Total Pageviews

Malam - malam Ramadhan Di Kuala Lumpur



Salam..
Malam minggu yang lalu, hati ini terasa seperti ingin sangat meronda - ronda di Kuala Lumpur sambil membawa kamera kesayangan. Lantas, usai Solat Tarawih, saya menggoda isteri untuk menuruti saya ke Kuala Lumpur dengan tujuan melihat - lihat keadaan sekitarnya. Anak - anak saya terus tertidur di dalam kereta walaupun baru 5 minit saya memandu kerana malam sudah agak larut.

Laluan malam itu saya mulakan dengan ke Dataran Merdeka, dengan hajat ingin melihat bagaimana keadaannya di sana. Walaubagaimanapun perjalanan saya tidak mudah kerana sepanjang Jalan Cheras,, keadaan begitu sesak kerana orang berpusu - pusu ke Downtown Market di Velodrom Cheras. Setiba di Dataran, sempat saya mengetik beberapa sudut pandang dan perjalanan diteruskan. Kali ini saya memilih laluan semasa saya masih lagi suka menunggang jentera kegemaran saya semasa bujang - Yamaha 125Z.

Sesak di Jalan Raja Laut

Laluan seperti Jalan Tun Perak, Parlimen, Jalan Bukit Bintang saya selusuri dan pelbagai kisah saya kongsikan bersama isteri mengenai zaman bujang saya dan laluan nostalgia itu. Keadaan sesak pada malam ini kerana Jalan TAR sememangnya menjadi tumpuan pembeli untuk persiapan Aidilfitri.

Keadaan yang sangat berbeza pula ketika di Jalan Bukit Bintang. Memandangkan sudah agak lama saya tidak meronda di waktu malam, Jalan Bukit Bintang seolah - olah pekan Arab kerana selain pelancong Arab yang ramai, suasana kedai - kedai dan jalanannya juga begitu. Perbandingan ini saya buat kerana keadaannya hampir sama ketika saya di Jeddah, Mekah, Madinah dan Mesir dahulu.

Saya kembali ke Dataran Merdeka semula kerana belum puas dengan gambar yang saya rakamkan. Tetapi kali ini saya memilih untuk masuk ke tengah - tengah Dataran Merdeka. Sementara isteri dan anak - anak didalam kenderaan, saya turun ke jalanraya dan mula merakamkan pelbagai gambar. Kelihatan ramai anak muda yang lepak dan duduk ngobrol sambil menayangkan motorsikal masing - masing. Begitu juga Mat - mat kereta dan pada satu ketika, 2 Toyota KE dengan beraninya melakukan aksi drift ditengah - tengah jalan. Hebat sungguh orang Malaysia ni.

Geng kereta kompak menayang aset mereka

Apa yang boleh saya simpulkan, malam minggu Ramadhan di Kuala Lumpur ini nampaknya tiada perbezaan ketara aktivitinya. Kesesakan dan pelbagai aksi serupa dengan bulan - bulan yang lain. Andai ada beza sekalipun, kerana orang berpusu - pusu membeli belah untuk persiapan Aidilfitri

Mohsen Amdan berkata : Terkenang zaman jadi peon dan pilot

No comments: