Total Pageviews

Program Teknik Pembentangan Berkesan


Bengkel Non - Verbal

15 - 16 September 2009
Bilik Latihan SPNB
Tingkat 18 Bangunan MAS

Salam,
Saya diundang sekali lagi oleh Interaktif Jasa Sdn Bhd bagi mengendalikan program anjuran mereka. Kali ini saya bersama salah sebuah entiti penting di bawah Kementerian Kewangan Malaysia iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Meningkatkan kebolehan eye - contact dan listening skills

Program kali ini dihadiri oleh 24 orang yang terdiri dari eksekutif dan pengurus dari pelbagai unit dan melihat tajuk di atas, ramai yang beranggapan porgram ini akan menjurus kepada cara - cara melakukan pembentangan dalam tugasan biasa; mesyuarat, seminar, pitching dan sebagainya. Namun, itu tidak berlaku kali ini. Ini kerana saya mencuba pendekatan baru iaitu memberikan pengalaman luar biasa kepada peserta. Saya kongsikan selama 2 hari ni tentang pelbagai teknik mempengaruhi orang lain dan menjadikan jualan sebagai asas kepada pembentangan. Kenapa begini?

Mencuba prospek yang pertama...macam tak layan je...

Ini adalah kerana, dari pengalaman hidup saya saksikan ramai dikalangan pembentang yang hebat mempunyai asas teknik jualan yang hebat. Ramai juga yang pda mulanya tidak cekap dalam pembentangan tetapi apabila 'terpaksa' melakukan jualan, kebolehan pembentangan dan pengucapan awam mereka mula terbentuk.

Ni prospecting ke dating?

Oleh itu, pada hari kedua, peserta program ini telah diberikan tugasan untuk bertemu dengan orang ramai disekitar Jalan Raja Chulan bagi meyebarkan maklumat mengenai SPNB. Pelbagai pengalaman menarik yang dikongsikan oleh peserta kerana kebanyakan dari mereka ini merupakan kali pertama mereka perlu berdepan dengan 'stranger' dan mempunyai masa yang singkat bagi menyebarkan maklumat sebaik mungkin.

Ahhhh..Lega dah selesai jadi salesman...

Apa pun, sekalung tahniah buat mereka semua dan saya bersyukur kerana program ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Mohsen Amdan berkata: Hebat dalam bercakap bukanlah sesuatu yang diwarisi, tetapi suatu kecekapan yang boleh dipelajari dan dikuasai

3 comments:

Anonymous said...

Pengalaman yang lain daripada yang lain.Tak sangka boleh melaksanakan tugasan yang terakhir walaupun pada mulanya tak yakin boleh buat. -amo-

Mohsen Amdan said...

Insyallah..hendak seribu daya

QissnielBoutique said...

cm nee saya na ilang kan nervous blee berhadapan n pembentangan .
sbb semester terakhir syee byk sgt pmbntngn.