah, apa langkah menyelesaikan masalah ini.

Pembaca sekalian, sedarkah kita bahawa harga makanan yang kita bayar hari ini sebenarnya lebih kepada kos pengangkutan makanan itu sampai kepada kita? Sepinggan makanan memerlukan pelbagai perbelanjaan pengangkutan sebelum tiba di meja kita. Dari kebun sayur ke pasaraya. Kos ini dipengaruhi oleh harga minyak dunia. Maka apakah penyelesaiannya? Apa khabar polisi pertanian dan tanaman kita? Khabarnya gaji pekerja ladang akan diselaraskan. Persoalannya, mahukah anak tempatan bekerja di ladang? Adakah dengan pengambilan buruh asing penyelesaiannya? Mengapa negara seperti Taiwan, Jepun mahupun Korea Selatan hanya menggunakan tenaga tempatan untuk mengendalikan tanaman? Bagaimana mereka lakukan ini?


Subsidi di lihat sebagai jalan kerajaan mengimbangi perkara ini. Pada hemat saya ia harus diperhatikan dalam pelbagai sudut. Antaranya ialah subsidi sebagai mekanisme kawalan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Atas dasar ini, perhatikan kelompok yang bagaimana masih menyokong BN hari ini? Golongan mana pula yang lebih banyak menentang? Fikirkan bersama...





Kursus Komunikasi Berkesan - Bersama kakitangan Universiti Malaya

28 Februari 2011 dan 1 Mac 2011 saya telah diundang oleh HPI Consultants untuk mengendalikan kursus Komunikasi Berkesan untuk kakitangan sokongan Universiti Malaya. Sememangnya saya sangat teruja kerana kebanyakan peserta ini mengenali Allahyarhamah kakak saya iaitu Zaleha Amdan yang juga bekas kakitangan UM dan abang ipar saya yang baru sahaja menamatkan kontrak dengan UM. Lebih menceriakan kali ini ialah Man - kenalan dari Kampung Cheras Baru tempat asal saya juga menjadi peserta kali ini. Setelah tidak bertemu berbelas tahun akhirnya jumpa di dalam kursus. Man lebih kerap bertemu dengan bonda saya kerana isterinya mendapatkan khidmat urut selepas bersalin dengan bonda saya.

Membina reputasi dibawah 60 saat

Kursus yang dijalankan di UMMCED ini berjalan lancar walaupun perancangan saya terpaksa diubah. Ini kerana bilik seminar yanag agak kecil dan ruang aktiviti yang agak terbatas. Selain itu hasrat awal saya ialah ingin membawa peserta berkomunikasi dengan orang awam di sekitar lokasi tetapi kedudukan UMMCED ini yang agak terasing membuatkan cadangan saya terbantut.

Non - verbal vs persepsi

Manipulasi gesture dan posture

Hampir 40 orang peserta yang majoritinya kakitangan yang cukup berpengalaman bekerja di UM termasuk beberapa dikalangan mereka yang turut memiliki perniagaan sampingan. Sangat sporting dan menumpukan perhatian pada pembelajaran memudahkan saya mengendali program ini. 

Ni gambar siapa ni..cu cite..cu cite..

Kebanyakan elemen yang saya sentuh dalam program ini melibatkan Komunikasi Interpersonal. Maka role - play, perbincangan, pemerhatian serta kupasan dari video menjadi kaedah pembelajaran kami kali ini. Secara keseluruhan, saya berpuashati dengan perjalanan program yang turut dibantu oleh 2 pelajar praktikal dari UITM iaitu Imran dan Syed.

Merakam mimik muka peserta

Program Sihat 1 Malaysia - Latihan Dalam Kumpulan

Selama saya mengendalikan program sepanjang usia saya, tidak pernah saya berpeluang melakukan aktiviti LDK atau Latihan Dalam Kumpulan yang kandungannya memberi tumpuan kepada KESIHATAN. Apabila di minta oleh Zamzuri Abdul Malik untuk saya mengendalikan sesi sedemikian, kepala saya berputar ligat memikirkan apakah kandungan yang sesuai dan bagaimana pula perlaksanaannya.

