2 beradik yang hebat.
Semasa di UIAM dahulu.. memang buku tulisan kedua beradik ini sering jadi rujukan.
Untuk kebanyakan orang, penulisan dan gaya pemikiran 2 tokoh ini bukan mudah untuk dihadam jika pembacanya tidak punya asas rujukan yang kuat.
Antara tulisan Allahyarham Syed Hussein Alatas yang kuat mempengaruhi saya ialah The Sociology of Corruption.
Dalam Intellectuals in Developing Societies, Syed Hussein menggunakan istilah BEBALISME - merujuk kepada pemikiran bodoh dalam sistem sosial.
Manakala buku Islam & Secularism oleh Allahyarham Syed Naquib adalah buku rujukan penting mahasiswa di UIAM di zaman saya belajar.
Kehilangan dua tokoh ilmuan ini membuatkan kita terfikir.. siapa sosok ilmuan yang ada di Malaysia kini yang menuju ke tahap dua beradik ini?
Jika belum ada.. maka proses itu perlu segera bermula..
InsyaAllah, atas segala kebaikan yang diusahakan oleh Allahyarham pasti diberikan sebaik - baik ganjaran oleh Yang Maha Kuasa.
Innalillahi Wa Innailahi Rojiun.


No comments:
Post a Comment