Salam...
5 Mac 2009, Kl Sentral
Sesi terakhir bersama mentor dalam Intellectual Property Creative Challenge telah berlangsung di pusat MSC KL Sentral. Kali ini saya ditemani isteri tersayang kerana Fairus mengendalikan program bersama Petronas di Putrajaya. Dari awal telah saya jangkakan bahawa ini bakal menjadi sesi yang kental untuk saya.
Menayangkan hasil kerja
Dalam sesi ini setiap pesaing perlu menayangkan hasil kerja mereka dan dikritik atau dipuji atau apa - apa saja oleh mentor. Memandangkan hasil kerja kami yang agak kelam kabut dan kurang tersusun gerak kerjanya, maka menerima kritikan dari mentor adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Berbagai maklumbalas yang diterima dan boleh dikatakan perit juga telinga ini menahannya..sehinggakan saya tidak lagi fokus kepada apa yang dikatakan oleh mentor kerana isinya hampir sama iaitu.....rahsia....
Mendengar komen dari mentor yang sememangnya membantu dan perlu difikirkan
Dalam proses menahan telinga itu, fikiran saya berputar ligat memikirkan jalan penyelesaian dalam tempoh terdekat kerana Super Pitch dijangka berlangsung 22 Mac ini. Alhamdullilah dikurniakan buah fikiran dan saya utarakan kepada mentor dan nampaknya, langkah itu direstui.
Keluar dari bilik pembentangan, berita baik diterima iaitu Super Pitch ditangguh (lagi) ke 14 April. Bermakna kami ada sebulan untuk memperbaiki REGU. Tanpa berlengah malam itu juga saya mengumpulkan pasukan dan berusaha mencari jalan... Syukur kerana pasukan berpengalaman kami dapat mengupas dan memerah otak mencari penawar kepada REGU.
Sesi Post Mortem dan Brainstorming bersama team production
InsyaAllah kami sedang mengusahakannya..Moga Allah memberi petunjuk buat kami.
Melihat hasil kerja pasukan lain, hati menjadi kagum, kecut dan macam - macam lagi kerana mutu kerja mereka hebat! Saya yakin langkah mereka jauh selepas ini. Dan uniknya, inilah kali pertama semua pasukan dapat bersembang dengan rapat dan seolah - olah kami tidak bertanding sesama sendiri pun. Malahan saling menawarkan kepakaran masing - masing untuk projek akan datang.
Mohsen Amdan berkata: Hargailah idea milik anda, berusaha untuk mengembangkannya dengan mendapat pandangan orang lain tetapi, jangan sampai anda hilang keyakinan pada idea sendiri...
No comments:
Post a Comment