Total Pageviews

Showing posts with label Program Usahawan. Show all posts
Showing posts with label Program Usahawan. Show all posts

Mencari kekuatan diri

16 Mac 2014 yang lalu saya mengendalikan satu program bertajuk Program Keusahawanan BE YOUR OWN BOSS untuk pelajar Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idirs di kampus baru mereka. Hampir 100 orang pelajar yang menyertai program berkenaan dan ianya pengalaman baru buat saya kerana itu merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke UPSI. Namun saya agak terkilan kerana terlupa untuk berkongsi dengan mereka mengenai satu perkara penting iaitu - Bagaimana mencari kekuatan diri. 


Mencari kekuatan diri adalah satu perkara penting dalam menggerakkan anda ke satu destinasi baru. Melihat dari konteks program saya itu, seorang pelajar universiti pastinya perlu mengetahui apakah kekuatan mereka sebelum menceburkan diri dalam sesuatu bidang baru apabila bergelar graduan kelak dan bukan hanya hanyut di bawa pengaruh persekitaran.

Oleh yang demikian, entri kali ini saya tujukan buat anda yang masih tercari - cari apakah kecenderungan minat atau kebolehan atau juga kekuatan diri. Sekiranya anda masih belum jumpa, cubalah lakukan perkara ini:

Carilah 5 orang yang anda kenali dan mereka juga sangat mengenali anda dan tanyakan soalan berikut; Mintalah mereka menjawab dengan sejujur mungkin.

1. Apakah perkara pertama yang mereka fikirkan apabila terfikir mengenai anda?
2. Apakah perkara paling menarik dari pandangan mereka mengenai anda?
3. Pada pandangan mereka, apakah pencapaian terbaik yang pernah anda hasilkan?
4. Apakah yang paling mereka hargai dari diri anda?
5. Pada pandangan mereka, apakah kekuatan anda yang terhebat?

Anda boleh bertanyakan soalan di atas lebih dari 5 orang sekiranya anda mahu. Dengan soalan di atas, anda akan sedikit demi sedikit melihat dimensi baru dalam diri anda sekiranya anda masih belum cukup mengenali kekuatan atau kebolehan diri anda sendiri.

Anda mungkin segan atau malu untuk bertanyakan soalan di atas tetapi percayalah, anda akan berasa teruja betapa orang lain melihat anda dari sisi yang mungkin anda sendiri tidak pernah jangka. Percayalah setiap seorang dari kita adalah UNIK!

Selamat mencuba!

Program Rangsangan Usahawan - Membantu Gelandangan

Program Rangsangan Usahawan yang telah M.A.C jalankan dahulu kini mula memasuki fasa baru - gelandangan yang hadir ke program itu kini telah mula berniaga! Maka saya tidak lagi mahu menggunakan istilah gelandangan ke atas mereka tetapi saya akan mula memanggil mereka Usahawan Baru!

Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang Trainer seperti saya selain melihat input yang diberikan semasa program diterjemahkan kepada output yang sebenar!






Bertempat di hadapan pejabat PUSMA WPKL di Medan Tuanku, Koperasi Ukhwah telah memberikan ruang untuk mereka berniaga atas nama vendor merangkap mentor mereka iaitu Mat Salai, Kambest dan Spring Potato.

Apa yang membuatkan saya teruja ialah tatkala kehadiran saya tanpa mereka sedari ; begitu bersemangat mereka berniaga dan dapat saya lihat wajah gembira mereka ketika melayan pelanggan. Walaupun ia bukanlah petanda bahawa program ini sudah berjaya tetapi bagi saya ia sedang berada di landasan yang betul.

Semoga mereka akan terus bersemangat dan sukses dengan perniagaan mereka. 

Raya Jumbo Sales! Dari Online ke Event sehari di Coffee Sugar and Spice Ampang Waterfront



Raya Jumbo Sales!! adalah inisiatif Precious Closet yang dahulu dikenali sebagai Lilcent Smart Shop kendalian isteri saya - Wan Fatahhiyah Remli. Acara berbentuk jualan murah sempena Hari Raya ini memiliki ke unikannya sendiri. Selain dari pelbagai pilihan barangan menarik untuk kegunaan sambutan Syawal kelak, acara ini sebenarnya menggabungkan beberapa usahawan on-line di bawah satu acara yang berlangsung di bahagian atas Cafe yang terletak di Ampang Waterfront - Coffe, Sugar and Spice yang juga merupakan salah satu anak syarikat yang turut memiliki Restoran Nelayan Titiwangsa.

Acara ini turut bertujuan mendekatkan usahawan dan pelanggan yang selama ini hanya berurusan secara dalam talian. Pelanggan - pelanggan yang hadir juga diberikan diskaun untuk menikmati hidangan lazat di CSS. Jangan lepaskan peluang yang julung - julung kali diadakan ini. Pelabagi baraangan dengan harga menarik menanti anda. Beg tangan,  aksesori, baju raya untuk dewasa dan kanak - kanak turut dijual!

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini atau layari blog ini

Program Penjenamaan Semula

Penjenamaan semula atau 'Rebranding' adalah salah satu akitviti dalam pengendalian perniagaan yang perlu difahami oleh mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan. Namun disebabkan pemahaman yang kurang mengenai perkara ini, maka ramai yang tidak mengendahkan keperluannya kerana beranggapan produk atau perkhidmatan sedia ada sudah pun mantap, sesuai dan tidak perlu di tokok tambah lagi. 

Sesi suai kenal

Tidak kurang juga yang merasakan mereka perlu melakukan penjenamaan semula tetapi melakukan pelbagai kesilapan di sepanjang prosesnya seperti tidak mempercayai agensi yang dilantik, tidak sanggup mengeluarkan modal untuk tujuan itu atau terlalu fokus kepada industri yang diceburi sahaja.

Bengkel bersama En. Fairus

Pada Disember lalu, PUSMA Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Penjenamaan Semula dan melantik Lilcent Total Solutions sebagai tenaga pengajar. Maka saya dan disertai oleh Pengarah Kreatif Flipsio Resources Sdn Bhd - En. Fairus Azian Ismail dan pengasas FB Niaga - En, Shaharudin dari Fourth Screen Sdn.  Bhd. telah mengendalikan kursus yang bertempat di bilik latihan PUSMA di bangunan MARA Kuala Lumpur. Seramai 17 peserta yang hadir dan mereka terdiri dari pelbagai sektor.

Gambar kenangan bersama peserta dan penyelaras program

Program yang berlangsung selama 2 hari ini memberi pemahaman kepada peserta mengenai keperluan pembinaan jenama dan penjenamaan semula. Malah proses serta pendekatan terkini juga didedahkan kepada mereka. Kebetulan terdapat 3 peserta yang memiliki premis di Bangunan MARA, maka kami telah melawat premis mereka sambil membuat analisis terhadap jenama sedia ada. Selain itu peserta juga diberi peluang mengemukakan pandangan mereka terhadap premis yang dilihat.

Lawatan ke premis

Lawatan ke premis

Puan Maiza, pengusaha butik ini memberikan taklimat kepada peserta

Emel kepada mohsenamdan@gmail.com sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut mengenai program ini. Terimakasih kepada pihak PUSMA KL melalui En. Fairul yang sudi menjemput kami.