Dakwah memerlukan istiqamah - seperti juga jogging yang hasilnya tidak akan kelihatan jika hanya berlari sekali setahun
Salam.
Ramadhan bakal menjengah ke minggu yang pertama dan bagaimana kita melaluinya? Saya sangat berharap agar teman - teman melaluinya dengan baik sekali.
Kali ini saya ingin berkongsi buah fikir mengenai Dakwah dan Pengurusannya. Tidaklah saya merupakan orang yang paling berkaliber tentang perkara ini namun sekadar berkongsi buah fikiran.
Kerap saya bertanyakan kepada teman - teman ketika berbincang secara santai atau ilmiah - adakah usaha dakwah Islam di negara kita ini berjaya? Saya sendiri tidak memiliki statistik berjaya atau tidak namun sekadar ingin mendapat buah fikiran dari teman yang pelbagai latar belakang - tiada satu pun jawapan yang mengatakan ianya berjaya.
Mudah sangatkah tugasan dakwah ini ? Setahu saya tidak. Kenapa tidak? Kerana manusia sifatnya yang sangat sukar menerima perubahan terutamanya kepada apa yang tidak ia sukai. Ya..perkara yang mereka tidak sukai.
Oleh itu usaha dakwah harus berterusan sifatnya walaupun penolakan lebih mudah diterima berbanding penerimaan.
Dunia hari ini menyaksikan manusia mudah terpengaruh kepada apa yang biasa dilihat dan didengarinya. Ini jelas dapat dilihat dari bagaimana produk - produk dipasaran begitu mudah mendapat tempat walaupun sebenarnya ia bukanlah keperluan manusia - tetapi semata mata kehendak. Sehinggakan ada syarikat yang sanggup menggunakan 'tag-line' seperti "The Way of Life" yang mana ia sebenarnya lebih sinonim dengan Islam iaitu Islam ialah Cara Hidup - bukan agama semata - mata.
Bagaimana produk - produk boleh menembusi tabii manusia? Mereka menggunakan Ilmu Pemasaran dan di URUSKAN dengan baik. Begitu juga dakwah..ia memerlukan ilmu pengendalian dan pengurusan yang baik. Dakwah mesti diPASARkan dengan hebat supaya manusia lebih mudah terpengaruh.
Berkain pelikat ke surau bukanlah cara Islam - tetapi ia seolah satu kemestian. Kain pelikat atau Palaykat adalah cara pemakaian India - bukan Islam. tak semua India itu muslim. Bersongkok hitam itu tidak semestinya muslim. Menggalakkan belia ke surau dan masjid tidak mudah hari ini kerana lihat sahaja pemakaian mereka - tak Mat Masjid langsung! Tetapi hakikatnya walau berseluar jeans dan T-Shirt, remaja lelaki itu menutup aurat. Tetapi kerana tidak berpelikat, dia dipandang sinis.
Lihat bagaimana iklan berkaitan cara hidup bebas di tayangkan setiap hari bersandarkan pelbagai produk dipasaran. Iklan syarikat telekomunikasi mudah memilih menari dan 'clubbing' sebagai cara mudah menyampaikan betapa 'cool'nya produk mereka. Sehinggakan ada ibu bapa yang sangat bebas pemikirannya yang beranggapan adalah OK untuk anak mereka ke kelab malam.
Maka atas pelbagai alasan lain, dakwah di Malaysia lebih dilihat memberi penumpuan kepada mereka yang sudah sedia kala baik, yang telah pun taat kepada Allah. Mendekati yang jauh hati dengan Allah nampaknya sukar sekali berlaku kerana apa? Kerana seperti juga ilmu pemasaran - Manusia sangat bimbang kepada PENOLAKAN (Rejection)
Bagaimana mengatasi ini? Kita sambung pada bahagian lain InsyAllah
Mohsen Amdan berkata: Penjara lebih kerap didatangi oleh Mubaligh Kristian berbanding ustaz / ustazah. Kenapa ya?
No comments:
Post a Comment