Total Pageviews

Bad Acting Government?



Kenapa saya selalu kritik kerajaan?

Sebab kita sedang memiliki 'Bad Acting Government'

Adakah kritik bermaksud saya melawan dan menentang kerajaan?

Ya - jika anda adalah penyokong kerajaan dan tidak bersedia mendengar kritikan. Malah anda sanggup bersekongkol dengan keburukan. Mungkin sahaja anda tahu keburukan yang berlaku tapi anda pura - pura tak nampak. Lebih malang lagi anda tidak pula menjawab persoalan, sebaliknya membandingkan pula dengan perkara yang salah.

"Ala.. sama je... pembangkang pun buat juga"

Di saat anda berkata begini, anda sedang menjadi pemakan dedak kerana anda sedang bersetuju dengan korupsi. Korupsi ini wajib ditentang tak kira siapa juga pelakunya.

Bila saya sebut kerajaan, ia tidak semestinya Barisan Nasional. 

Konteksnya bergantung kepada siapa pemegang kuasa : boleh jadi negeri, negara mahupun PBT.

'Bad Acting Government' sememangnya mengundang masalah besar - terutamanya kepada rakyat yang ditadbir.

Rakyat pula terperangkap dengan pelbagai permasalahan yang menjerut terutama berkaitan kelangsungan hidup sehari - hari.
Bayangkan mudahnya rakyat panik dengan perihal menukar kad debit! Sedangkan banyak lagi masalah harian mereka yang perlu diselesaikan.

Resipi mudah kepimpinan di Malaysia ini ialah:
Buatlah kerosakan dan korupsi seteruk mana pun.
Penyelesaiannya sangat mudah - berikan sejumlah dana kepada pasukan manusia yang bersemangat berjuang atas nama agama.
Galakkan mereka ini melakukan tugas dakwah atas nama membina bangsa dan tanahair.

Maka, dengan mudah pemimpin lemah dan korup ini dijulang sebagai pahlawan.

Siapa yang menentang akan dilihat tidak sehaluan dengan agama dan bangsa.
Proses melabel akan jadi lebih mudah dan menyebabkan permainan sentimen bertambah rancak.

Bagaimana memahami semua ini?
Mudah.

Mainlah catur.
Dalam permainan catur yang paling berkuasa ialah Raja - tetapi langkah Raja hanyalah setapak setiap kali.

Selebihnya dilihat lebih berkuasa - kemampuan bergerak lebih dari setapak.

Namun yang orang tidak faham ialah - semua kelebihan buah catur selain Raja adalah untuk digunakan bagi kepentingan Raja itu sendiri.
Orang lain kerja keras - Raja setapak sudah memadai.

Dapat?

Program Team Building dan CSR bersama Dealer Petron Malaysia

Setalah bertahun - tahun mengendalikan pelbagai bentuk program Team Building, kali ini saya berpeluang terlibat dengan elemen berbeza iaitu Team Building + CSR. El - Azzhar Camp Morib yang melantik MORT Resources selaku pengendali telah menjemput saya untuk bersama warga PETRON yang terdiri dari Dealer mereka sekitar Lembah Klang. Menariknya program kali ini selain aktiviti CSR ialah beberapa peserta terdiri dari anak - beranak dan adik beradik.


Rumah anak yatim ini terpilih atas kerana lokasinya yang dekat dengan Kem El- Azzhar dan rezeki mereka dibuka Allah. Hampir RM20,000 berjaya dikumpulkan termasuk wang tunai dan pelbagai barangan lain sebagai sumbangan kepada rumah ini. Kami juga sempat beraksi bersama penghuni dalam beberapa acara sukaneka di halaman rumah anak yatim ini.




Satu usaha hebat atas keprihatinan sebegini nampaknya mampu memberikan kegembiraan kepada rumah anak yatim ini. Sebagaimana biasa, ramai yang suka bersedaqah dengan beras. Namun, apabila terlalu banyak beras ia tidak pula memudahkan penghuni. Banyak sekali keadaan di mana rumah anak yatim memiliki stok beras yang terlalu banyak, Walhal yang mereka amat perlukan ialah wang tunai dan kelengkapan lain. Untuk program kali ini , mereka menerima sebuah peti sejuk besar memudahkan mereka menyimpan stok makanan.






Terimakasih kepada semua yang terlibat dengan program ini. InsyaAllah kita sama - sama doakan kebaikan buat semua dan dikurniakan Allah SWT dengan kesejahteraan.

Corat Coret Undian RedBull Libas 2016

Sebahagian dari keadaan semasa undian semalam