Total Pageviews

Ihya Ramadhan - Solat Tiang Islam


Salam
Ramadhan mula mengorak langkahnya menuju minggu yang pertama. Seperti kebiasaan, minggu - minggu awal ini surau dan masjid nampaknya menyaksikan jumlah jamaah yang ramai. Mampukah jumlah ini berkekalan hingga ke minggu seterusnya? Di kota Kuala Lumpur ini, seperti dijangka, jumlahnya bakal berkurangan. Semakin menghampiri Aidilfitri, semakin sedikit kerana pelbagai sebab - membeli belah untuk persiapan raya, pulang ke kampung, dan seribu satu lagi alasan. Berjemaah di masjid dan surau untuk bertarawih juga seolah - olah ritual bagi kebanyakan muslim di Malaysia, tidak ubah seperti Thaipussam, Berpusu - pusu kerana setahun hanya sekali.

Tajuk Solat Tiang Islam ini merujuk kepada Hadis Rasulullah yang merujuk kepada Solat itu merupakan tiang kepada agama. Bermaksud solat itu teramatlah penting dalam Islam sehingga diibarat sebagai tiang yang mendokongi. Andai tidak kuat tiang atau tidak cukup, maka runtuhlah agama. Namun, dunia hari ini menyaksikan muslim sanggup menahan lapar untuk berpuasa - tetapi tidak bersolat! Kenapa begini ? Andai anda pembaca budiman ada jawapan pada persoalan ini, sila catatkan di ruangan komen.

Menurut mazhab Hanbali, sesiapa yang meninggalkan solat barang satu waktu sekalipun, maka jatuh kafir orang itu. Hukuman bagi orang yang meninggalkan solat mengikut mazhab ini adalah sama seperti orang yang murtad - dibunuh!

Bagi 3 lagi mazhab - Syafie, Maliki dan Hanafi - orang yang meninggalkan solat ialah orang yang Kufur Nikmat! Kufur nikmat bermaksud tidak mensyukuri pemberian Allah Taa'la. Sedarkah kita ramai orang yang mempunyai mulut tetapi tidak mampu menggunakannya untuk makan? Jika tidak percaya pergi sahaja ke hospital dan anda akan jumpa ramai yang terpaksa ditebuk lehernya untuk memasukkan makanan. Maka orang yang sihat tetapi tidak menggunakan kesihatannya untuk solat, maka kufur nikmat mereka ini. Sanggup berlari kehulu kehilir selama 1 jam setengah untuk bermain bola - tetapi tidak mampu meluangkan 5 minit untuk solat.

Mengikut 3 mazhab ini juga, orang yang meninggalkan solat mesti ditangkap, didera sehingga bertaubat! Kenapa? Kerana orang yang meninggalkan solat ini adalah penjenayah! Menurut Dr. Fadhilah Kamsah, hampir 80% Melayu Muslim di negara ini meninggalkan solat - sama ada tidak cukup 5 kali sehari mahupun tidak solat langsung! Sekiranya ini benar, maka bayangkan di dalam rumah kita mungkin ada penjenayah, di sekitar perumahan kita berapa ramai penjenayah yang ada!

Kenapa mereka digelar penjenayah? Kerana mereka ini yang melemahkan dan meruntuhkan tiang agama. Bukan sekadar merosakkan diri sendiri tetapi melemahkan agama. Sebab itu, Kita mudah bertolak ansur dalam hal - hal agama, walaupun perkara itu besar sebenarnya. Bila si ayah mengejutkan anaknya solat, ibunya kata "Takpela bang..biar la dia tidur..dia penat tu..."

Mohsen Amdan berkata : Sebaik - baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain

4 comments:

Zahid said...

Very lovely blog. Keep it up.

Mohsen Amdan said...

Terimakasih atas sokongan.
Sila kongsikan pandangan sekiranya ada.

Adliff said...

Salam,
Tuan Mohsen,

Kelmarin, nyanyian tuan untuk ibu berdendang dalam kereta saya sewaktu perjalanan pulang..

Dulu ibu saya selalu bilang orang yang tidak sembahyang maknanya berdosa besar kerana tidak sedar kedudukan dirinya sebagai hamba Allah...

Mohsen Amdan said...

Saudara Aliff..
Maksud saudara lagu Selembar Kasih ya? Dah lama saya tak dengar lagu tu..sejak tidak lagi aktif bernyanyi dengan Dewangga Sakti..