Total Pageviews
Salam Aidilfitri
Salam. Maka detik yang dinantI oleh ramai orang akhirnya tiba: 1 Syawal menjelma dengan pelbagai gaya, perasaan, cara dan tingkahlaku. Ada yang bergembira dengan pakaian baru, kereta motor baru, rumah baru mahupun gaya fesyen terbaru. Begitu juga yang bersedih kerana kematian insan tersayang, kemalangan, kebakaran atau apa saja malapetaka yang menimpa. Apa jua cara dan rasa, putaran roda kehidupan sentiasa membuat kita menghadapi asam garam hidup dan samada ia gembira atau nestapa - ia datang dari yang Maha Esa dan kita harus sabar dan bersyukur atas segalanya. Selamat Aidilfitri dan saya memohon ampun dan maaf zahir batin andai sepanjang perkenalan anda dan saya menerusi ruang ini ada kesilapan yang telah saya lakukan. Minal Aidil Wal Faizin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment