Total Pageviews

Program Team Building dan CSR bersama Dealer Petron Malaysia

Setalah bertahun - tahun mengendalikan pelbagai bentuk program Team Building, kali ini saya berpeluang terlibat dengan elemen berbeza iaitu Team Building + CSR. El - Azzhar Camp Morib yang melantik MORT Resources selaku pengendali telah menjemput saya untuk bersama warga PETRON yang terdiri dari Dealer mereka sekitar Lembah Klang. Menariknya program kali ini selain aktiviti CSR ialah beberapa peserta terdiri dari anak - beranak dan adik beradik.


Rumah anak yatim ini terpilih atas kerana lokasinya yang dekat dengan Kem El- Azzhar dan rezeki mereka dibuka Allah. Hampir RM20,000 berjaya dikumpulkan termasuk wang tunai dan pelbagai barangan lain sebagai sumbangan kepada rumah ini. Kami juga sempat beraksi bersama penghuni dalam beberapa acara sukaneka di halaman rumah anak yatim ini.




Satu usaha hebat atas keprihatinan sebegini nampaknya mampu memberikan kegembiraan kepada rumah anak yatim ini. Sebagaimana biasa, ramai yang suka bersedaqah dengan beras. Namun, apabila terlalu banyak beras ia tidak pula memudahkan penghuni. Banyak sekali keadaan di mana rumah anak yatim memiliki stok beras yang terlalu banyak, Walhal yang mereka amat perlukan ialah wang tunai dan kelengkapan lain. Untuk program kali ini , mereka menerima sebuah peti sejuk besar memudahkan mereka menyimpan stok makanan.






Terimakasih kepada semua yang terlibat dengan program ini. InsyaAllah kita sama - sama doakan kebaikan buat semua dan dikurniakan Allah SWT dengan kesejahteraan.