Salam
Saya masih lagi bingung dengan pendekatan kerajaan Malaysia dari segi proses pembangunan negara dengan pelbagai pendekatan yang senantiasa diperbaharui tanpa diselesaikan satu persatu dengan baik. Ditambah pula dengan slogan dan perkataan yang tidak pula mencerminkan sifat Malaysia itu sendiri seolah - olah Bahasa Melayu itu tidak mampu mengangkat formula baru pembangunan negara setanding dengan bahasa lain.
Terkini, GTP dan istilah Transformasi di gunakan bagi menyusun program pembangunan negara. Saya setuju dengan wujudnya pelan penambahbaikan negara oleh sesiapa sekalipun yang memerintah tetapi GTP? Transformasi? Adakah DBP memang benar - benar tidak mampu memberi panduan apakah istilah yang harus digunakan atau untuk kelihatan hebat, maka istilah asing diguna pakai?
Tanyakan saja pada penjawat awam kelas menengah ke bawah..apakah yang mereka faham dengan GTP..atau istilah transformasi itu sendiri..saya percaya pelbagai jenis pemahaman yang bakal anda dengari.
Syabas kerajaan Malaysia di atas usaha terbaru ini..namun saya sebagai rakyat berharap rencana baru haruslah juga selaras dengan isu - isu yang harus diselesaikan segera supaya beban tidak bertambah, rakyat tidak menggelabah!
Mohsen Amdan berkata : Audit Sukan Komanwel, Koridor, Runtuh, Enjin, Altantuya, Bala, Smart School, Felda, Lim Kok Wing, Petronas....banyak lagi kalau mahu disenaraikan ...
No comments:
Post a Comment