Total Pageviews

Zaman sekarang tak macam dulu..

Dulu.. kalau bersukan peringkat sekolah, walaupun wakil negeri belum tentu ibubapa sokong sebagaimana sekarang.
Tak ramai ibu bapa dulu sanggup cuti, sewa ‘homestay’ , tempah baju, taja pasukan sekolah dan sebagainya demi pencapaian anak dalam sukan.



Foto di MSS Selangor yang dirakam oleh anak saya : Evan Miqael sebentar tadi memberi kefahaman kepada kita 2 situasi.
Situasi 1 : Seorang pemain yang dipeluk ibunya memberi ketenangan setelah anaknya tewas… walaupun usia bukan kanak - kanak… tapi tetap perlukan ibubapa untuk menenangkan mereka.
Situasi 2 : Seorang pemain yang melihat (baju kelabu) akan situasi 1 dan saya pasti, dia juga merasai bagaimana pentingnya kehadiran ibu pemain berkenaan.
Ibu bapa zaman sekarang ramai yang menyokong anak dalam bersukan kerana sedar bahawa sukan juga salah satu jalan untuk kemenjadian pelajar di masa hadapan.
Malah, ada ibu bapa berbelanja besar melebihi keperluan sendiri berbanding anak demi kejayaan dalam sukan.
Ia bukan saja mengenai soal menang atau kalah… kerana sukan tidak meletakkan satu gelaran juara untuk ramai orang dalam masa yang sama.
Tetapi ia satu proses panjang, dan ramai ibu bapa tidak mahu terlepas peluang menjalani sejarah itu bersama - sama.
Teruskan menyokong wahai ibu bapa.. anda juga patriot yang perlu di julang…

No comments: