Total Pageviews

Perkembangan 2021

Assalamualaikum wbt. 

Sahabat semua, sudah lama saya tidak mencoret apa - apa di laman ini... Antara sebab utama ialah penggunaan media sosial yang lebih kerap oleh saya dan lebih gemar kepada penghasilan video. Ini turut menyebabkan saya turut mengalami penyakit malas untuk menaip panjang. 

Namun, untuk 2021 ini saya kembali... Kenapa begitu? kerana saya merasakan saya semakin tumpul kerana kurang menulis panjang. Malah ia turut mempengaruhi minat membaca saya yang kian menurun. 

2021 ini saya menerbitkan 2 saluran baru menerusi Youtube dan Facebook page iaitu Jabatan Perikanan Taman Mesra dan Travel Malaysia TV. Jabatan Perikanan Taman Mesra adalah sebuah saluran pendidikan tidak formal untuk memberikan kefahama perkara berkaitan kelestarian perikanan dari kaca mata seorang newbies dalam hobi memancing. Saya berkongsi pengalaman memancing di pelbagai lokasi sambil mempromosi pelbagai perkara dan produk berkaitan memancing. 




Manakala Travel Malaysia TV adalah sebuah usaha mempromosikan produk pelancongan tempatan pasca PKP dalam lensa berbeza. Ini adalah kerana kebanyakan lokasi yang saya lawati adalah berkaitan perjalanan dengan pelbagai tujuan dan bukan sekadar percutian hujung minggu.


Bolarotan pula sedang menjalani proses penjenamaan semual selaras dengan usaha terkini saya dalam membawa sepaktakraw ke platform yang lebih luas. Buat masa ini , program 1 Murid 1 Sukan di mana ia sebuah program penggalakan sukan di peringkat akar umbi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan dijalankan oleh BolarotanTV secara dalam talian. 

Program sepaktakraw untuk OKU pula dijangka akan digerakkan oleh BolarotanTV tahun ini dengan kerjasama KBS. Selain itu, banyak program sedang dirangka oleh BolarotanTV yang turut mendapat suntikan Pengurus Projek yang baru iaitu En. Nik Amran.

Semua maklumat dan perkembangan berkaitan BolarotanTV boleh diakses di www.bolarotantv.com




Dalam industri latihan pula, saya kembali ke dunia berkaitan pensijilan ISO melalui sebuah syarikat baru MA Certification Sdn Bhd di mana ia merupakan satu perkongsian dengan sahabat saya Farhan Hussin. Kami kini adalah panel perunding kepada MARA dan telah pun menjalankan pensijilan untuk lebih dari 10 syarikat dalam tempoh 6 bulan! Anda boleh melayari laman web kami di https://macertificationsb.com/



Terimakasih atas sokongan anda selama ini atas usaha - usaha yang telah dijalankan. PKP dan Covid 19 nyata telah menolak saya rapat ke dinding..namun ia adalah rahmat kerana ia membuatkan saya terus berusaha secara luarbiasa dan bangkit atas kesedaran bahawa segala yang dilalui ini atas kehendak Allah SWT dan tiadalah ujian yang ditimpakan ke atas hambanya di atur tanpa mengambil kira kemampuan hambanya untuk menghadapinya.