Total Pageviews

Mengendalikan kelompok yang besar

Gambar kenangan bersama Josh Wagner

Salam.
20 - 22 Januari 2010
Holiday Villa Cherating

Saya telah dijemput menyertai sekumpulan 19 orang dari pelbagai latar bagi menghadiri satu program Master Trainer TOT anjuran ArK - Akademi Keadilan. Program ini dikendalikan oleh Josh Wagner - seorang rakyat Jerman yang berpengkalan di Bangkok dari The Change Initiative.
Beliau merupakan seorang fasilitator dan juga ahli sosiologi yang banyak memberikan sumbangan kepada usaha mendamaikan Selatan Thailand.

Dalam program ini, peserta didedahkan dengan teknik pengendalian kelompok besar dari 15 orang sehingga 3000 orang dalam satu - satu masa. Pada mulanya saya tidak pasti bagaimana Josh boleh melakukan perkara sedemikian namun setelah melaluinya, saya percaya saya juga mampu melakukannya.

Teknik World Cafe, Timeline, Fish Bowl dan The Caravan nampaknya mampu mebaawa kesan dan saya percaya, ia juga sesuai dilakukan di Malaysia ini.

Banyak perkara yang dapat saya pelajari dari beliau dan nampaknya ia bertepatan dengan senario di negara kita di mana banyak isu yang sedang berbangkit tanpa mengira fahaman politik.

Saya sangat berharap untuk mempraktikkan beberapa modul baru dan juga beberapa ilham baru yang saya perolehi di sana.

Mohsen Amdan berkata: Agen perubah harus tahu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan berkesan

2 comments:

DI BAWAH LEMBAYUNG ILAHI said...

Menarik Sen! Ahli sosiologi? Betul-betul menarik! Boleh aku pos entri ni dalam facebook aku?

Mohsen Amdan said...

Tok Ijal..dipersilakan..
Turut bersama aku masa tu ialah En. YTunus..merupakan salah seorang sosiologist Malaysia yang pernah mengangkat senjata bersama Hamas di Palestin..
Orangnya kecil sahaja tetapi berjiwa besar