Total Pageviews
Showing posts with label Selfies. Show all posts
Showing posts with label Selfies. Show all posts
Selfies - Bahagian 3
3. Sudut rakaman foto Selfie juga antara elemen penting dalam perlakuan ini. Di dapati ramai pelaku Selfies ini gemar merakam imej diri sendiri dari sudut tangan lebih tinggi dari kepala dan kamera menghala ke sisi muka yang dirasakan lebih tampan / cantik. Malah perlakuan ini konsisten apabila si pelaku mula menyedari sisi diri terbaik untuk merakam imej diri. Setiap rakaman dari pelbagai sudut ini akan dinilai oleh si pelaku agar ia memenuhi ciri dirinya yang diinginkan. Keadaan ini juga terkadang melihatkan si pelaku cuba merakam foto dalam situasi 'kononnya' dia tidak melihat kamera itu atau ada orang lain yang merakamkan aksinya.
4. Sifat ingin tahu yang tinggi - ia mendorong pelaku selfies merakam foto berkali - kali dengan pelbagai mimik muka, pelbagai sudut dan pelbagai prop serta latar belakang. Ini membuktikan bahawa manusia memang gemar menonton aksi sendiri sama ada dalam format foto atau video. Perhatikan sahaja gelagat pelaku selfies yang akan membelek semula foto - foto yang dirakam dan tersenyum - senyum apabila menonton aksi mereka sendiri.
Persoalannya, adakah ini normal? Atau satu lagi simptom keadaan psikologi tidak normal?
Selfies (Bahagian 2) - Bukan sekadar potret diri
Salam
Bersambung lagi dalam siri artikel psikologi yang mengupas isu Selfie atau merakam foto diri sendiri. Pada artikel yang lalu saya menyentuh ciri Narcissism yang wujud dalam proses Selfies sama ada ia berkaitan atau tidak. Kali ini saya akan mengupas perkaitan tingkahlaku Selfie ini dengan konsep potret dan garis masa (Timeline).
Potret Monalisa karya Leonardo Da Vinci adalah merupakan potret yang paling popular didunia sehinggakan ia difilem, dilagukan, ditiru dan pelbagai lagi bentuk penghayatan keatasnya dibuat oleh pelbagai pihak. Malah ia dikaji dengan penuh mendalam kerana Leonardo adalah seorang yang genius dalam penghasilan apa juga karyanya dan ini menimbulkan banyak tanda tanya.
Potret diri dengan tiadanya kecanggihan kamera pada zaman dahulu pastinya memerlukan proses yang remeh dan memakan masa. Anda mungkin perlu berposisi statik untuk satu tempoh panjang supaya pelukis dapat menyiapkan lakarannya. Ini dipermudahkan dengan terhasilnya teknologi kamera digital dan apabila kamera bersatu dengan telefon...ia mempermudahkan lagi proses ini.
Kenapa orang melukis potret? Kerana ia satu bentuk rakaman bersifat sentimen masa dan keadaan. Ia menjadi maklumat penting kepada masa akan datangnya dalam menggambarkan keadaan yang sedang dilalui merentasi usia ketika potret itu disiapkan dan ia juga satu bentuk luahan rasa.
Berbalik kepada Selfie, adakah yang dirakamkan dan disiarkan itu bersifat potret? Nampaknya tidak semua Selfie bersifat potret. Ini boleh dilihat dari beberapa sudut.
1. Masa rakaman dan muatnaik foto itu dilakukan - Ia biasanya berlaku dengan bersifat menunjukkan garis masa. Apa yang sedang berlaku disekeliling individu berkenaan, dengan siapa dia berada dan jam atau waktu yang bagaimana. Ada orang yang memuatnaik Selfie di setiap kali dia mengenakan pakain baru atau ketika hendak memulakan sesuatu pekerjaan atau mahupun setiap kali tiba disatu lokasi yang dirasakan signifikan untuk dimuat naik ke laman sosial. Signifikan di sini perlu dibaca sebagai ia memberi rasa 'Cool', hebat, menarik atau lain dari lain berdasarkan persepsi si pelaku, bukannya pembaca. Sebab itu, setiap Selfie mendapat reaksi yang berbeza dari pembaca. Pelaku selalunya mengharapkan respon dari pembaca dalam bentuk KOMEN STATUS atau LIKE pada foto atau status berkenaan. Masa rakaman dan muatnaik ini telah menjadi begitu penting kerana media sosial seperti Instagram, Facebook atau Twitter bersifat 'Real-Time' dan proses update berlaku begitu kerap kerana ia boleh diakses menerusi Smart Phone. Kelajuan internet menjadi begitu penting dalam hal ini kerana si pelaku mahukan foto Selfie ini dimuatnaik pada ketika itu juga untuk memberitahu orang lain apa yang sedang berlaku dalam hidupnya.
