Salam..
Menonton AJL 24 tahun ini sememangnya satu kepuasan kerana lagu - lagu yang dipertandingkan bagi saya berada di satu tahap yang lebih baik berbanding AJL yang lain. Saya nyatakan sedemikian dengan mengambil sudut komposisi serta teknikal. Andai saya menjadi juri..saya juga jadi bingung untuk membuat keputusan. Namun dari jangkaan awal saya bagi 3 lagu terbaik menjadi kenyataan kerana sememangnya lagu - lagu itu hebat belaka.
Satu perkara yang saya perhatikan AJL 24 ini ialah kesan persembahan Faizal Tahir tahun lalu telah membuka lembaran baru kepada bentuk persembahan kali ini. Peserta menjadi lebih kreatif dalam menggayakan persembahan mereka dan hanya Hafiz dan Akim saja yang tiada perubahan dalam bentuk arrangement.
Teringat semasa saya masih aktif bersama Dewangga Sakti dahulu di mana kami bercita - cita ingin ke AJL atas kategori Etnik Kreatif....hmm...tahun ini sudah tiada kategori sedemikian.
Semasa Aizat mendendangkan lagu Pergi, tanpa disedari oleh isteri dan anak - anak saya air mata saya bergenang kerana secara tiba - tiba saya terkenang kepada arwah Ayah, arwah Usop dan arwah Kak Long.. (sori ya darling..cover nangis pakai bantal anak..hehe)
Berikut ialah keputusannya
Keputusan AJL 24
1. Vokal terbaik - Black
2. Persembahan terbaik - Kau Aku (Aizat)
3. Tempat ke 3 - Bencinta (Audi Mok / Faizal Tahir)
4. Tempat ke 2 - Dan Sebenarnya (Yuna)
5 Juara - Pergi (Pete Teo / nyanyian Aizat)
Mohsen Amdan berkata : Rasa macam nak menonton talentime lagi sekali....
1 comment:
laaaa nangis ker???patutlaaa anak nangis minta bantal..huhu..sedih juga lagu tue..ingat lagi time tgk movie talentime...sedey sgt!!
Post a Comment