Total Pageviews

Bagan Ajam dan 2010


Susunan speaker yang sangat kemas dan praktikal
Salam.
Dah lama juga saya tidak menulis dalam blog ini. Bukan kerana kering ilham tetapi pelbagai perkara berlaku termasuklah ketiga - tiga mesin komputer saya meragam. Kini saya menggunakan Linux Mint yang nampaknya membuatkan saya berfikir semula untuk membeli Mac bagi keperluan akan datang. Open source kini semakin hebat di mana ia suatu lambang cubaan melepaskan diri dari 'Intellectual Slavery' dan sifat sentiasa ingin memperbaiki sesuatu - inovasi dan kreativiti. Kredit kepada rakan baik saya saudara Asri Al-Baker iaitu salah seorang dari pakar Symbian dunia. Graduan IIUM dalam jurusan Sains Politik ini sepatutnya menjadi orang penting di kerusi MDeC, Jaring atau MOSTI saya rasa. Kekentalan beliau mengharungi perkembangan ICT ini mengagumkan saya.

Beberapa hari sebelum tahun baru, saya sempat ke R&R Bagan Ajam untuk melihat kehidupan malam minggu di sana. Adik ipar bongsu saya yang mengajak kami ke sana. Saya sudah agak lama tidak berada dipersekitaran kehidupan malam minggu sejak berkahwin, maka sekali sekala ok juga.

Antara orang ramai yang hadir menyaksikan 'pameran'

Suasana setiba kami di sana agak meriah dengan dentuman sub-woofer dari kereta - kereta yang tidak berapa gempak rupa luarannya, tetapi bunyi yang melebihi paras desibel pendengaran biasa manusia ini memang menjadi tumpuan ramai. Rata - rata pemilik disko bergerak ini merupakan pengusaha kedai sistem audio kereta yang secara tidak langsung mempromosikan kedai mereka. Terdapat juga BMW lama yang dipamerkan oleh ahli kelab yang saya tak pasti namannya serta geng - geng kereta kompak. TIdak ketinggalan kawanan Mat Rempit yang bercita - cita memiliki kereta - kereta yang dipamerkan di sana.

Antara kereta yang memiliki bunyi yang hebat pada malam itu

Kata adik ipar saya, kadang kala geng drift juga menunjukkan bakat di sana tetapi pada malam itu kelibat mereka tidak muncul. Mungkin kerana polis sedang membuat sekatan jalan di tol berhampiran.

Bercerita pula tentang 2010, saya doakan agar kalian yang memiliki azam baru dapat berusaha sekuat mungkin mencapai apa saja azam anda. Saya secara spesifik tidak mempunyai azam tahun baru kerana saya tidak meraikannya dan 2010 merupakan tahun kedua dalam perancangan 3 tahun saya yang bermula tahun lalu. Beberapa perkara telah dapat saya capai dan saya berdoa agar Allah memudahkan segala urusan saya bagi mencapai apa yang saya rencanakan.

Mohsen Amdan berkata : Negara maju dalam kebimbangan atas ekonomi yang makin meleset, bagaimana pula kita?




No comments: