Penjenamaan semula atau 'Rebranding' adalah salah satu akitviti dalam pengendalian perniagaan yang perlu difahami oleh mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan. Namun disebabkan pemahaman yang kurang mengenai perkara ini, maka ramai yang tidak mengendahkan keperluannya kerana beranggapan produk atau perkhidmatan sedia ada sudah pun mantap, sesuai dan tidak perlu di tokok tambah lagi.
Sesi suai kenal
Tidak kurang juga yang merasakan mereka perlu melakukan penjenamaan semula tetapi melakukan pelbagai kesilapan di sepanjang prosesnya seperti tidak mempercayai agensi yang dilantik, tidak sanggup mengeluarkan modal untuk tujuan itu atau terlalu fokus kepada industri yang diceburi sahaja.
Bengkel bersama En. Fairus
Pada Disember lalu, PUSMA Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Penjenamaan Semula dan melantik Lilcent Total Solutions sebagai tenaga pengajar. Maka saya dan disertai oleh Pengarah Kreatif Flipsio Resources Sdn Bhd - En. Fairus Azian Ismail dan pengasas FB Niaga - En, Shaharudin dari Fourth Screen Sdn. Bhd. telah mengendalikan kursus yang bertempat di bilik latihan PUSMA di bangunan MARA Kuala Lumpur. Seramai 17 peserta yang hadir dan mereka terdiri dari pelbagai sektor.
Gambar kenangan bersama peserta dan penyelaras program
Program yang berlangsung selama 2 hari ini memberi pemahaman kepada peserta mengenai keperluan pembinaan jenama dan penjenamaan semula. Malah proses serta pendekatan terkini juga didedahkan kepada mereka. Kebetulan terdapat 3 peserta yang memiliki premis di Bangunan MARA, maka kami telah melawat premis mereka sambil membuat analisis terhadap jenama sedia ada. Selain itu peserta juga diberi peluang mengemukakan pandangan mereka terhadap premis yang dilihat.
Lawatan ke premis
Lawatan ke premis
Puan Maiza, pengusaha butik ini memberikan taklimat kepada peserta
Emel kepada mohsenamdan@gmail.com sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut mengenai program ini. Terimakasih kepada pihak PUSMA KL melalui En. Fairul yang sudi menjemput kami.
No comments:
Post a Comment