Total Pageviews

"Awak ni, motivator kan?"

Motivator bukan jawatan atau jenis pekerjaan.
Motivator - manusia yang mengalami pelbagai perkara dalam hidup sama ada positif atau negatif, mengambil pengajaran darinya lalu mengolahnya sebagai ilmu dan menyampaikannya kepada orang yang lain sebagai panduan.
Ramai manusia yang mengalami perjalanan hidup naik dan turun, sama seperti si motivator... tapi bukan semua tahu bagaimana mengambil pelajaran dari setiap sesuatu, apatah lagi mengolahnya sebagai ilmu.




Motivator juga bukan seperti 'apps' yang boleh di 'install' dan 'use' mengikut selera kita.
Apa yang disampaikan oleh motivator sebenar adalah ilmu.... dan ilmu adalah rezeki yang ditentukan oleh tuhan kepada kita.
Sebab itu bukan semua orang menerima ilmu yang sama dari seorang motivator meskipun mereka berada di tempat yang sama dan waktu yang sama.

Allah Maha Pengasih

Betapa Allah kasihkan hamba-Nya…
Allah SWT biarkan kita terus hidup dengan maruah,
walaupun dosa kita terlalu banyak untuk dihitung.
Bayangkan…
Jika Allah buka satu sahaja aib kita ..
yang kita buat ketika bersendirian,
yang kita yakin tiada siapa pernah nampak…
Nescaya kita sendiri tak sanggup berdepan dengan dunia.
Tapi Allah tetap tidak membuka pekung itu..


Dia menutup, melindungi dan Allah beri masa.
Bukan kerana Dia tidak tahu…
tetapi kerana Dia masih memberi ruang untuk kita kembali ke jalannya..
Setiap pagi kita bangun, itu bukan sekadar nikmat hidup.
Itu tanda…
Allah masih memberi kita peluang kedua.
Untuk berubah, bertaubat dan kembali sebagai hamba yang lebih jujur.
Jangan tunggu sampai Allah menarik kembali penutup itu…
Kerana ketika itu,
yang tinggal bukan lagi peluang …
tetapi perhitungan

Realiti yang pahit

Persaingan tidak pernah memaafkan kelemahan.
Itu realiti yang pahit… tapi benar.


Di dunia persaingan…
Tiada siapa bertanya berapa keras kita berusaha.
Yang dinilai hanya satu : HASIL.
Pasaran semasa tidak akan bersimpati.
Penonton tidak sanggup menunggu.
Sejarah tidak pernah mencatat alasan.
Yang lambat akan ditinggalkan.
Yang ragu - ragu akan dipintas.
Yang lemah akan diganti.
Namun…
Persaingan bukan menghukum manusia.
Ia menguji kesediaan.
Kelemahan bukanlah dosa.
Tetapi membiarkan kelemahan itu kekal…
itulah kekalahan sebenar.
Bangkitlah bukan kerana dunia ini kejam,
tetapi kerana masa tidak pernah menunggu.
Kerana dalam persaingan,
yang bertahan bukan yang paling kuat…
tetapi yang paling sanggup berubah

Trump : You Are Fired!

Shared wMesti ramai teringin untuk tengok atau dengar dialog popular Trump dalam “The Apperantice” kena setepek pada muka dia kan?
Ramai ingat… kalau rakyat Amerika tak suka Presiden seperti Trump,
terus boleh buang masuk longkang...
Sebenarnya tak semudah itu.
Dalam sistem Amerika Syarikat, Presiden tidak boleh dipecat sesuka hati,
walaupun kontroversi besar seperti sekarang sedang berlaku.
Ada satu proses khas dalam Perlembagaan dipanggil:
Impeachment
Maksud mudahnya:
Macam kena dakwa dalam mahkamah, bukan terus dihukum.
Prosesnya begini:
Langkah 1 : Dewan Perwakilan buat undian..
Jika majoriti setuju Presiden buat salah besar seperti salah guna kuasa atau rasuah,
maka Presiden akan secara rasmi didakwa (impeach).
Tapi masa ini… Presiden masih pegang jawatan.
Langkah 2 : Perbicaraan di Senat
Selepas itu, Senat akan “adili” Presiden.
Jika 2/3 ahli Senat setuju Presiden bersalah, barulah:
Presiden dipecat (masa ni la kita nak dengar “You Are Fired!”



Kalau tak cukup undi:
Presiden kekal memerintah seperti biasa
Sebab itu dalam sejarah Amerika,
Walaupun ada Presiden yang di-impeach…
Tidak ramai yang benar-benar hilang jawatan.
Inilah beza sistem mereka.
Kalau di Malaysia, mungkin dah demo depan Sogo.