Sebenarnya saya dan isteri baru saja pulang dari Papar Sabah bagi mengendalikan satu kursus bertajuk Pembangunan Insan Cemerlang bersama Kementerian Pelajaran Malaysia. Pastinya saya ada banyak yang ingin ditulis berkaitan program itu malahan perjalanan ke Royal Belum pun belum selesai lagi entrinya. Tetapi saya mengambil keputusan untuk menangguhkan entri yang lain itu kerana saya lebih teruja untuk berkongsi dengan pembaca mengenai peluang saya semeja bersama watak penting dalam lanskap politik dunia hari ini iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim. Sebetulnya ini merupakan pertemuan yang diatur Allah seperti mana orang lain. Petang kelmarin saudara Azim (Setiausaha Agung Yayasan AMAN) menelefon saya untuk menjemput ke pertemuan ini. Katanya ada majlis pertemuan dengan DSAI. Saya yang masih kepenatan pastinya tidak melepaskan peluang ini tambahan hari ini masih dalam mood bercuti selepas kerja.
Sambil minum kami mula mendengar ucapan aluan DSAI dan beliau mula membuka sesi soal jawab. Melihat tiada siapa yang mulakan saya segera mengangkat tangan dan meminta komen mengenai usaha doktrin kepada rakyat. Selepas DSAI menjawab soalan saya, semakin bertalu pula soalan dari khalayak. Majlis berakhir betul - betul ketika azan maghrib berkumandang. DSAI terpaksa bergegas pulang kerana ada ulama besar dari Indonesia yang akan solat jemaah dirumahnya.
Mendapat panggilan penting dari Ipoh berkaitan kemelut di Perak
Program yang santai ini menyasarkan perkongsian maklumat secara terus dengan kelompok tertentu. Ini satu usaha baik yang saya fikir perlu ditingkatkan bagi membolehkan maklumat dapat disalurkan dengan baik. Saya sendiri sedang merencana beberapa program bagi Yayasan AMAN bagi membolehkan rakyat dapat manfaat secara langung dalam aspek pembangunan modal insan.
Mohsen Amdan berkata: Ruginya tak dapat bawa masuk kamera masa bersembang dengan DSAI
No comments:
Post a Comment