Total Pageviews

PROGRAM ETIQA FAMILY TAKAFUL AGENCY TEAM BUILDING 2013


Oleh Naeman Bestow

Mempunyai sebuah pasukan besar yang bersatu hati dan seia sekata dalam segala hal merupakan impian dan cita-cita setiap agensi perniagaan yang ingin sukses. Begitulah halnya dengan Etiqa Family Takaful Agency (FTA) yang mempunyai ramai ejen di segenap penjuru negara ini. Setiap kejayaan yang dicapai oleh ejen merupakan kejayaan Etiqa FTA secara kolektif. Bagi mencapai maksud tersebut, Etiqa FTA telah mengadakan program Etiqa FTA Team Building 2013 pada 22-24 Februari yang lepas bertempat di Swiss Garden Hotel, Kuantan.



Bertujuan untuk mengukuhkan persaudaraan dan kerjasama erat antara setiap ejen dalam mengejar kejayaan, maka Etiqa FTA telah memberi kepercayaan kepada MAC untuk merealisasikan matlamat tersebut. Dihadiri oleh 60 orang ejen daripada Northern Region, Southern Region, Middle Region, East-Coast Region dan Sabah-Sarawak Region, program ini telah berjaya dilangsungkan dalam suasana santai dan ceria.  





MAC telah berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan para peserta mengenai peri pentingnya mempunyai asas perpaduan dan kerjasama erat dalam setiap lapisan hierarki sesebuah agensi untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Semua lapisan adalah penting dan tidak boleh diabaikan. Perbezaan pendapat harus ditangani secara bijaksana untuk mencapai mutual understanding and consensus. Motivasi dan drive setiap ejen harus diselaraskan bukan sahaja untuk mencapai kehendak peribadi malah mencapai kehendak agensi itu sendiri. Kata kuncinya di sini adalah kejayaan, sales yang tinggi dan rewards yang memuaskan.

Aktiviti yang dijalankan berbentuk indoor dan outdoor. Untuk mewujudkan suasana persaingan yang kuat, para peserta telah dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan kecil dan harus bersaing dalam semua aktiviti untuk mendapat markah tertinggi dan mengelakkan daripada kehilangan ahli kumpulan melalui proses yang dinamakan “Rampasan”. Antara aktiviti yang dijalankan adalah permainan Ikan Kecil-Ikan Besar, Membina Jambatan dan Nombor Terpantas dan Xplorace versi Etiqa FTA. Antara komponen penting aktiviti-aktiviti ini adalah kepantasan, koordinasi, kerjasama berpasukan dan semangat persaingan Di samping itu, peserta telah didedahkan dengan pemahaman karakter manusia melalui model kulit bawang, cara mengenali masalah menggunakan perumpamaan Gajah Di Dalam Ruang Tamu Rumah dan mengenali proses mental seseorang melalui ilmu semiotic berkaitan tandatangan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program-program yang ditawarkan oleh MAC sila hubungi kami di mohsenamdan@gmail.com dannaemanbestow@gmail.com.    

ETIQA PGA - Back To School Teambuilding 2013



Laporan oleh : Naeman Bestow


Pengurusan stress (tekanan) yang baik di tempat kerja bukan sahaja merupakan satu keperluan, malah satu kemestian! Prestasi produktiviti pekerja akan meningkat dan sustainable (berterusan) apabila metod / mekanisme pengurusan stress yang betul digunakan. Dalam sela masa yang tertentu, para pekerja hendaklah dibawa keluar daripada suasana kerja yang rutin kepada suasana yang boleh melegakan stress atautension (tegang). Ini dilakukan bagi mengembalikan semula kelegaan dan kesegaran dalam diri pekerja dan suasana kerja itu sendiri


Atas kesedaran tersebut, pihak pengurusan Etiqa PGA telah membawa pasukannya ke Golden Palm Tree Resort & Spa Sepang pada 1 - 3 Mac 2013 yang lalu bagi program menangani stress dan pengukuhan pasukan. Menggunakan tema Back To School sebagai latar belakang program ini, MAC telah diberi kepercayaan untuk merealisasikan matlamat tersebut. Program ini telah berjaya dilangsungkan dalam suasana santai dan penuh ceria.


Etiqa PGA telah dikurniakan dengan staff yang berdedikasi dan ceria. Perkara ini kami dapat lihat melalui sesi taklimat awal program yang diberikan pada malam pertama. Para staff yang menjadi peserta program telah melalui pengalaman sukar apabila bas yang dinaiki daripada Dataran Maybank di Bangsar telah mengalami kerosakan sebanyak dua kali dan mengakibatkan mereka sampai ke destinasi lewat daripada masa yang dijadualkan. Walaupun dalam keadaan letih, mereka tetap memberikan respons yang baik ketika taklimat disampaikan.


Perubahan jadual akibat kelewatan tersebut memaksa beberapa item digugurkan daripada senarai asal program. Walau bagaimanapun, perubahan tersebut tidak mengganggu pelaksanaan program yang dirancang. Program kali ini melibatkan banyak aktiviti berbentuk fizikal. Para peserta dilibatkan dengan permainan Ikan Kecil-Ikan Besar, Nombor Terpantas dan Xplorace versi Etiqa PGA antara lainnya. Antara komponen penting aktiviti-aktiviti ini adalah kepantasan, koordinasi, kerjasama berpasukan dan semangat persaingan. 


Untuk mewujudkan suasana persaingan yang kuat, para peserta juga telah dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan kecil dan harus bersaing dalam semua aktiviti untuk mendapat markah tertinggi dan mengelakkan daripada kehilangan ahli kumpulan melalui proses yang dinamakan “Rampasan”. Pendekatan World Café juga telah digunakan pada sesi terakhir program. World Café merupakan sesi perbincangan dalam kumpulan secara tidak formal bagi menghasilkan idea-idea atau resolusi-resolusi yang dipersetujui oleh semua peserta. Idea atau resolusi yang dipersetujui adalah berkenaan kerja dan produktiviti pekerja yang akan dikemukakan kepada pengurusan atasan Etiqa untuk diperhalusi dan akhirnya dilaksanakan sebagai sebahagian polisi/dasar.


Pembaharuan program kali ini ialah Tarian Poco-Poco mengikut rentak muzik sebagai senaman pagi dan pemanas badan. Berlatar belakangkan panorama indah dan suasana pagi yang nyaman di lokasi program ini, para peserta telah diajar beberapa teknik tarian tersebut dan mereka menunjukkan kesungguhan dalam mempelajarinya. Tarian Poco-Poco berupaya menghilangkan stress disamping memberi kesan yang baik kepada kecergasan jasmani. Berikut dipaparkan beberapa foto aktiviti-aktiviti yang dijalankan sebagai tatapan bersama.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program-program yang ditawarkan oleh MAC sila hubungi kami di mohsenamdan@gmail.com dan naemanbestow@gmail.com.