Total Pageviews

Selamat Hari Ibu!

Salam..
10 Mei diraikan lagi. Mungkin tajuk entri ini sudah pun ditulis dalam pelbagai bentuk media di mana saja namun saya masih suka menggunakannya.
Seperti orang lain, saya juga tidak mahu ketinggalan meraikannya. Tidaklah saya taksub dengan tarikh ini namun meraikan ibu itu amat penting buat saya.
Saya masih mempunyai ibu kandung - Hajjah Mariam yang masih menetap di Kampung Cheras Baru. Saya juga masih mempunyai ibu mertua - Hajjah Wan Azizah yang menetap di Kulim - iaitu dirumah yang sedang saya duduk menaip entri ini. Isteri saya juga seorang ibu kepada 2 cahaya mata kami.
Mungkin, pengalaman kita bersama ibu amat berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Namun seseorang itu bergelar ibu bukan hanya seksa 9 bulan mengandung tetapi proses pembentukan manusia itu sendiri amat menuntut sumbangan seorang ibu.
Ramai orang yang cuba menjadi ibu tetapi rezki ditentukan Ilahi. Saya ada ramai kawan yang masih buntu tidak dikurniakan zuriat walau telah berkahwin sekian lama.
Ini bermaksud, jawatan ibu itu adalah terpilih dan Allah memberikan hanya kepada yang dimahukanNya.
Kudrat, kesabaran, tangisan, marah, sensitiviti dan segala macam nilai, sikap dan perasaan terdapat dalam jiwa seorang ibu. Maka ibu itu adalah istimewa. Kepada anda yang masih mempunyai masalah dengan ibu, segeralah selesaikan. Hubunginya semula, mohon keampunan dan berazamlah untuk menjaganya dan memberikan yang terbaik selagi nyawa dikandung badan.
Kepada ibu saya, ibu mertua, ibu kepada anak - anak saya serta semua ibu di dunia ini; Selamat Menyambut Hari Ibu!

Mohsen Amdan berkata: Tiada dapat diperbanding, kasih yang tumpah bagai tiada penghujung. Itulah Ibu!

No comments: