Total Pageviews

Creative Problem Solving For Supervisors Program

Senaman Qi-Gong juga turut menjadi aktivit dalam program kali ini

Sesi kajian kes
Pn. Aida (Petronas Carigali) sedang menunjukkan satu hasl ciptaannya
Antara hasil kerja peserta
Aktiviti dalam kumpulan (David Fong berkemeja putih)




Salam

17 - 18 Disember 2008

Vistana Hotel Pulau Pinang

Saya telah dijemput mengendalikan satu Public Program bertajuk Creative Problem Solving For Supervisors yang berlangsung 2 hari. Peserta seramai 11 orang yang datangnya dari pelbagai sektor di sekitar Pulau Pinang dan seorang dari Petronas Carigali Kuala Lumpur.

Antara yang menarik ialah sepasang suami isteri yang berumur 69 tahun iaitu En. David Fong dan Pn. Maureene. Pasangan ini sangat saya kagumi kerana mereka merupakan pemilik kilang yang menjahit seluar jeans yang mana dieksport ke negara luar lalu dijahit logo jenama terkenal sperti Levi's, Nike dan sebagainya. Maka hebat sangat sebenarnya menyarung seluar jeans terkenal itu kerana ia dibuat di Bukit Mertajam! (faham maksud saya?)
Lebih menarik lagi, En. David Fong merupakan salah seorang yang menyimpan banyak sejarah melibatkan negara kita di mana beliau pada satu ketika berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri untuk Tuanku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. Pembikinan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan beberapa perkara penting negara turut membabitkan beliau secara langsung. Beliau juga telah ditugaskan untuk masuk ke hutan dan bertemu dengan komunis untuk menerangkan Nation Building agar mereka dapat menurunkan senjata dan menerima pembentukan Malaysia

Saya akan cuba mengaturkan satu sesi temubual dengan beliau bagi mendokumenkan catatan sejarah yang mana masih banyak perkara yang tidak diketahui oleh masyarakat terutama golongan muda.

Berbalik kepada program yang dijalankan, Alhamdulliah berjalan lancar dan membuahkan hasil yang sangat menggalakkan. Semoga peserta program mendapat manfaat dan berjaya di masa akan datang

Mohsen Amdan berkata : Berfikir secara kreatif bukan hanya kepada mereka yang terlibat dalam industri kreatif sahaja

Sesi Rakaman Suara Regu - Kali kedua

Saudara Din Maidin sedang memberi tunjuk ajar kepada anaknya..turut kelihatan anak -anak lelakinya

Saudara Din Maidin yang sedang merakamkan suaranya

Fairuz yang sedang mencari feel


Salam

Akhirnya sesi rakaman kali kedua untuk suara latar siri animasi REGU selesai dilaksanakan di studio milik Oney - bekas penyanyi May / Lipan Bara. Lebih menarik kali ini, aktor Din Maidin (Koperal Lingam) bersama anak - anaknya turut menyumbangkan suara bagi menjayakan projek ini.

Fairuz (Creative Director Flipsio) membawakan watak Edi - hero kisah ini manakala saya...

jeng..jeng..jeng..ada juga membawakan satu watak..nak tahu apa dia..nantikan kemunculannya di Astro Ria (barangkali) pada 23 atau 26 Januari 2009.

Mohsen Amdan berkata: Dato Yusof Haslam pernah berkata kepada Din setelah selesai satu take dalam salah satu penggambarannya "That's the best among the worst"

Persembahan Eksklusif Dewangga Sakti 13 Disember 2008


Salam...
Dewangga Sakti dengan gembiranya menjemput anda ke Showcase / Concerto / Persembahan kami pada 13 Disember 2008 bertempat di Alliance Francise Jalan Semarak Kuala Lumpur.
Anda akan dihiburkan dengan lagu - lagu Dewangga Sakti serta beberapa lagu malar segar yang bakal mengundang nostalgia serta keasyikan.
Tiket berharga RM15 dan RM10 berserta minuman percuma setiap satu.
Jadi..jangan lepaskan peluang ini....

Selamat Aidil Adha - Sirih Pulang Ke Gagang

Gotong royong menumbangkan lembu milik bonda Mariam

Senarai pemilik korban dan petugas yang dikongsi oleh saya

Hj Omar (memegang parang) mengetuai bacaan doa - Hakim disebelah kirinya

Hj Omar menyembelih lembu yang dikongsi oleh kami sekeluarga



Salam..

