Total Pageviews

Pulau Pinang - masih menyerlah di bawah PR

KOMTAR kekal menjadi mercu tanda Pulau Mutiara

Salam..
9 Mei 2009 
Kami sekeluarga ke Pulau Pinang lagi - kali ini dengan tujuan menziarahi saudara yang ditimpa kemalangan di mana anaknya disyaki menjadi mangsa kelalaian pusat jagaan kanak - kanak. Kami yang bertolak tengahari sememangnya menjangkakan jalan sesak kerana hari cuti menjadikan Pulau Pinang antara destinasi tumpuan pelancong.

Saya mengambil keputusan menaiki feri untuk ke pulau kerana ingin memberi peluang pada anak - anak saya menikmati pemandangan laut serta bercadang merakamkan beberapa foto yang cantik.
Seperti dijangka, laluan ke feri sesak teruk. Hampir 20 minit barulah tiba giliran kami menaiki feri.

Bot - bot nelayan kecil yang masih beroperasi

Marina yang masih menerima kunjungan kapal dan bot mewah

Setiba di jeti pulau, jam sudah pun menunjukkan jam 2.15 petang, maka waktu melawat di hospital Pulau Pinang telah pun tamat. Kami mengambil keputusan untuk makan dahulu lantas saya menghubungi Azeli - wartawan hebat Kosmo yang bertugas di pulau. Dengan maklumatnya, saya menghala ke salah sebuah kedai nasi kandar yang terkenal di sini iaitu Kedai Nasi Kandar Line Clear. Layanan yang sangat mesra, dengan tag line Line Clear yang selalu diulang - ulang oleh kakitangan kedai membuatkan orang ramai suka makan di sini. Walaupun kedainya terletak di celah lorong, tetapi aspek kebersihan dan kemudahan dijaga rapi.


Laluan masuk ke Line Clear

Orang kuat Line Clear...macam hip - hop duo pun ada juga

Ketika mata sedang asyik mencari tempat melabuhkan punggung, saya terpandang satu wajah yang amat saya kenali. Mula - mula macam segan nak tegur, tapi saya memberanikan diri.

"Abang ni abang Hisham kan?"
"Ya saya, kau kenal aku ke?"
"Mahunya tidak, tukar tiub ye tak?"
"hahahahaha...kau pun baca blog aku?"

Tuan punya tukartiub.blogspot.com - gaya dari Jemapoh ke Manchestee barangkali

Itu sebahagian dialog saya dan Hishamuddin Rais - satu watak penting dalam lanskap politik negara. Walaupun beliau tidak bertanding dalam mana - mana parti, tetapi tulisan dan pandangannya sering menarik minat ramai. Tak sangka pula yang saya dapat ketemu dengan beliau di Line Clear ni. Dapat juga saya merakamkan fotonya. Usai perbualan, saya dan keluarga terus memesan makanan. Puas juga makan dengan pelbagai pilihan.

Kami teruskan perjalanan dan apa yang dapat saya simpulkan ialah, Pulau Pinang masih dalam keadaan baik walaupun ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Walaupun pelbagai isu kedengaran namun ia merupakan lumrah sesuatu pentadbiran kerajaan. Pelancong masih ramai dan perniagaan masih dalam keadaan baik.

Mohsen Amdan berkata: Memang kari di sini power...sampai balik rumah pun tangan masih bau kari

5 comments:

Syamsulfaiz said...

Dah lama tak lawat P. Pinang. Tapi aku tak tahu sangat tempat2 makan dia yg terkenal. Kedai Line Clear ni aku pernah dengar. Tapi banyak lagi tempat lain kan. Kalau kau tahu, cuba senaraikan.

Mohsen Amdan said...

Memang banyak lagi Syam...
Husam memang terer bab tu..
aku pun tak reti sangat
Ko pakai Macbook...hebatkan..
mesti ko dah menyampah nak pakai Windows

Anonymous said...

kalu nak cari nasi kandar line clear is the best tp kalu malam try nasi kandar beratur.(1st page story aku ni)..Husam mmg terer bab makan sorang2 pun dia leh layan nasi ayam kat bayan baru...hehehe

noha chomel said...

silap2, ketiak pun bau kari..huhuhu

Mohsen Amdan said...

Memang akan di cari nasi kandar beratur tu...
Noha..kalau ketiak pun bau kari, maknanya kari tu dah jadi sup..bukan kuah lagi..tak gitu?