Total Pageviews

JPJ Harus Mesra Pengguna Berhubung Isu Cermin Gelap

Salam.
Minggu lalu saya telah di tahan di satu sekatan jalanraya operasi JPJ yang memberi tumpuan kepada cermin gelap. Saya telah menerima surat yang mengarahkan saya untuk menjalani pemeriksaan di Puspakom dan saya perlu menanggalkan lapisan gelap pada cermin saya.

Saya tidak marah kerana saya sedar mengikut peruntukan undang - undang sedia ada saya berada diposisi bersalah. Namun, sebagai rakyat yangtelah mendengar isu ini sekian lama, saya menjadi hairan kerana pembeli kereta 'Recondition' seperti saya ini terperangkap dengan keadaan di mana cermin tengah dan belakang saya sedia kala gelap dari Jepun lagi. Bagaimana kereta ini lulus ujian puspakom terdahulu?

Dipetik dari alphardasiaclub.com.

JPJ Harus Mesra Pengguna Berhubung Isu Cermin Gelap


Mengulas laporan Karam Singh Walia mengenai operasi cermin gelap yang disiarkan Buliten Utama pada 14 Januari 2010 seterusnya dilaporkan semula mengenai operasi JPJ sekarang mengenai cermin gelap di seluruh negara. Berikut adalah pandangan kami sebagai rakyat Malaysia dan sebagai peminat kereta yang mempunyai citarasa dan keinginan tinggi untuk mencantikkan kenderaan. Dalam hal ini kita ingin mempersoalkan peraturan cermin gelap terhadap kenderaan MPV seperti ESTIMA, ALPHARD, WISH, EXORA atau lain-lain kenderaan yang berkonsepkan MPV

Kebanyakkan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta. Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna.

Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :

• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?

• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.

• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?

• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?

• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?

• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP atau kenderaan kerabat diraja boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.

• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?

• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.

• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai orang yang mencintai kecantikan kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.

• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?

Justeru itu kami ingin bertanya : APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP,.? Jika BOLEH : alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna. Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi..Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.

Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombot tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan. Mengenai cermin gelap pula,. alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka. Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam. Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan... KEBETULAN TAHUN 2010 KAN TAHUN INOVASI.

6 comments:

Anonymous said...

Dear Mohsen,

MPV isteri aku dah kena notis JPJ so aku buat 'gila' di JPJ Putrajaya - eventually lepas. Sebenarnya aku memang ready nak masuk court tapi bila aku terpacul technical aspects, penguasa JPJ terus kasi cancel notis tu. Kalau sanggup pergi court, harapan lepas memang besar purely on technical ground. Pegawai JPJ tak salah, cuma menjalankan tugas. Tapi pegawai yang bijak tu memang tak mahu masuk court sebab tahu hampir pasti kantoi on technical. Nak cerita pun panjang, banyak kes dah terlepas so get the details from lawyers yang pakar traffic atau experience dalam hal ni.

Salam.
Waris Malaya

Mohsen Amdan said...

Salam tuan Waris Malaya
Terimakasih atas perkongsian tuan.
Setakat ni saya masih buat tak tau je...
Rasa mcam nak gelapkan lagi tinted tu pun ada..
Cuaca sekarang terlalu panas

Waris Malaya said...

Dear Mohsen,

Aku dah update sedikit informasi di billrakyat.blogspot.com

Aku guna ayat keras sikit supaya ahli parlimen kita faham betapa marahnya rakyat dengan law yang mengarut.

Harap mereka tahu hak kita dan tanggungjawab mereka. Siapa yang didahulukan?

Student DPIH said...

Saya baru saja kena dengan kes cermin gelap di kereta Estima saya. Saya ditahan di satu roadblock bulan 10 tahun lepas dan JPJ arahkan buat pemeriksaan dalam tempoh 2 minggu. Saya pergi dan mereka beri tempoh 1 bulan untuk tukar cermin gelap tersebut.

Bagaimana pun saya abaikan arahan tersebut sehinggalah saya gagal untuk renew road tax bulan lepas kerana di'blacklist'kan kerana ingkar arahan. So nak tak nak saya pun pergi tukar cermin gelap tersebut di kedai dan seterusnya ke JPJ untuk pemeriksaan semula.

Disebabkan saya ingkar arahan, saya kena kompaun RM200, dan selepas 15 minit bayar kompaun, barulah boleh renew road tax.

Saya amat bersetuju dengan pandangan dan hujah tuan blogger mengenai cermin gelap.

Unknown said...

kalau xpegi inspection JPJ tu xleh ke?nak dpat cuti pon ssh..ble mse nak pegi..kang klu pegi takut bnd lain plak langgar undang2..sbab plat moto je pon.hurm..

Unknown said...

Sy bru ditahan oleh jpj kerana kesalahan cermin gelap. Sy bertanyakan kpd pegawai jpj bukankah ia sesuai keadaan cuaca di malaysia yg panas. Janganlah kerana faktor jenayah dijadikan alasan untuk menghalang pengguna. Jenayah boleh berlaku dmana2. Kenapa kastam tidak melarang kenderaan cermin gelap dr masuk ke dalam negara. Sy x menyalahkan yg bertugas tetapi yg membuat undang2. Perlukah pengguna dijadikan mangsa untuk menyuruh mengambil tindakan ke atas penjual tinted. Nampak seperti tiada penguatkuasaan dari akar umbi yang tidak akan menyelesaikan perkara yang dah bertahun-tahun tidak dapat diselesaikan. Segala barang dah naik. Nk tukar yg ori makan ribuan ringgit. Yang penting jalanraya yang perlu diambil perhatian. Contohilah jepun. Maju negara bukan kerana kesalahan tinted. Dri segi teknikal ia adalah satu bidang kejuruteraan mekanikal. Xsalah.