Total Pageviews

Program Gaya Hidup Sihat 2011 - Sihat 1 Malaysia

Sihat 1 Malaysia.. satu program komuniti yang didokongi oleh Persatuan Kebajikan Shah Alam dan beberapa NGO lain yang bernaung dibawahnya. Program yang mendapat tajaan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia ini  merupakan satu inisiatif memberi kesedaran kepada 4 kumpulan sasar - Warga Emas, Ibu Tunggal , Remaja dan Orang Asli. 




Bertempat di Seksyen 24 Shah Alam dan Chalet Jinbara di Kemensah Hulu Kelang, program ini secara rasminya dilancarkan pada 8 Januari 2011 yang lalu oleh Datuk Nawawi - Penyelaras BN Shah Alam di Kompleks Warga Emas Seksyen 24 Shah Alam. 

Acara pelancaran program

Seramai kira - kira 200 orang dari pelbagai lapisan masyarakat menghadirinya. Saya juga terlibat secara langsung dengan program ini atas jemputan sahabat saya Zamzuri Abd Malek. Tugas saya dalam program ini ialah sebagai pengendali beberapa segmen yang bersesuaian.

Dua orang kuat program - Haji Azmir dan Zamzuri


Pendaftaran peserta

Selain dari Shah Alam, program yang sama turut berlangsung di Kemensah. Maka pada 9 Januari 2011 pelancaran telah dilakukan di sana. Lokasi Chalet Jinbara yang nyaman amat sesuai dengan program yang memberikan penekanan kepada kesihatan ini.

Peserta menjalani pemeriksaan kesihatan

Peserta akan melalui program ini selama 3 bulan dan setiap kali program berlangsung, pemeriksaan kesihatan akan dibuat ke atas mereka. Mereka turut bergerak dalam  kumpulan yang dibentuk minimum 4 orang dan cabaran mereka ialah mereka perlu menurunkan berat badan mereka dan memantapkan kesihatan.

Tai Chi antara aktiviti yang dijalankan

Pelbagai aktiviti yang telah disusun dan diantaranya nanti ialah Treasure Hunt Kesihatan yang bakal berlangsung pada 22 dan 23 Januari ini. Pemenang pada penghujung ini bakal menerima tiket penerbangan dan juga TV LCD.

Antara peserta yang hadir

Program sebegini sebenarnya adalah satu galakan kerajaan kepada NGO untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan sepatutnya NGO yang ada diluar saan mengambil peluang ini. Kumpulan pemuzik dari Chalet Jinbara juga telah mencipta satu lagu khas bagi program ini yang bertajuk Sihat 1 Malaysia. Saya suka melodinya.

Pemuzik dari Chalet Jinbara

Nantikan laporan terkini program ini kelak..

No comments: