Total Pageviews

BEING NICE...

10 tahun lalu, saya pernah menulis satu perkara ini
dan hari ini, saya melihatnya dengan lebih jelas.


"Being nice"…

tidak semestinya menjadikan kita produktif.
Tidak juga menjadikan kita inovatif.

Dalam keadaan ekonomi , politik dan geo-politik yang mencabar,
dunia tidak lagi menilai kita sekadar pada kebaikan hati tetapi pada keberanian membu
at keputusan.

Ya.. KEBERANIAN MEMBUAT KEPUTUSAN..

Hakikatnya,
ada ketika kita perlu memilih jalan yang berat, rumit dan susah…
Keputusan yang tidak popular.
Yang mungkin tidak disukai, malah disalah faham.

Dicaci, dihina dan disindir - perli…

Dan di sinilah ramai terperangkap : apabila “being nice” diletakkan pada tempat yang salah.

Kita menangguhkan keputusan penting
semata-mata untuk menjaga perasaan.
Kita membiarkan perkara yang tidak betul berterusan hanya kerana tidak mahu dilihat tegas.

Akhirnya…
bukan sahaja masalah tidak selesai,
malah ia menjadi lebih besar.

Lebih berat lagi,
kita mungkin kehilangan kepercayaan ..
bukan sebab kita jahat,
tetapi sebab kita gagal bertindak pada waktu yang sepatutnya.

Namun di situlah bezanya..

antara yang hanya mahu disenangi, disukai…
dan yang benar-benar mahu membawa perubahan.

Kerana kesudahannya,
hidup ini tidak dibina atas keselesaan,
tetapi atas keberanian untuk bertindak.

The Apprentice punca ramai orang kenal Trump

Mungkin…
Kita yang kenal Trump masa The Apprentice sejak 2004 merasakan Trump makin teruk.
Sebab ketika rancangan popular itu, dia dilihat dominan, decisive dan sharp.
Selepas lebih 20 tahun.. Trump kini yang hampir menjejak 80 tahun usianya semakin dimamah usia.


Ini akan diburukkan jika Trump tidak ada budaya membaca dan menulis dalam hidupnya.
Jika kita fahami Cognitive Reserve Theory, otak yang selalu ‘digunakan’ lebih tahan bila berlaku proses penuaan atau kerosakan atas sebab lain seperti kemalangan dan kecederaan.
Kita dapat saksikan dalam siaran media Trump ketika musim perang ini, sambungan neuron otak Trump bagai ada masalah signal.
Kenyataan bercanggah, tak konsisten , merepek dan tak relevan.
Sebagai orang Islam.. setidaknya jika kita masih rajin baca Al Quran.. peluang kita untuk kuat sambungan neuron itu lebih tinggi.
“Eh.. atok saya rajin je baca Al Quran.. tapi nyanyuk juga..”
Ya.. sebab ada faktor seperti kemalangan dan kecederaan. Kecederaan otak tak nampak di mata zahir..
Lebih teruk .. “kecederaan” otak sebab malas berfikir dengan betul mudah dilihat secara zahir dan nyata…