Keadaan ini ditambah cabarannya apabila 50 orang pelajar UITM Shah Alam jurusan Kejuruteraan perlu dikerah menjadi fasilitator program - mereka perlu mengendalikan sesi LDK itu kelak. Maka satu sesi induksi telah diadakan dan malangnya saya tidak dapat hadir mengendalikan sesi itu. Mujur, Luqman Yusof - tenaga kerja M.A.C hadir membantu saya.

Fasilitator UITM

Warm - up

Seperti mana biasa, 2 lokasi program ini ialah di Kem Jinbara Kemensah dan Kompleks Warga Emas di Seksyen 24 Shah Alam. 50 fasilitator UITM ini dibahagikan kepada 2 kumpulan dan syukur kerana mereka berjaya melaksanakan tugasan dengan baik.

Sesi LDK

Kanak - kanak turut mengambil bahagian

Pembentangan kumpulan


Si cilik melakukan pembentangan dengan berani


Peserta program diberikan input secara santai mengenai piramid makanan dan jenis - jenis yang bersesuaian dengan keperluan umur mereka. Selain itu, peserta juga berkongsi petua kesihatan yang mudah dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Selain itu mereka juga berkongsi pandangan mengenai penyakit - penyakit berat menerusi lakonan.

Prof. Ali juga turut serta bersenam

Pasukan Fasilitator

Lihatlah betapa girangnya mereka

Sesi LDK


Pembentangan kumpulan



Tahukah anda jenis penyakit yang dilakonkan oleh mereka ini?

Tu diaaaaa...

Saya menunjukkan jenis penyakit kepada mereka dan mereka perlu melakonkannya

Sungguh bersemangat meneka jenis penyakit yang dilakonkan peserta

Secara peribadi, saya merasakan program ini sangat 'Happening' dan berjaya. Malah ada dikalangan fasilitator yang menyampaikan kepada saya "Waahh..boleh tahan juga pak cik - pak cik ni ya.." Saya sendiri kagum dengan kesungguhan peserta yang begitu bersemangat melalui program ini. Tidak kurang juga komitmen yang diberikan oleh fasilitator. Masih terdapat 2 sesi lagi bersama kelompok ini. Moga mereka mendapat manfaat dari program ini. InsyaAllah

Restoran Chim Chum

Saifudin Samsi - pengurus kepada Ziqzul Corporation merupakan salah seorang teman baik saya - walaupun kami saling kutuk mengutuk demi Barcelona dan Real Madrid tetapi kenalan saya yang seorang ini memiliki kehebatan luar biasa. 

Udin menyiapkan hidangan

Lulusan dari Jordan ini selain sibuk menguruskan Ziqzul Corporation yang semakin gah kini meneroka bidang baru iaitu membuka sebuah restoran. Kenapa saya katakan dia hebat kerana restorannya ini yang diberi nama Restoran Chim Chum agak lain dari biasa. 

Ditengah - tengah itu ialah lemak ayam - digunakan untuk mengekalkan api dan meminyakkan bahagian BBQ

Chim Chum menurutnya ialah konsep makanan BBQ dan Steamboat dalam satu periuk. Saya biasa makan steamboat tetapi tidak pernah pula BBQ di dapur yang sama. Menambah tarikan restoran milik Udin ini ialah api yang memanaskan periuk ini menggunakan arang sebagai bahan bakar. Maka sebagaimana yang kita tahu, arang dalam nyalaan untuk memasak memberikan bau yang sedap kepada makanan.


Menggunakan pendekatan buffet, RM19.90 bagi dewasa dan RM9.90 untuk kanak - kanak amatlah berbaloi. Selain steamboat dan BBQ, pelanggan juga boleh merasai bubur, nasi goreng, mee goreng, ais krim pelbagai rasa dan kordial sebagai penghilang dahaga.


