Gabungan pelbagai pendapat yang disulami dengan baik mampu memberikan kesimbangan terhadap pelbagai perkara
Dari kiri - YB Saifuddin, YB Azmin , YB Fuziah , YB Sivarasa , Razlan (peguam DSAI)
Role Play dari salah satu kumpulan
Salam...
2 - 4 Disember 2008
Kem PULAPES Jugra Banting
Institut Kecemerlangan Pengurusan yang ditubuhkan atas inisiatif Pejabat Menteri Besar Selangor telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan bagi melatih tenaga pengajar yang akan berkhidmat ntuk Negeri Selangor. Ini merupakan satu usaha bagi membolehkan program latihan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pentadbiran negeri Selangor memahami aspirasi kerajaan negeri yang baru.
Walaupun telah lebih 9 bulan kerajaan PR mengambil alih kerajaan negeri Selangor, namun hanya kini barulah program sebegini dilaksanakan memandangkan pelbagai isu yang perlu ditangani terlebih dahulu.
Antara peserta yang hadir
Sebanyak 40 orang telah dijemput hadir ke program ini di mana terdiri dari tenaga profesional dalam bidang latihan, ahli politik serta NGO yang bakal terlibat dalam proses penambahbaikan ini.
YB Dr. Rodziah menjelaskan perkembangan terkini SelangorSaya yang pada mulanya agak skeptik dengan program ini bimbangkan proses doktrinisasi berlaku namun jangkaan saya meleset. Saya bukanlah ahli kepada mana - mana pertubuhan politik, namun sebagai seorang yang mengikut rapat perkembangan semasa, rasa kagum turut terdetik dihati. Kagum dengan tekad dan keazaman mereka yang benar - benar berjuang untuk kebaikan masyarakat serta kagum dengan pencapaian negeri Selangor khususnya dalam tempoh yang tidak sampai setahun.
Akan saya kongsikan nanti pencapaian Selangor buat masa ini, namun sesuatu yang ingin saya kongsikan di sini ialah, Insyallah SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) bakal menjadi milik kerajaan negeri dalam masa terdekat...
Mohsen Amdan berkata : Kagum dengan kesanggupan YB-YB untuk turun padang dalam kesibukan Parlimen dan berkongsi harapan serta pandangan.
No comments:
Post a Comment