Total Pageviews

Sabah yang indah bah..

Pelancong luar negara sering menjadikan Sabah sebagai destinasi utama di Malaysia

Salam..
dah lama saya nak tulis entri ni tapi asyik tertangguh saja.
Dalam entri yang lalu ada saya titipkan program insan cemerlang yang berlangsung di Sabah untuk Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya tidak berkesempatan untuk jalan - jalan kerana jadual padat ketika bekursus. Tambahan pula tiada kenderaan untuk saya pandu berjalan - jalan
Namun hari terakhir di Sabah, kami di bawa bersiar - siar seketika di bandar Kota Kinabalu - dalam perjalanan ke lapangan terbang. Pemandu pelancong kami ialah Khairul, sepupu kepada kawan adik ipar saya - Yussuf. Khairul telah membawa kami ke salah sebuah lokasi terkenal iaitu Pasar Filipina. Yaaaa...sesuai kepada kaum hawa kerana mereka pasti rambang mata melihat barangan yang dijual di sana khususnya perhiasan.

Saya pernah ke pasar itu ketika bersama arwah abang saya - Dr Yusoff Amadan. Ketika itu kami sedang transit hendak ke Lahad Datu. Seingat saya pada tahun 2003 atau 2004. Keadaan jauh berbeza kini dengan susun atur lebih kemas dan menarik - cuma bahang panasnya tetap sama.


Tukang jahit yang bersusun di dinding pasar Filipina

Isteri saya membeli beberapa gelang mutiara, Tshirt dan ole - ole lain. Saya pula sibuk dengan lensa mengetik apa saja yang menarik di mata saya. Dalam perjalanan pulang ke kereta Khairul, kami membeli kuih cincin yang terkenal serta keropok bebola ikan. Keropok testing pekedai tu banyak kali saya ulang jamah. Sedap la pulak.....

Namun, yang paling menarik mata dan lensa saya ialah kehidupan di tepi lautan ini. Masyarakat yang membanting tulang mengingatkan saya betapa bertuahnya saya kerana tidak perlu bekerja sehebat mereka. Saya tidak mampu melakukan tugasan berat seperti mereka. 


Pemandangan biasa bagi mereka yang membanting tulang di sini

Sabah merupakan negeri yang memiliki pelbagai sumber domestik yang mampu membuatkan mereka berdiri sendiri tanpa perlu bernaung di bawah nama Malaysia pada hemat saya. Dari pulau yang cantik, sumber hutan yang banyak, sumber marin dan sebagainya mampu membuatkan Sabah lebih maju. Malangnya kepimpinan yang bobrok menyebabkan rakyat yang sepatutnya dapat menikmati kekayaan dengan lebih baik, lunyai dimamah kroni sang pemerintah. Kasihan rakyat

Mohsen Amdan berkata : Masa bertunang dulu, kenduri dirumah saya masak kari daging 'Payau'. Sedap.....terimakasih orang Kalabakan yang sudi menangkap Payau untuk saya

2 comments:

Tok Ijal said...

Sen..aku akui Sabah memang menarik!Perkara yang betul-betul aku ingat ialah kedinginan dan kenyamanan udara di sana, khususnya bandar Kota Kinabalu.Berada ditengah-tengah bandar tak terasa sesak nafas seperti di KL atau JB.Hidung terasa sangat lega.Orang di sana ramah-ramah belaka.Senyum sokmo!
p/s:Bila daa mau sambung "Regu"?Hari Flipsio bertanding,hujan ribut melanda Bangi...tersekat siaran Astro.

Mohsen Amdan said...

Tok Ijal,
Sabah memang menggamit jiwa
Aku belajar makan sayur masa kat Sabah la,,
Regu akan di di revamp insyallah
Nicklodean ada tunjuk minat.
CUma sekarang ni flipsio tgh sibuk dengan digital comic bertajuk Aduka - The Royal Guard