Total Pageviews

Hari - hari terakhir PM ku

Mungkin tajuk tulisan ini mengundang pelbagai respon kurang senang dari pembaca, namun saya sarankan..bacalah dahulu. Pandangan saya mungkin salah di mata anda...tetapi inilah yang berada di fikiran saya berdasarkan apa yang saya rasa, lalui, dengar, bual dan lihat.


Hari ini, 1 April 2013 dikatakan parlimen akan dibubarkan. Bukan saya yang kata tetapi oleh orang yang mendapat peluang membekalkan peralatan kerja untuk Suruhanjaya Pilihanraya kepada saya dan beberapa teman. Dengan yakin dia berkata sedemikian kepada kami beberapa hari lalu. Namun sehingga kini (4.20 petang) masih belum ada bunyinya. Bila saya tanyakan kepada seorang teman, balasnya pula "PM nak ke Umrah esok (3 April 2013). Takkan dia nak bubarkan minggu ni?"

Saya tidak bingung dengan tarikh pilihanraya sebenarnya. Tetapi saya simpati melihat hari - hari akhir PM ke 6 negara kita. Kenapa saya berkata demikian?

1. Kerana begitu ramai orang yang rimas dengan menanti tarikh pembubaran ini. Malah muncul pelbagai teori, persepsi, berita palsu dan khabar angin mengenainya. Rimas bermaksud tidak suka, tidak selesa, tidak pasti dan menyampah kerana banyak perkara tertangguh kerana menanti pilihanraya ini. Terdapat satu Kementerian yang sepengetahuan saya masih pening kerana bajet belum turun lagi untuk mereka. Walhal kita sudah pun selesai Q1 (sukuan pertama) untuk 2013. Maka kerja - kerja, program dan projek yang dirancang tertangguh.

2. Banyak projek - projek ditandatangan dan dilancarkan secara tiba - tiba. Apabila ia berlaku maka bajet dari belanjawan yang diluluskan terdahulu terpaksa di rombak, di kerat, di catu atau di tangguh. Ini menyebabkan sekali lagi kesusahan kepada mereka yang terlibat. Antara yang terkini ialah proses ubah suai Lapangan Terbang Sandakan yang baru sahaja di tandatangani dalam keadaan yang sangat tergesa - gesa.

3. Perbelanjaan yang tidak perlu ditanggung oleh dana awam berlaku. Majlis - majlis makan pagi, tengahari, malam dan tengah malam terpaksa diadakan nbagi menggerakkan pengundi. Dalam hal ini banyak perbelanjaan datang atas nama tajaan dari pejabat Menteri.

4. Pidato PM ke 6 dan ucapannya semakin lemah. Kata - kata dan pemilihan perkataannya semakin merimaskan. Nada suara semakin meninggi dan non - verbal yang ditunjukkan semakin membawa maksud berlebih - lebihan. Ini dapat difahami dengan kedudukan tangan melebihi paras dagu yang semakin kerap ketika berucap.

5. Kem penyokong TPM pula dilihat semakin ramai. Pergerakan senyap - senyap ini sudah tidak disembunyikan lagi. Ucapan dan pidato TPM dilihat makin berisi, padat dan lebih tenang. Seolah beliau sudah pasti menjadi Presiden UMNO yang akan datang. Sama ada sebagai Presiden yang akan menjadi PM atau Ketua Pembangkang itu belum dapat di pastikan lagi.

6. Setakat 6 bulan terkebelakang, saya telah berjumpa dengan begitu ramai orang dari pelbagai latar - orang UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA mahupun atas pagar sama ada menerusi program kendalian saya atau pertemuan lain. Namun dari jumlah itu, baru seorang... ya baru seorang yang kata dia percaya pada PM. Benar, itu mungkin bukan terjemahan pada keadaan sebenar namun itulah hakikatnya. Berbanding apabila saya bertanyakan tentang Tun M, respon yang saya terima amat berbeza.

Ada bermacam - maca lagi yang bermain difikiran saya ketika ini. Apabila PM kata masih banyak yang perlu dilakukan sebelum pembubaran ini, saya berasa ia amatlah tidak realistik. Dengan kekeliruan singkatan yang terlalu banyak - BR1M, DRE1M, TP1M dan bermacam lagi serta perbelanjaan pengiklanan mempromosi pemikiran beliau dengan bajet dari JPM yang terlalu banyak mengakibatkan rakyat semakin muak dengan gula - gula pilihanraya. Namun ramai juga yang menelan tanpa usul periksa. Apakan daya, bukan semua orang berfikiran sama.

Tapi, pada hemat saya, sekiranya BN masih lagi menang, pastinya Dato Najib akan tersingkir dari kerusi Pengerusi BN. Maka...nikmatilah Hari - hari Terakhir PM ku..



No comments: