Total Pageviews

Program Motivasi & Semangat Kerja Berpasukan


Kamaruddin memperkenalkan namanya

Salam,
23 - 24 Mac 2009
KYB UMW Kuala Langat

Saya dijemput oleh LaChito - sebuah syarikat penyedia latihan untuk mengendalikan program 2 hari bersama kakitangan KYB UMW. Anak syarikat kepada UMW Malaysia ini merupakan pembuat kepada penyerap hentakan (absorber) dan stereng kuasa (power steering) bagi pelbagai jenis kenderaan termasuk motorsikal.



Seramai 23 orang yang hanya seorang sahaja peserta wanita terlibat dalam program ini. Saya yang sudah hampir 4 tahun tidak mengendalikan program di kilan (terakhir di Ryoka Bangi) berasa teruja kerana suasana dikilang amat menyeronokkan buat saya. Seronok kerana suasana teratur dan disiplin kilang khususnya yang mematuhi KAIZEN. Alangkah bagus kalau agensi kerajaan juga boleh berbuat demikian. Malangnya kursus KAIZEN pergi, buatnya tidak...


Oleh kerana kebanyakan mereka kaki bola...maka keadaan menjadi lebih gamat apabila lawak jenaka kami berkisar pasukan bola sepak. Ialah..nama pun program pemantapan pasukan maka bolasepak sering menjadi contoh yang menarik.

Apa pun, banyak pengajaran dan pengalaman yang saya kutip dari program ini. Semoga mereka mendapat manfaat serta dapat melaksanakan ilmu yang dipelajari

Mohsen Amdan berkata : Nissan dan Honda Malaysia juga dikatakan menggunakan barangan yang kurang berkualiti. Betul ke?

Taman Negara Pahang ...selepas 8 tahun



Salam...
14 - 16 Mac lalu kami sekeluarga bersama 2 keluarga lagi, Angah Amir dan Achik Omar tanpa perancangan terperinci telah memandu menuju ke Taman Negara Pahang. Kira - kira 8 tahun lalu saya dan rakan - rakan Mahallah Ali yang menggelarkan diri sebagai The Man's Club menjelajah Taman Negara dengan pelbagai pengalaman menarik, menggerunkan dan kesyukuran. Keindahan cipataan Allah sememangnya mengasyikkan dan tiada bandingnya. Kali ini saya kembali bersama isteri, anak - anak, adik beradik, ipar duai dan anak buah.

8 tahun dulu kami menaiki bot dari Jerantut menuju ke Kuala Tahan. Kini dengan menaiki kereta, perjalanan lebih mudah ke sana. Dalam perjalanan kereta Achik Omar overheat. Jadi banyak kali terpaksa berhenti untuk mengisi air ke radiator. Singgah di Songsang namun bukan rezeki untuk membaiki radiator itu kerana bekalan air pula terputus maka bengkel itu tidak dapat menggunakan pam untuk mencuci radiator.

Kami tiba dalam jam 9 dan terus daftar masuk ke Liana Hostel, bersebelahan dengan jeti untuk melintas dengan bot ke Taman Negara. Usai menyimpan barang kami terus menjamu selera dan berehat setelah hampir 6 jam perjalanan.


Awal pagi 15 Mac, kami memulakan aktiviti dengan bersarapan di restoran terapung milik Pak Anjang - kenalan lama Angah Amir. Selepas mengisi perut kami terus menaiki bot untuk melintas dan terus memulakan trekking ke jambatan gantung tertinggi di dunia. Menariknya, saya tidak mengetahui bahawa kami akan trekking. Akibatnya saya dan isteri hanya menyarung selipar jepun dan anak2 turut serta trekking dengan pakaian yang kurang sesuai. Basyira yang pada mulanya bersemangat berjalan di tanah hutan akhirnya minta didukung kerana laluan kami keseluruhannya sejauh 7km. Dah macam orang asli rasanya dukung anak dalam hutan!

Mendokong Basyira secara bergilir sejauh hampir 7km...sakit pinggang beb...

Menambah kepenatan itu ialah apabila tiba di lokasi untuk menaiki jambatan gantung, kami perlu menunggu kira - kira 2 jam untuk merasai nikmat ketinggian jambatan itu. Oleh itu kami membuat keputusan untuk pulang semula dan menuju ke Lembah Simpon untuk bermandi manda.

Sira (kolam air bergaram yang menjadi tempat binatang mendapatkan sumber mineral)




Setiba di sana, airnya yang sejuk dan menyegarkan menghilangkan lelah dan penat. Nikmatnya dapat bermandi manda dengan air yang tidak tercemar.

Setelah pulang ke bilik, kami bersiap untuk makan tengahari dan selepsa kenyang, kami pun merehatkan badan dan lelap seketika. Cuaca hujan yang berterusan membuatkan selera tidur lebih baik.

Petangnya saya dan beberapa yang lain bermain bola ditepi sungai. Pancit juga dibuatnya. Dah lama tak menggelecek dan menjaringkan gol. Rindu juga zaman bermain bola dulu. Malam kami hanya menjamu selera di restoran terapung dan saya merasai Milo Shake yang sangat lazat beserta pelbagai masakan lain

16 Mac selesai berkemas - kerana hari hujan maka jangkannya tiada aktiviti yang akan dilakukan. Namun selesai sarapan, Angah Amir mengajak kami menaiki bot panjang untuk ke jeram. Dengan berat hati kami pergi tetapi perasaan jadi teruja apabila dilambung riak air jeram yang deras sehingga basah kuyup dibuatnya.

Batrisya yang seronok bercampur takut

Panorama ciptaan Allah

Pelbagai lagi perkara menarik yang tidak dapat diturunkan di sini. Namun selepas 8 tahun Taman Negara pahang sememangnya jauh berubah. Banyak kemudahan baru telah diadakan untuk kegunaan pelancong. Namun beberapa aspek penambahbaikan masih boleh dilakukan supaya keadaan menjadi lebih baik.

Mohsen Amdan berkata: Kemudahan asas seperti tandas perlu diurus dengan baik bagi memastikan pelancong datang lagi

Thumbing My Way Back To Heaven

Semasa persembahan di Shangri - La Taipei Taiwan beberapa tahun dahulu

Salam...

Dalam perjalanan ke pejabat hari ini, saya telah memutarkan CD Pearl Jam - Riot Act yang setelah sekian lama tidak dimainkan. Kebetulan ketika mengangkat barang - barang untuk dipindahkan ke pejabat baru, terjumpa CD ini.
Dalam melayan perasaan memandu keseorangan, tiba - tiba fikiran melayang jauh apabila tiba di Track 7 album ini. Satu ketika dulu lagu ini sering saya putarkan ketika jiwa kacau...Maklumlah muda lagi masa tu.
Saya meminati gaya penulisan Eddie Vedder yang banyak menggunakan pendekatan diskripsi suasana atau keadaan bagi melambangkan apa yang cuma disampaikan. Dia jarang menulis secara langsung apa mesej yang ingin diutarakan tetapi menjadikan pengalaman mengenai sesuatu sebagai proses penyampaian mesej. Pastinya saya juga menggemari gaya penulisan lagu Pearl Jam yang satu ketika dulu menjadi kegilaan era Seattle Sound sehinggakan mendiang Kurt Cobain (Nirvana) mencemuh suara Eddie Vedder.
Mengapa saya menulis mengenai ini, kerana saudara Syam dalam komennya terdahulu menyebut (secara menyindir barangkali) gaya bermain gitar dalam gambar program Palestin saya mirip Vedder. Tak baik sindir - sindir Syam

Di bawah ialah lirik yang saya maksudkan.

Thumbing My Way Back to Heaven
I have not been home since you left long ago
I'm thumbing my way back to heaven
Counting steps, walking backwards on the road
I'm counting my way back to heaven
I can't be free with what's locked inside of me
If there was a key, you took it in your hand
There's no wrong or right, but I'm sure there's good and bad
The questions linger overhead
No matter how cold the winter, there's a springtime ahead
I'm thumbing my way back to heaven
I wish that I could hold you
I wish that I had
Thinking 'bout heaven
I let go of a rope, thinking that's what held me back
And in time I've realized, it's now wrapped around my neck
I can't see what's next, from this lonely overpass
Hang my head and count my steps, as another car goes past
All the rusted signs we ignore throughout our lives
Choosing the shiny ones instead
I turned my back, now there's no turning back
No matter how cold the winter, there's a springtime ahead
I smile, but who am I kidding?
I'm just walking the miles, every once in a while I'll get a ride
I'm thumbing my way back to heaven
Thumbing my way back to heaven
I'm thumbing my way back to heaven...

Persembahan Seni Budaya Sempena Karnival Memancing Untukmu Palestin

Sesi bergambar bersama pemenang

Tasik Permaisuri Bandar Tun Razak
8 Mac 2009
0900 - 1230

Salam...
Dengan kerjasama pelbagai pihak, Lilcent telah diminta untuk menganjurkan persembahan sebagai acara sampingan kepada Pertandingan Memancing Untukmu Palestin. Pada awalnya kami cuba menyenaraikan beberapa persembahan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan penggiat budaya yang muda - muda dan baru berjinak - jinak dengan dunia persembahan. Namun, takdir menentukan yang mana akhirnya artis yang muncul sememangnya diluar jangkaan.

Sebelum menulis mengenai hari persembahan, dugaan mula muncul apabila satu persatu tawaran yang kami keluarkan tidak bersahut. Ada yang terpaksa menarik diri dan sebagainya. Namun alhamdullillah ...rezeki untuk orang lain pula nampaknya. Kesemua yang membuat persembahan pada hari itu merupakan kali pertama bekerjasama bersama kami dan mereka memang hebat!!!

Pada hari sabtu pula, semasa melawat lokasi, kami terkedu apabila melihat kanopi yang disediakan untuk kami berada dilokasi yang tidak strategik..di atas padang yang mana sukar sekali untuk mendapatkan penonton. Beberapa panggilan telefon dibuat dan seperti biasa Puan Siti Ilham ada jawapannya. Petang itu kakitangan DBKL datang mengalihkan kanopi dalam hujan yang agak lebat.

Pada hari acara, persembahan dimulakan dengan kumpulan nasyid yang didatangkan khas dari sebuah daerah yang kontroversi dengan LCCT nya..ya..Labu. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu menampilkan kumpulan nasyidnya yang bergelar Sautun Najjah (Bunyian / Suara kejayaan). Berbakat besar..dari barisan vokalisnya sehingga pemain - pemain perkusi yang saya rasakan Akademi Nasyid mampu melonjakkan nama mereka. Harmoni dan komunikasi yang bagus ditunjukkan dalam persembahan 6 lagu itu. Terimakasih kepada saudara Zaki Rafaie yang telah membantu saya mendapatkan mereka ini.

Barisan vokalis anak muda yang berpotensi besar

Percussion unit yang mantap

Seterusnya, dari putrajaya, mereka yang baru berusia tidak sampai 2 bulan telah diberi peluang menunjukkan bakat. Dipimpin oleh Inda, bekas anak murid saya di Asrama Toh Puan Norasyikin, kumpulan gamelan dari SMK Putrajaya Presint 8 ini menunjukkan bakat dengan 4 buah lagu. Saya sempat bertemu mereka di sekolah pada jumaat lalu, dan melihat kebolehan mereka, saya boleh katakan disini yang mereka merupakan 'Fast Learner'. Lagu Wau Bulan yang saya tunjukkan tidak sampai 15 minit dapat dikuasai dengan baik dan dipersembahkan pada hari itu! Yang menariknya, saya pula dijemput untuk memainkan gendangnya...lepas juga gian main gendang ..heheheh


Kumpulan gamelan SMK Putrajaya Presint 8 (kanan sekali Inda...pemimpin kumpulan)

Seterusnya, IRFAN - sebuah kumpulan nasyid yang agak senior yang terdiri dari 4 orang pemuda yang kesemuanya bermain perkusi mempunyai alunan suara lunak dan sangat mahir menguasai pentas. Teruja dengan kecekapan permainan perkusi mereka, Irfan sempat menyampaikan 3 lagu sahaja kerana terpaksa bergegas ke majlis kahwin.

IRFAN...siap dengan berbaju melayu lengkap

Kontroversi turut melanda pertandingan memancing hari itu dan menyebabkan persembahan tergendala seketika. Seekor ikan pacu seberat 4.8 kg menggemparkan suasana. Beberapa peserta memprotes kerana mengatakan sipemancing itu menipu...mengeluarkan ikan dari beg dan sebagainya. Pasukan Marshall terpaksa menyiasat bagi membuktikan tangkapan itu. Kelam kabut juga dibuatnya dan yang terserlah ialah sikap dengki, iri hati dan busuk jiwa manusia yang digelar bangsanya sebagai MELAYU. Terbukti tangkapan itu sahih dan dia diisytihar pemenang.
Inilah dia Ikan Pacu 4.8kg yang kontroversi

Persembahan disambung semula oleh saudara Saiful - penggiat teater yang sering muncul di Istana Budaya. Beliau menyampaikan puisi yang bertajuk AllahuAkbar sambil diiringi bunyi latar yang membangkitkan rasa insaf, taubat dan ihsan. Memang mengesankan sehingga seorang kanak - kanak melopong dan duduk ditengah panas untuk menghayati persembahan itu. Sejurus selepas itu, Mel - bekas vokalis rock legenda Wings muncul menghangatkan acara. 2 lagu dari projek terbarunya yang mempunyai mesej ketuhanan mengalun lunak mengubat rindu peminat.
Saiful..dengan gaya tersendiri

Perhatikan anak kecil yang khusyuk tidak menghiraukan cuaca panas
Gaya Mel yang mempunyai suara unik (berisi sikit nampaknya)

Usai Mel, Noor Hayati Remli pula mengambil tempat dengan puisi Sunyi Untuk Mu Palestin diiringi petikan gitar akustik oleh...saya! heheh lebih gian beb!!! Dah lama juga tidak main gitar untuk mengiringi puisi...seingat saya masa zaman di UIAM dan juga Rumah Pena.

Noor Hayati Remli dan dibelakangnya gitaris yang cas -cas maut

Kami juga turut mengundang anak muda dari Kedah untuk persembahan Shuffle. Menamakan diri mereka sebagai Hard Style Genesis, mereka yang berusia 16 hingga 18 tahun menunjukkan kemahiran Shuffle. Ini merupakan kali pertama saya menyaksikan Shuffle live dan apa yang saya boleh simpulkan, ia satu aktiviti fizikal yang baik dan menyihatkan badan. Lagu kedua dan ketiga mereka menyaksikan penyertaan dari penonton dan membakar lagi ruang tari dengan persaingan skil individu. Berpeluh sakan nampaknya mereka.

Hard Style Genesis

Mas Adeki...satu nama besar yang dikenali oleh khalayak seni puisi dimana kebetulan beliau ada di program kami dan menawarkan diri untuk menyampaikan satu gurindam bertajuk Hargai Ibu Tersayang dan beliau meminta saya mengiringi gurindam itu dengan petikan gitar. Unik gurindam ini kerana melodinya adalah berasaskan zikir Subhanallah Walhamdullillah Wala Ilaha Illallah WallahuAkbar. Menarik bait - baitnya dan penuh nasihat.

Mas Adeki atau Hj Mohamad Sidek Mohamad Dollah

Selesai Mas Adeki, hon dibunyikan menandakan sesi memancing tamat. Ikan Pacu 4.8kg ditabalkan juara. Wang tunai RM3000 dibolot pemenang dan suara sumbang masih kedengaran semasa penyampaian hadiah. Susah betul bila orang iri hati dan dengki ini berlegar dalam masyarakat.

Jadi, itulah sedikit sebanyak laporan kali ini, terimakasih kepada semua yang terlibat dan kepada sesiapa yang inginkan perkhidmatan kami untuk pengurusan acara, sila hubungi kami.

Mohsen Amdan berkata : Seni dan Budaya sentiasa berkembang, yang lama harus sedia menerima yang baru dan yang baru harus menghormati yang lama.

REGU - Sesi terakhir bersama Mentor

Salam...
5 Mac 2009, Kl Sentral

Sesi terakhir bersama mentor dalam Intellectual Property Creative Challenge telah berlangsung di pusat MSC KL Sentral. Kali ini saya ditemani isteri tersayang kerana Fairus mengendalikan program bersama Petronas di Putrajaya. Dari awal telah saya jangkakan bahawa ini bakal menjadi sesi yang kental untuk saya.


Menayangkan hasil kerja

Dalam sesi ini setiap pesaing perlu menayangkan hasil kerja mereka dan dikritik atau dipuji atau apa - apa saja oleh mentor. Memandangkan hasil kerja kami yang agak kelam kabut dan kurang tersusun gerak kerjanya, maka menerima kritikan dari mentor adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Berbagai maklumbalas yang diterima dan boleh dikatakan perit juga telinga ini menahannya..sehinggakan saya tidak lagi fokus kepada apa yang dikatakan oleh mentor kerana isinya hampir sama iaitu.....rahsia....

Mendengar komen dari mentor yang sememangnya membantu dan perlu difikirkan

Dalam proses menahan telinga itu, fikiran saya berputar ligat memikirkan jalan penyelesaian dalam tempoh terdekat kerana Super Pitch dijangka berlangsung 22 Mac ini. Alhamdullilah dikurniakan buah fikiran dan saya utarakan kepada mentor dan nampaknya, langkah itu direstui.

Keluar dari bilik pembentangan, berita baik diterima iaitu Super Pitch ditangguh (lagi) ke 14 April. Bermakna kami ada sebulan untuk memperbaiki REGU. Tanpa berlengah malam itu juga saya mengumpulkan pasukan dan berusaha mencari jalan... Syukur kerana pasukan berpengalaman kami dapat mengupas dan memerah otak mencari penawar kepada REGU.


Sesi Post Mortem dan Brainstorming bersama team production

InsyaAllah kami sedang mengusahakannya..Moga Allah memberi petunjuk buat kami.

Melihat hasil kerja pasukan lain, hati menjadi kagum, kecut dan macam - macam lagi kerana mutu kerja mereka hebat! Saya yakin langkah mereka jauh selepas ini. Dan uniknya, inilah kali pertama semua pasukan dapat bersembang dengan rapat dan seolah - olah kami tidak bertanding sesama sendiri pun. Malahan saling menawarkan kepakaran masing - masing untuk projek akan datang.

Mohsen Amdan berkata: Hargailah idea milik anda, berusaha untuk mengembangkannya dengan mendapat pandangan orang lain tetapi, jangan sampai anda hilang keyakinan pada idea sendiri...

Bila MRSM mahu diswastakan dan Pertama Kompleks dijambatankan...


Salam...
Barangkali entri semalam dan hari ini lebih menjurus kepada keadaan siasah negara. Saya cuba mengelak dari entri sebegini namun perasaan saya sebagai rakyat dan pendidik mendorong saya berkongsi pandangan mengenai siasah semasa dan masalah kedangkalan pemikiran.

Hari ini kita dikejutkan dengan isu Perak yang tidak selesai dan semakin berselirat, banjir kilat di Kuala Lumpur yang nampaknya mempertikaikan fungsi SMART Tunnel dan terkini MRSM swasta bakal diadakan. 2 hari sebelum ini cadangan jejantas dari bangunan MARA ke Pertama Kompleks yang bernilai 24 juta atas alasan mudah orang melintas dan boleh diwujudkan ruang peniaga dilaluannya.

MRSM swasta..saya tak pasti pandangan anda terhadap cadangan ini tetapi persoalannya apakah keperluannya? Sekiranya ada yang mengatakan adalah ok untuk MRSM swasta diwujudkan kerana sekiranya anda berkemampuan boleh menghantar anak ke sana, fikirkan semula...

Apa yang akan berlaku kepada persepsi masyarakat kepada institusi pendidikan? Ada duit maka boleh ke tempat belajar yang bagus. Kalau miskin masuk ke sekolah biasa - biasa sahaja.
Wang penentu kualiti pendidikan nampaknya. Kalau begitu peningkatan sekolah kerajaan haruslah berteraskan duit. Swastakan sahaja SRK, SMK dan sebagainya. Gila...

Jejantas MARA ke Pertama? Perlu kah? Susah sangatkah melintas dari Bangunan MARA ke Pertama? 24 Juta? Berapa ramai pelajar yang dapat ditaja untuk bersekolah dengan jumlah itu? MARA membelanjakan 350 ribu sehingga 1.2 juta bagi setiap pelajar yang dihantar kel;uar negara setiap tahun.

Kepada penggubal dasar, pembuat keputusan dan pemerintah yang berkuasa diluar sana...sedarlah bahawa amanah yang diberikan kepada anda adalah satu tanggungjawab yang akan di audit bukan hanya oleh auditor jabatan anda, tetapi oleh yang Maha Esa. Maka pastikan keputusan anda adil dan tidak berteraskan kepentingan peribadi.

Mohsen Amdan berkata : Sedih mengenangkan duit RM6juta untuk kempen 6 Jahanam yang dah jahanam dibelanjakan ke tempat yang tidak sepatutnya

Cerita Laksamana Do Re Mi di Perak...

Gambar dari Malaysiakini.com

Salam...
DUN Perak bersidang di bawah pokok...kasihan saya melihat insan - insan yang bertungkus lumus untuk rakyat jelata ini. Hak mereka di halang, dinafikan dan dianiaya.
Mengapa harus dihalang mereka ke SUK? Adakah bimbang akan usul yang bakal diluluskan mungkin menggugat BN?
Teringat saya akan filem Laksamana Do Re Mi yang mana kerajaan Pasir Dua Butir terpaksa menguruskan negeri di bawah pokok. Datang 3 laksamana dengan kuasa hebat membantu menewaskan menteri FaSoLa. Nampaknya...kisah P.Ramlee menjadi nyata sekali lagi...
Langkah seterusnya dilihat bakal mencetus sejarah bukan sahaja politik Malaysia tetapi dunia dan ini akan meningkatkan lagi nama Malaysia di mata dunia!!!! Syabas....tak perlu bagi Dato' pada sesiapa pun tapi impaknya satu dunia tahu...
Apa yang bakal dilakukan oleh UMNO khususnya? Dalam kemelut ini Saiful (sumpah laknat) pula telah membuat laporan polis mengenai PahangDailyOnline yang dikatakan mengeluarkan artikel memfitnah dirinya. Beberapa orang pula dikatakan sedang berusaha mengagalkan persidangan UMNO bulan ini...
Nilai ringgit yang merudum pula menambahkan sengsara rakyat..apa langkah kerajaan menangani keadaan ini?

Sebagai rakyat, saya berdoa pada Allah agar segalanya berjalan dengan baik dan keadilan dapat ditegakkan.

Mohsen Amdan berkata : Menteri FaSoLa yang kebal juga akhirnya tewas dengan buluh runcing - bukan dengan senjata hebat pun...

Peluang membuat Persembahan Seni Budaya Sempena Sokongan Untukmu Palestin

Salam...
8 Mac 2009 ini saya dipertanggung jawabkan oleh Hajjah Siti Ilham Sheikh Hussein, Pegawai belia dan Sukan Kawasan Seputeh untuk mengendalikan persembahan pentas Seni Budaya sebagai acara sampingan kepada pertandingan memancing di Taman Tasik Permaisuri Bandar Tun Razak.
Bertemakan Untukmu Palestin (jangan tanya saya apa kaitannya dengan memancing...), pentas terbuka disediakan kepada anda yang berminat membuat persembahan sebagai tanda sokongan kepada warga Palestin yang sedang terhimpit.
Sekiranya anda berbakat menyanyi, bermain muzik, berpuisi, berlakon dan sebagainya..sila hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut danpeluang membuat persembahan di lokasi yang menarik ini.
Masa acara ini berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Dimaklumkan Menteri Penerangan akan datang bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing.
Peluang ini tidak harus dilepaskan khususnya penggerak seni indie sekitar lembah kelang.
Hubungi saya di 013 - 388 9214

Mohsen Amdan berkata : Teringin juga nak perform...