Total Pageviews

Jatuh cinta - Beban yang tak terpikul

“Jangan pikulkan kepada kami apa yang tidak mampu kami pikul…”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 286)
Perasan tak, seumur hidup kita ni, masalah yang diberikan Allah kepada kita walau seberat mana, ia tetap dapat kita kendalikan…
Maka.. berdasarkan ayat terakhir Surah Al Baqarah ini, apakah masalah yang kita tak mampu pikul?


Apa masalah manusia yang berat sangat?
Kita selalu ingat ujian terbesar hidup adalah kekurangan duit, masalah kerja, atau sakit yang menjerat.
Tapi kadang-kadang, yang paling berat bukan masalah sebegitu….
Yang paling berat… adalah ujian cinta.
Cinta kepada manusia … yang tak dibalas, dikhianati, atau membuat kita lupa Tuhan.
Cinta kepada kebendaan — yang membuat hati terikat pada dunia hingga hilang arah hidup.
Cinta boleh jadi ibadah, jika ia dalam kawalan.
Tapi cinta juga boleh jadi beban yang menghancurkan, jika ia menguasai kita.
Kerana bila cinta sudah berlebihan,
hati yang kuat boleh rebah,
akal yang tajam boleh tumpul,
iman yang kukuh boleh goyah.
Contoh..
Terlalu cintakan sesuatu benda, manusia berhabis sumber : duit masa dan tenaga demi membeli dan menjaga motorsikal kegemarannya, yang akhirnya simpan di rumah terjaga rapi atas alasan - Limited Edition.
Kita lupa bahawa setiap apa yang kita usahakan di dunia ini bakal ditanya Allah.
Bayangkan nanti Allah bertanya di akhirat nanti :
“Apa manfaat kamu beli benda itu sehingga kamu berhabis masa dan tenaga menjaganya walhal ia memberi manfaat yang terlalu sedikit buat kamu.. dan kamu bermegah - megah pula memilikinya ..”
Begitu juga cinta kepada manusia..
Berapa ramai manusia yang gagal mengawal diri, hancur kerana nafsu atas nama cinta.
Sanggup melanggar perintah Allah atas nama cinta.
Berpakaian yang tidak sepatutnya atas nama cinta.
Lalai dengan perintah Allah kerana melakukan sesuatu untuk orang yang dicintai…
Maka tidak pelik bila ayat terakhir Surah Al-Baqarah mengajar doa:
“Ya Tuhan kami, jangan Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikul…”
Kerana di antara segala ujian,
beban cinta yang salah letak sama ada pada manusia atau dunia …
adalah ujian yang paling ramai tewas.
Ayuh sahabat kita berdoa hari ini:
“Ya Allah, jika Kau hadirkan cinta dalam hidupku,
biarlah ia cinta yang menguatkan, bukan memusnahkan.
Cinta yang membawa aku dekat kepada-Mu,
bukan cinta yang membuat aku lupa siapa aku.”

No comments: