Total Pageviews

Taman Negara Pahang ...selepas 8 tahun



Salam...
14 - 16 Mac lalu kami sekeluarga bersama 2 keluarga lagi, Angah Amir dan Achik Omar tanpa perancangan terperinci telah memandu menuju ke Taman Negara Pahang. Kira - kira 8 tahun lalu saya dan rakan - rakan Mahallah Ali yang menggelarkan diri sebagai The Man's Club menjelajah Taman Negara dengan pelbagai pengalaman menarik, menggerunkan dan kesyukuran. Keindahan cipataan Allah sememangnya mengasyikkan dan tiada bandingnya. Kali ini saya kembali bersama isteri, anak - anak, adik beradik, ipar duai dan anak buah.

8 tahun dulu kami menaiki bot dari Jerantut menuju ke Kuala Tahan. Kini dengan menaiki kereta, perjalanan lebih mudah ke sana. Dalam perjalanan kereta Achik Omar overheat. Jadi banyak kali terpaksa berhenti untuk mengisi air ke radiator. Singgah di Songsang namun bukan rezeki untuk membaiki radiator itu kerana bekalan air pula terputus maka bengkel itu tidak dapat menggunakan pam untuk mencuci radiator.

Kami tiba dalam jam 9 dan terus daftar masuk ke Liana Hostel, bersebelahan dengan jeti untuk melintas dengan bot ke Taman Negara. Usai menyimpan barang kami terus menjamu selera dan berehat setelah hampir 6 jam perjalanan.


Awal pagi 15 Mac, kami memulakan aktiviti dengan bersarapan di restoran terapung milik Pak Anjang - kenalan lama Angah Amir. Selepas mengisi perut kami terus menaiki bot untuk melintas dan terus memulakan trekking ke jambatan gantung tertinggi di dunia. Menariknya, saya tidak mengetahui bahawa kami akan trekking. Akibatnya saya dan isteri hanya menyarung selipar jepun dan anak2 turut serta trekking dengan pakaian yang kurang sesuai. Basyira yang pada mulanya bersemangat berjalan di tanah hutan akhirnya minta didukung kerana laluan kami keseluruhannya sejauh 7km. Dah macam orang asli rasanya dukung anak dalam hutan!

Mendokong Basyira secara bergilir sejauh hampir 7km...sakit pinggang beb...

Menambah kepenatan itu ialah apabila tiba di lokasi untuk menaiki jambatan gantung, kami perlu menunggu kira - kira 2 jam untuk merasai nikmat ketinggian jambatan itu. Oleh itu kami membuat keputusan untuk pulang semula dan menuju ke Lembah Simpon untuk bermandi manda.

Sira (kolam air bergaram yang menjadi tempat binatang mendapatkan sumber mineral)




Setiba di sana, airnya yang sejuk dan menyegarkan menghilangkan lelah dan penat. Nikmatnya dapat bermandi manda dengan air yang tidak tercemar.

Setelah pulang ke bilik, kami bersiap untuk makan tengahari dan selepsa kenyang, kami pun merehatkan badan dan lelap seketika. Cuaca hujan yang berterusan membuatkan selera tidur lebih baik.

Petangnya saya dan beberapa yang lain bermain bola ditepi sungai. Pancit juga dibuatnya. Dah lama tak menggelecek dan menjaringkan gol. Rindu juga zaman bermain bola dulu. Malam kami hanya menjamu selera di restoran terapung dan saya merasai Milo Shake yang sangat lazat beserta pelbagai masakan lain

16 Mac selesai berkemas - kerana hari hujan maka jangkannya tiada aktiviti yang akan dilakukan. Namun selesai sarapan, Angah Amir mengajak kami menaiki bot panjang untuk ke jeram. Dengan berat hati kami pergi tetapi perasaan jadi teruja apabila dilambung riak air jeram yang deras sehingga basah kuyup dibuatnya.

Batrisya yang seronok bercampur takut

Panorama ciptaan Allah

Pelbagai lagi perkara menarik yang tidak dapat diturunkan di sini. Namun selepas 8 tahun Taman Negara pahang sememangnya jauh berubah. Banyak kemudahan baru telah diadakan untuk kegunaan pelancong. Namun beberapa aspek penambahbaikan masih boleh dilakukan supaya keadaan menjadi lebih baik.

Mohsen Amdan berkata: Kemudahan asas seperti tandas perlu diurus dengan baik bagi memastikan pelancong datang lagi

2 comments:

Anonymous said...

aduh,x ensem plak gambar time tgh makan...hahahaha

-mamat-

Anonymous said...

aku teringin betul pegi sana, cuma tak sampai2 je lagik....bila la nak pegi ni...iiskk...