10 tahun lalu, saya pernah menulis satu perkara ini
dan hari ini, saya melihatnya dengan lebih jelas.
tidak semestinya menjadikan kita produktif.
Tidak juga menjadikan kita inovatif.
Dalam keadaan ekonomi , politik dan geo-politik yang mencabar,
dunia tidak lagi menilai kita sekadar pada kebaikan hati tetapi pada keberanian membuat keputusan.
Ya.. KEBERANIAN MEMBUAT KEPUTUSAN..
Hakikatnya,
ada ketika kita perlu memilih jalan yang berat, rumit dan susah…
Keputusan yang tidak popular.
Yang mungkin tidak disukai, malah disalah faham.
Dicaci, dihina dan disindir - perli…
Dan di sinilah ramai terperangkap : apabila “being nice” diletakkan pada tempat yang salah.
Kita menangguhkan keputusan penting
semata-mata untuk menjaga perasaan.
Kita membiarkan perkara yang tidak betul berterusan hanya kerana tidak mahu dilihat tegas.
Akhirnya…
bukan sahaja masalah tidak selesai,
malah ia menjadi lebih besar.
Lebih berat lagi,
kita mungkin kehilangan kepercayaan ..
bukan sebab kita jahat,
tetapi sebab kita gagal bertindak pada waktu yang sepatutnya.
Namun di situlah bezanya..
antara yang hanya mahu disenangi, disukai…
dan yang benar-benar mahu membawa perubahan.
Kerana kesudahannya,
hidup ini tidak dibina atas keselesaan,
tetapi atas keberanian untuk bertindak.

No comments:
Post a Comment