Total Pageviews

Lagu Raya yang mengusik kenangan

Sewaktu mengadakan persembahan di Amcorp Mall

Salam...
Beberapa hari ini saya dan isteri meronda - ronda di beberapa shopping mall untuk melihat - lihat persiapan Aidilfitri. Dari Carrefour ke Jusco, saya dihantui satu perkara yang sangat mengusik jiwa dan menggangu fikiran saya.

Jiwa jadi resah, fikiran jadi kacau dan memori berputar memainkan filem - filem memori lama; iaitu lagu - lagu Aidilfitri yang telah pun mula dimainkan. Seawal puasa ke 7, lagu - lagu malar segar ini benar - benar mengusik jiwa. Ada beberapa sebab mengapa saya rasa sebegini.
Pertama, kerana secara tiba - tiba wajah Allahyarham ayahanda dan Allahyarhan kekanda saya muncul dalam fikiran.
Kedua kerana mulai tahun ini saya tidak lagi menyanyikan lagu - lagu Hari Raya ini di mana - mana pentas; sama ada di shopping mall atau di majlis buka puasa atau jamuan hari terbuka.
Tahun - tahun terdahulu, malam - malam ramadhan saya akan diisi dengan latihan muzik di studio saya di Ukay Perdana apabila selesai solat terawih. Kami akan berkumpul dan berlatih sehingga jam 2 pagi selalunya. Di bulan Ramadhan juga, saya dan kumpulan saya berpeluang muncul di kaca TV bagi mengisi slot mereka. Namun itu semua hanya memori.

Berbalik kepada terkenang kepada kedua arwah, tahun ini juga bakal menyaksikan sambutan Aidilfitri ini merupakan yang terakhir buat saya di Kampung Cheras Baru - ini kerana rumah yang menjadi tempat saya membesar selama ini sudah tidak menjadi milik kami lagi.

Kesayuan ini memang sangat mengusik diri apabila mengenangkan segenap inci rumah - sejak Kampung Cheras Baru jalanrayanya hanya tanah merah ke batu kerikil hinggalah jalan berturap tar. Dari Lombong Biru bertukar menjadi Pandan Perdana dan Pandan Jaya, kawasan ini memang meninggalkan banyak kenangan. Mungkin ada teman - teman yang masih ingat yang saya pernah bercita - cita untuk menjadi Ketua Kampung Cheras Baru. Nampaknya rakan saya Zamani Karulani yang telah berjaya menjadi Penghulu Mukim Gombak (Tahniah Datuk!).

Saya akan cuba mencari gambar - gambar lama dan akan cuba kongsikan di blog ini.

Bercerita pasal menyanyi, band saya Jaywalkers kini bakal muncul kembali. Kami sedang mengumpul material dan satu projek bersama anak didik saya - The Echo of Symphony bakal muncul dengan showcase tidak lama lagi. Anuar, bassist yang pernah menyertai kami dulu kini kembali bersama kami. Drummer kami iaitu Gayah juga sudah kembali ke Gombak. Nantikan kemunculan kami!


Kenangan semasa sesi rakaman di IseekMusic Studio beberapa tahun lalu

Mohsen Amdan berkata: Teringat ketika mewakili SRK Kampung Cheras Baru ke pertandingan pidato dengan menyarung tali leher yang dijahit oleh arwah abang - lebihan kain langsir yang membawa saya ke dunia saya kini. Terimakasih Abang Usop!

4 comments:

Wan/Lily said...

kenangan lama biarkan berlalu..Tahniah dgn pencapaian skrg bersama family dan teman2 yang lebih supportive , sincere & productive..yang pahit..kelat..kita campak jauh2..welcome back "Jaywalkers" and good luck to "The Echo of Symphony"!!!

afandiahmad said...

Tahniah! Sifu...kejayaan dan ketabahan anda menjadi inspirasi!

DI BAWAH LEMBAYUNG ILAHI said...

Sen...tanpa ragu-ragu lagi...aku anggap entri ini sebagai Entri Mohsen Terbaik 2009!
Mengusik jiwa dan terasa keikhlasan perasaanmu itu mengalir dalam sanubariku...
Sesungguhnya memang benar: "Tempat jatuh lagikan dikenang..." Aku membayangkan ketidak keruan perasaanmu,tatkala menanti detik meninggalkan rumah bertuah itu...pun dalam hatimu mengharapkan agar hari itu takkan tiba...
Moga Allah terus-terusan Memberkati dan Merahmati kita semua..Amin..
p/s: Aku ketemu Bestow tak berapa lama tadi...dia berharap sangat bertemu dan bersembang denganmu...

Mohsen Amdan said...

Tok Ijal
Aku juga berharap dapat duduk dan ngobrol bersama kalian..banyak kisah - kisah kita yang perlu dikemaskini.

Afandi
Hidup ini adalah perjuangan..ada masanya anda ditikam, ditetak,ditembak lantas cedera parah. Namun ajal belum tiba dan kita perlu terus bangkit agar kematian kita sebagai wira..bukan sebagai pengecut