2. Ekspresi perasaan - Manusia secara dominannya memiliki 8 emosi yang paling menonjol, Marah, Gembira, Sedih dan kecewa adalah diantaranya dan menunjukkan emosi ini menjadi begitu penting dalam dunia hari ini kerana kecenderungan untuk menarik perhatian orang disekeliling (baca - manusia dalam jaringan digital) dan mendapatkan respon yang setimpal. Emosi yang lain dari lain akan mengundang jumlah respon yang tinggi dari pembaca. Ia bagaikan papan iklan perasaan dan foto gembira lebih menarik perhatian kerana ia adalah emosi yang mudah ditunjukkan dan mudah di fahami orang.
Bersambung...
Merakam foto sendiri - Narcissism? Apa itu Selfies?
Narcissism adalah perkataan yang muncul dari mitos Greek mengenai Narcissus, seorang jejaka tampan yang akhirnya jatuh cinta dengan wajahnya sendiri apabila menghabiskan masa yang lama merenung refleksi wajahnya di kolam air. Narcissism adalah satu bentuk masalah psikologi personaliti yang mana ia melibatkan hampir 1% populasi dunia. Antara kesan masalah ini ialah ia membawa kepada perkara berikut
1. Terlalu yakin kepada kemampuan / kebolehan diri sendiri sehingga menolak pertolongan / usaha orang lain sehingga di lihat sangat mementingkan diri sendiri
2. Terpesona dengan diri sendiri sehingga terlalu memuji / mengangkat diri sendiri dan mengakibatkan orang lain menjadi jengkel dengan kenyataan yang keluar dari mulutnya.
Apa yang ingin saya kupas di sini adalah perkembangan dari Narcissism iaitu Selfies iaitu merakam foto diri sendiri dan memuatnaik ke laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Adakah ini juga merupakan sebahagian dari Narcissism? Adakah ini salah satu bentuk masalah psikologi personaliti?
Apakah yang dimaksudkan dengan Selfies? Berikut ialah petikan dari UrbanDictionary.com
1. Pictures taken of oneself while holding the camera at arms length. also known as being camera raped, where one person takes many pictures of them self on another camera
"Dude, Margaret raped my camera last night she took so many selfies!"
2. An act usually carried out by girls aged 12-21, the act involves taking photos of ones self while posing. If the act is carried out by a man, he is usally seen as being gay.
"Yo man, I seen you put selfies up on Facebook... You gay cunt!"
Anda pernah merakam foto sendiri? dengan beberapa snap anda pun melihat kembali semua rakaman itu di Phot Album telefon / kamera anda dan mula memilih untuk yang mana satu perlu dimuat naik? Mula terdetik - "Haa..yang ini aku nampak hensem / cun / cantik"
Atau
"Ala..tak best..tak best..sekali lagi la.."
Dari dua penjelasan Urban Dictionary di atas, ia kedengaran seperti agak negatif. Seolah - olah selfies adalah satu tingkahlaku yang agak janggal. Namun, beleklah akaun sosial anda sendiri hari ini, berapa banyakkah foto selfies yang dapat anda saksikan?
Bagaimana pula dengan mereka yang langsung tidak pernah merakam gambar sendiri? Adakah mereka mengalami 'Low Self-Esteem' atau kurang keyakinan diri?
Adakah jumlah tertentu yang boleh dikira ok untuk merakam selfies dan memuat naik dalam sehari? Bagaimana pula dengan aksi remaja yang merakam pelbagai sudut wajah dengan mimik muka pelbagai ragam. Adakah ia di kira abnormal?
Perkembangan dunia skrin ke 4 iaitu telefon pintar telah mengubah lanskap psikologi manusia terhadap diri sendiri. Pada awal era Facebook, ramai yang janggal dengan tingkahlaku 'update status', merakam foto sendiri di setiap lokasi malah merakam foto makanan setiap kali ingin makan. Namun oleh kerana tingkahlaku sebegini telahpun melepasi jumlah 9 kali di mata dan minda kita, maka ia dilihat sebagai satu perkara yang boleh diterima, boleh ditiru dan ia dilihat 'cool'. Generasi Y memulakan perkara dengan agresif dan kini, Baby Boomers juga berasa OK dan tidak janggal untuk berbuat demikian.
Ini merupakan satu perkembangan psikologi yang menarik dan tidak ada ramai pakar lagi dalam segmen ini!
Saya akan cuba menulis mengenai Selfies ini dalam bentuk yang lebih mudah difahami dalam entri akan datang. Nantikan update dari saya OK..Jom rakam foto sendiri!
Subscribe to:
Posts (Atom)