Oleh Naeman Bestow
Mempunyai sebuah pasukan besar yang bersatu hati dan seia sekata dalam segala hal merupakan impian dan cita-cita setiap agensi perniagaan yang ingin sukses. Begitulah halnya dengan Etiqa Family Takaful Agency (FTA) yang mempunyai ramai ejen di segenap penjuru negara ini. Setiap kejayaan yang dicapai oleh ejen merupakan kejayaan Etiqa FTA secara kolektif. Bagi mencapai maksud tersebut, Etiqa FTA telah mengadakan program Etiqa FTA Team Building 2013 pada 22-24 Februari yang lepas bertempat di Swiss Garden Hotel, Kuantan.
Bertujuan untuk mengukuhkan persaudaraan dan kerjasama erat antara setiap ejen dalam mengejar kejayaan, maka Etiqa FTA telah memberi kepercayaan kepada MAC untuk merealisasikan matlamat tersebut. Dihadiri oleh 60 orang ejen daripada Northern Region, Southern Region, Middle Region, East-Coast Region dan Sabah-Sarawak Region, program ini telah berjaya dilangsungkan dalam suasana santai dan ceria.
MAC telah berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan para peserta mengenai peri pentingnya mempunyai asas perpaduan dan kerjasama erat dalam setiap lapisan hierarki sesebuah agensi untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Semua lapisan adalah penting dan tidak boleh diabaikan. Perbezaan pendapat harus ditangani secara bijaksana untuk mencapai mutual understanding and consensus. Motivasi dan drive setiap ejen harus diselaraskan bukan sahaja untuk mencapai kehendak peribadi malah mencapai kehendak agensi itu sendiri. Kata kuncinya di sini adalah kejayaan, sales yang tinggi dan rewards yang memuaskan.
Aktiviti yang dijalankan berbentuk indoor dan outdoor. Untuk mewujudkan suasana persaingan yang kuat, para peserta telah dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan kecil dan harus bersaing dalam semua aktiviti untuk mendapat markah tertinggi dan mengelakkan daripada kehilangan ahli kumpulan melalui proses yang dinamakan “Rampasan”. Antara aktiviti yang dijalankan adalah permainan Ikan Kecil-Ikan Besar, Membina Jambatan dan Nombor Terpantas dan Xplorace versi Etiqa FTA. Antara komponen penting aktiviti-aktiviti ini adalah kepantasan, koordinasi, kerjasama berpasukan dan semangat persaingan Di samping itu, peserta telah didedahkan dengan pemahaman karakter manusia melalui model kulit bawang, cara mengenali masalah menggunakan perumpamaan Gajah Di Dalam Ruang Tamu Rumah dan mengenali proses mental seseorang melalui ilmu semiotic berkaitan tandatangan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program-program yang ditawarkan oleh MAC sila hubungi kami di mohsenamdan@gmail.com dannaemanbestow@gmail.com.
No comments:
Post a Comment