Salam...
Barangkali entri semalam dan hari ini lebih menjurus kepada keadaan siasah negara. Saya cuba mengelak dari entri sebegini namun perasaan saya sebagai rakyat dan pendidik mendorong saya berkongsi pandangan mengenai siasah semasa dan masalah kedangkalan pemikiran.
Hari ini kita dikejutkan dengan isu Perak yang tidak selesai dan semakin berselirat, banjir kilat di Kuala Lumpur yang nampaknya mempertikaikan fungsi SMART Tunnel dan terkini MRSM swasta bakal diadakan. 2 hari sebelum ini cadangan jejantas dari bangunan MARA ke Pertama Kompleks yang bernilai 24 juta atas alasan mudah orang melintas dan boleh diwujudkan ruang peniaga dilaluannya.
MRSM swasta..saya tak pasti pandangan anda terhadap cadangan ini tetapi persoalannya apakah keperluannya? Sekiranya ada yang mengatakan adalah ok untuk MRSM swasta diwujudkan kerana sekiranya anda berkemampuan boleh menghantar anak ke sana, fikirkan semula...
Apa yang akan berlaku kepada persepsi masyarakat kepada institusi pendidikan? Ada duit maka boleh ke tempat belajar yang bagus. Kalau miskin masuk ke sekolah biasa - biasa sahaja.
Wang penentu kualiti pendidikan nampaknya. Kalau begitu peningkatan sekolah kerajaan haruslah berteraskan duit. Swastakan sahaja SRK, SMK dan sebagainya. Gila...
Jejantas MARA ke Pertama? Perlu kah? Susah sangatkah melintas dari Bangunan MARA ke Pertama? 24 Juta? Berapa ramai pelajar yang dapat ditaja untuk bersekolah dengan jumlah itu? MARA membelanjakan 350 ribu sehingga 1.2 juta bagi setiap pelajar yang dihantar kel;uar negara setiap tahun.
Kepada penggubal dasar, pembuat keputusan dan pemerintah yang berkuasa diluar sana...sedarlah bahawa amanah yang diberikan kepada anda adalah satu tanggungjawab yang akan di audit bukan hanya oleh auditor jabatan anda, tetapi oleh yang Maha Esa. Maka pastikan keputusan anda adil dan tidak berteraskan kepentingan peribadi.
Mohsen Amdan berkata : Sedih mengenangkan duit RM6juta untuk kempen 6 Jahanam yang dah jahanam dibelanjakan ke tempat yang tidak sepatutnya
No comments:
Post a Comment