Terletak di Seksyen 7 Shah Alam, restoran ini dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam. Kalau anda merancang datang dalam kumpulan, eloklah dibuat tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi Saifuddin di talian 016 - 986 7258




Konsert Mohsen Di Batalkan

Muka depan Utusan Malaysia hari ini

Sewaktu menanti akauntan saya di restoran NZ di Wangsa Maju, saya memasuki kedai serbagunanya untuk mencari suratkhabar. Pantas mata saya terlihat MOHSEN - ya..namanya tidak ramai sangat penggunanya di Malaysia. Ini kerana kebanyakan nama yang berbunyi sebegini di eja Mukhsin , Muhsin dan juga Mohsin.

Saya mula - mula membaca nama Mohsen Namjoo ini di laman Dr. Faisal Tehrani - baca disini. Kemudian rentetan itu bersambung dengan YB Zulkifli Noordin yang membuat laporan polis. Boleh baca di sini.

Saya juga bersyukur akhirnya kerajaan kita mengambil langkah membatalkan konsert ini selaras dengan sensitiviti masyarakat Muslim di sini.

Selain Mohsen Namjoo. Iran juga memiliki ramai Mohsen - antara yang ternama ialah Mohsen Makmalbaf; seorang pengarah filem yang terkenal. Juga agak kontroversial sifatnya.

Mohsen Namjoo

Suatu perkara yang menarik dapat diperhatikan disini ialah, pengaruh media baru seperti blog nampaknya sekali lagi memberi kesan. Hasil tulisan Dr. Faisal Tehrani telah membuatkan ramai blogger berkongsi tulisan itu dan membangkitkan kesedaran. Malah, kerajaan juga bertindak selaras dengan keperluan itu. Ini merupakan satu penanda yang baik bahawa sebenarnya sesiapa juga boleh menyumbang kepada kebaikan negara. Walaupun saya rasa Dr. Faisal tidak mungkin dianugerahkan pingat Datuk untuk tulisannya, tetapi ia adalah perkara yang besar sumbangannya juga.

Isu besar yang tidak boleh kita terlepas pandang ialah - siapa penganjurnya dan siapa yang ingin membawa masuk Mohsen Namjoo ini? Adakah tujuannya semata muzik atau....?

Saya juga berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas juga kepada artis - artis Melayu Islam khususnya yang berkelakuan tidak senonoh, mabuk dan tidak berakhlak. Ini kerana mereka juga penyumbang kepada keruntuhan akhlak.

Mohsen Amdan Berkata : Ada teman berseloroh dengan sms kepada saya yang berbunyi "Sen..apsal hang batalkan konsert?"

Muhammad Evan Miqael

Pada 6 Februari 2011 tepat jam 12.44 pagi bertempat di Hospital Ampang, anak lelaki saya dilahirkan. Muhammad Evan Miqael dengan 3.53kg berketinggian 52sm dilahirkan secara normal oleh isteri saya; Wan Fatahhiyah. Ini merupakan anak ketiga kami selepas Nur Batrisya Wafa dan Nur Basyira Wafa.


Ditakdirkan lahir hampir 18 hari lebih awal dari tarikh jangkaan, isteri saya telah ditahan di wad selama 3 hari sebelumnya kerana bayi di dalam kandungan tidak aktif.

Perasaan gembira bukan kepalang buat kami sekeluarga kerana kelahiran zuriat lelaki telah kami nantikan sejak 4 tahun lalu.

Sudah memakai baju untuk pulang ke rumah

Ada yang bertanya - Evan tu apa maknanya? Saya dan isteri sebenarnya menggunakan nama Evan yang dalam bahasa Greek bermaksud Pahlawan Muda. Maka gabungan nama junjungan Muhammad SAW, ditambah dengan Evan Pahlawan Muda dan Miqael iaitu nama Malaikat.

Menjadi teman kepada kakak - kakaknya

Semoga Allah memberikan kebaikan buat dirinya dan keluarga kami. Saya juga berdoa agar Evan bakal menjadi sebijak kakak - kakaknya..Amin..