Salam.
1 September 2009
Majlis Perbandaran Kajang
Saya di undang bagi mengendalikan program Pengurusan Masa bagi kakitangan sokongan MPKj. Program sehari ini yang dijalankan di menara baru MPKj membuatkan saya teruja kerana Kajang bukanlah tempat yang asing buat saya. Dulu saya pernah menuntut di Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Maka saya menjangkakan ada wajah yang pernah saya kenali bakal saya ketemu.
Program yang disertai hampir 30 orang ini berjalan lancar walaupun secara peribadi dewan auditorium itu tidak berapa sesuai bagi tujuan program sebegini. Kecualilah program saya berbentuk ceramah barangkali sesuai.
Kedudukan auditorium yang agak menyukarkan aktiviti perbincangan
Apa pun. kami berjaya mengharungi dengan baik program ini walaupun hujan lebat sepanjang hari. Saya juga semakin mengerti tugasan penguatkuasa PBT dan cabaran mereka bagi melaksanakan tugasan mereka.
Sesi bengkel
Semoga semua peserta program ini beroleh manfaat dan dapat menggunakan beberapa teknik dan strategi pengurusan masa yang dikongsikan bersama
Mohsen Amdan berkata: Super Senior di Kajang High School dulu merupakan salah seorang peserta saya, dan Pengarah di satu jabatan strategik di MPKj juga merupakan kenalan di UIAM - tumpang bangga melihat rakan - rakan berjaya
No comments:
Post a Comment