Total Pageviews

Patah yang tiada gantinya



Keadaan arwah yang tenat pada petang sebelum meninggal
Salam.
Kekanda sulung saya Allahyarhamah Zaleha telah menghembuskan nafas terakhirnya subuh tadi dirumahnya. Beliau menderita penyakit kanser sejak sekian lama dan merebak dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. Berkhidmat di Kolej Kediaman Ke - 4 Universiti Malaya sebagai ketua tukang masak, beliau meninggal dunia pada usia 50 tahun dengan meninggalkan suami, 3 orang anak dan 3 orang cucu.

Untuk yang tidak mengenali beliau, pasti akan menyangka yang beliau ini adalah ibu saya. Ini kerana jarak usia kami yang jauh dan rupa yang seiras. Malahan mesra kami juga bagai ibu dan anak.

Allahyarhamah (dua dari kiri) ketika perkahwinan anak keduanya

Satu kehilangan yang sangat besar buat kami adik beradik kerana dia merupakan tempat mengadu, bercerita dan tidak lokek dengan pelbagai bentuk bantuan. Jasanya tidak akan mungkin dapat kami bayar.

Sehingga saat saya menulis ini, wajahnya masing terbayang kerana saya yang bertanggungjawab mengkebumikan jenazah dan membuka ikatan kafan diwajahnya. Bagaimana mungkin saya melelapkan mata malam ini tanpa linangan air mata?

Entahlah..saya sebenarnya tidak merangka apa yang patut saya coretkan di sini. Semata - mata ingin melepaskan rasa sedih dan pilu ini. Terimakasih kepada rakan - rakan yang menelefon, menghantar sms atau facebook yang memberi kata - kata semangat buat saya.

Arwah ayah (kanan) dan arwah kak long (kiri) ketika usai majlis konvo saya pada 2002

Mohsen Amdan berkata : Help me see myself cause I can no longer tell
Looking out from the inside of the bottom of a well

6 comments:

afandiahmad said...

Salam,
Al Fatihah untuk kak long dan moga rohnya di kalangan hamba yang diredhai Allah.

Untuk bro, kuatkan semangat dan tabahkan jiwa.

Doa dari insan yg jauh

Ibnnordin said...

Salam Takziah dari saya...Semoga En Mohsen dan saya juga sama2 tabah..kita sama-sama kehilangan. Sesuatu yang telah ditakdirkan..

Manja UIA said...

Sebagai anak bongsu mesti ko akan merindui arwah kakak sulung ko kan, hmm...banyak bersabar, ek.

Syamsulfaiz said...

Sabarlah Mohsen. Yang kekal itu hanya Allah...ku doakan arwah kekandamu di tempatkan dikalangan orang beriman.

Mohsen Amdan said...

Terimakasih atas sokongan kalian

Unknown said...

Ya betul kata Along..yg kekal hanya Allah SWT...Marilah kita cuba menyayangi Allah lebih drpd kita menyayangi dunia yg fana ni... Semoga ruh beliau dicucuri rahmat.. Aameeeen Ya Rabbal 'Alameeen....