8 Disember 2008
Masjid Nur Saadah Kampung Cheras Baru
Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada anda semua.
Semoga semangat berkorban sentiasa bersama anda.
Alhamdulliah tahun ini saya turut menyertai ibadah korban dengan berkongsi bahagian dengan ahli keluarga yang lain. (seperti dalam senarai)
Ini merupakan kali pertama kami adik beradik berkongsi qurban.
Seperti tajuk entri kali ini, sirih pulang ke gagang sebenarnya dirujuk kepada abang saya iaitu Hj Omar yang mana kini berkhidmat sebagai Imam 1 masjid Nur Saadah Kampung Cheras Baru. Setelah beberapa tahun berkhidmat di masjid sekitar Selangor, kini beliau dilantik di halaman sendiri.
Alhamdulliah, setelah PRU 12 yang menyaksikan perubahan kepimpinan Selangor, perubahan kepimpinan masjid ini juga turut merasai tempiasnya.
Orang kampung yang dulu terpinggir kerana berlainan aliran politik kini mendapat tempat di masjid ini dan berjaya mengimarahkan masjid kami. Ustaz Salim yang pernah dipecat oleh kepimpinan terdahulu semata - mata tidak sehaluan politiknya, kini menjawat Nazir masjid. Sememangnya, beliau yang selayaknya memandangkan ilmu agama beliau yang tinggi. Beliau merupakan barisan agamawan di zaman Allahyarham Ishak Baharom di mana beliau menolak pelawaan Allahyarham dalam penubuhan Majlis Ulama atas kerendahan hati.
Hj Omar juga merupakan lapisan kedua dalam kepimpinan Kampung Cheras Baru, di mana dia kini dibantu oleh lapisan ketiga diposisi bilal iaitu rakan sekelas saya semasa SRK Kampung Cheras Baru iaitu saudara Hakim.
Proses pengkaderan pemimpin baru sememangnya subur di Kampung Cheras Baru dan diterjemahkan pada Solat Sunat AidilAdha tadi di mana saudara Hakim telah ditugaskan membaca khutbah walaupun beliau menjawat Bilal dan ada 3 imam yang bertugas di sana.
Inilah satu proses yang saya lihat penting dalam membentuk pelapis kepimpinan di mana yang muda dibimbing bukan diarah tak tentu hala.
Oh ya...isteri dan anak - anak saya ada di Kulim, saya akan ke sana usai solat Asar nanti bersama bonda Mariam.
Mohsen Amdan berkata : Moga keikhlasan hati mengiringi semangat pengorbanan kita

Gabungan pelbagai pendapat yang disulami dengan baik mampu memberikan kesimbangan terhadap pelbagai perkara

Salam...

2 - 4 Disember 2008

Kem PULAPES Jugra Banting

Institut Kecemerlangan Pengurusan yang ditubuhkan atas inisiatif Pejabat Menteri Besar Selangor telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan bagi melatih tenaga pengajar yang akan berkhidmat ntuk Negeri Selangor. Ini merupakan satu usaha bagi membolehkan program latihan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pentadbiran negeri Selangor memahami aspirasi kerajaan negeri yang baru.
Dari kiri - YB Saifuddin, YB Azmin , YB Fuziah , YB Sivarasa , Razlan (peguam DSAI)

Walaupun telah lebih 9 bulan kerajaan PR mengambil alih kerajaan negeri Selangor, namun hanya kini barulah program sebegini dilaksanakan memandangkan pelbagai isu yang perlu ditangani terlebih dahulu.
Antara peserta yang hadir

Sebanyak 40 orang telah dijemput hadir ke program ini di mana terdiri dari tenaga profesional dalam bidang latihan, ahli politik serta NGO yang bakal terlibat dalam proses penambahbaikan ini.
YB Dr. Rodziah menjelaskan perkembangan terkini Selangor

Saya yang pada mulanya agak skeptik dengan program ini bimbangkan proses doktrinisasi berlaku namun jangkaan saya meleset. Saya bukanlah ahli kepada mana - mana pertubuhan politik, namun sebagai seorang yang mengikut rapat perkembangan semasa, rasa kagum turut terdetik dihati. Kagum dengan tekad dan keazaman mereka yang benar - benar berjuang untuk kebaikan masyarakat serta kagum dengan pencapaian negeri Selangor khususnya dalam tempoh yang tidak sampai setahun.
Role Play dari salah satu kumpulan

Akan saya kongsikan nanti pencapaian Selangor buat masa ini, namun sesuatu yang ingin saya kongsikan di sini ialah, Insyallah SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) bakal menjadi milik kerajaan negeri dalam masa terdekat...

Mohsen Amdan berkata : Kagum dengan kesanggupan YB-YB untuk turun padang dalam kesibukan Parlimen dan berkongsi harapan serta pandangan.