Total Pageviews

Kes Sosilawati - Ahmad Kamil Abdul Karim

Muka depan Mingguan Malaysia 12 September 2010

Salam
Saya dihubungi oleh sahabat saya Azeli di satu malam akhir Ramadhan dan bertanya "Sen..Ahmad Kamil Abdul Karim tu kawan kita kat UIA tu la kan?" 
Azeli menyambung perbualan dengan menceritakan mengenai siaran media mengenai kes Sosilawati yang hilang secara misteri..rupa - rupanya peguam yang turut hilang itu merupakan rakan saya sewaktu di UIAM - Ahmad Kamil Abdul Karim..Subhanallah..lemah lutut saya pabila mendengar perkhabaran kehilangan mereka. 

Tengah malam kelmarin, saya menerima panggilan dari Perth, sahabat saya Mr. Q memberitahu yang 4 mayat dibakar di Morib - sekali lagi saya lemah lutut kerana berita - berita begini bukanlah sesuatu yang diharapkan tambahan melibatkan kenalan kita.

Saya dan Ahmad Kamil agak kamcing sewaktu di pusat matirkulasi UIAM di Lembah Pantai. Dormnya hanya bersebelahan dorm kami dan dorm A601 iaitu dorm saya merupakan pusat melepak ketika itu. Ahmad Kamil yang memiliki Suzuki RG Sport bernombor NAP XXXX sememangnya dikenali ramai kerana beliau tidak lokek meminjamkan motorsikalnya kepada teman - teman rapat selain motornya juga agak ranggi. Malahan, kerana motor itu juga kami pernah bergaduh dengan pelajar dari negeri Kelantan; mana mungkin saya lupa saat saya dan Mohd Faiz Sabli mengumpul rakan - rakan dan menggegar bilik senior kami ketika itu.

Beliau seorang yang kelakar, selamba tetapi bijak dan berjiwa niaga. Sejak tamat pengajian pada tahun 2002, saya tidak pernah ketemu beliau namun melalui teman - teman yang ada berjumpanya, menyatakan rasa kagum dengan pencapaian kerjaya beliau yang amat cemerlang. Isterinya juga merupakan teman sepengajian kami.

Saya amat sedih dengan berita kematian dan jenayah yang dilakukan terhadap beliau. Rasa simpati yang teramat terhadap keluarganya kerana yang dicari mungkin Sosila, namun tidak semena - mena orang yang tidak berkaitan pula yang menjadi mangsa.

Andai benar beliau telah terbunuh, maka marilah kita mendoakan roh beliau kembali ke sisi Allah dengan segala kebaikan. Allah lebih menyayangi mereka. Buat keluarga beliau, saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku dan bersabarlah walaupun ia tidak mudah berlaku dalam keadaan sebegini. Namun setiap sesuatu yang berlaku adalah di atas ketentuan Allah dan hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya. Saya juga mendoakan agar si pelaku jenayah ini dihukum sewajarnya dunia dan juga akhirat.

Al - Fatihah

9 comments:

ShukriErnie said...

Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri Rahmah..

ainfadly said...

tidak dpt kubayangkan ank2 yg msh memerlukn ksh sygnya...kini..bkn isteri seorg askar atau polis yg bimbangkn keselamatan suami mereka tetapi juga isteri seorg peguam,pegawai bank dll....

Beautiful Life said...

Al-Fatihah kepada arwah Kamil & lain-lain mangsa. Takziah kepada family mangsa, moga mereka tabah dengan dugaan Allah. Semoga jahanam2 tu semua ditangkap dan dikenakan hukuman sekeras2nya!

Mohsen Amdan said...

Cuma yang agak menghairankan sehingga kini tiada temuramah atau pernyataan isteri Allahyarham. Adakah Sabrina tidak mahu memberi pernyataan atau mengelak dari bertemu wartawan. Atau wartawan tidak dapat mengesan Sabrina?

Redza said...

Salam sen..ha ha..nama aku naik jugak kat blog ko ni..well, it is Ahmad Kamil Abdul Karim, bukan Abdul Rahim. :)

Mohsen Amdan said...

Redza..aa..tersilap taip..

AJM said...

salam,
buat masa ni bro m z (abg bro kamil), xnak bg komen apa2, tlalu sedih.

Syamsulfaiz said...

La budak UIA batch ko rupanye peguam tu. Sayang sekali umur masih muda dan kerjaya tengah naik, tetapi begitu akhirnya. Semoga rohnya di cucuri rahmat.

Mohsen Amdan said...

Syamsul..
Begitulah takdir ke atas dirinya..
Tadi pun dapat berita ada kenalan (Engku Azri) meninggal kerana stroke..juga orang yang bagus kerjayanya tetapi menyahut seruan ilahi sebelum 40 tahun
Nasib kita bagaimana pula?