Ramai selalu baca mengenai Iron Dome milik Israhell.
Banyak pula video pendek janaan ai yang bertebaran di medsos menyebabkan kita pun keliru mana yang betul mana yang tidak.
Antara perkara yang kita perlu tahu mengenai Iron Dome ini ialah, bagaimana ia berfungsi.
Apabila radar mengesan roket dilancarkan, komputer sistem Irone Dome ini tidak terus menembak.
Adakah roket ini akan jatuh di kawasan berpenduduk?
Jika roket dijangka jatuh di laut, padang kosong atau ke kawasan tidak berpenghuni
Iron Dome tidak akan menembak… ia tidak dilancarkan.
Ini kerana setiap peluru pemintas (interceptor) sangat mahal.
Jika komputer mengira roket itu akan jatuh di kawasan bandar atau kawasan berpenduduk, barulah peluru pemintas yang dipanggil Tamir interceptor dilancarkan untuk memusnahkannya di udara.
Sebab itu Iron Dome dianggap antara sistem pertahanan udara yang paling efisien di dunia sebelum ini.
Namun Iran kini mempamerkan kaedah yang memeningkan Israhell… sebab itu banyak kawasan Tel Aviv juga hancur…


No comments:
Post a Comment