Total Pageviews

Maal Hijrah

Perjalanan masih panjang..jika dipanjangkan umur.

"1 Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah"

Itu antara bait - bait lirik yang saban tahun didengari di majlis meraikan Maal Hijrah di negara kita. Tahun ini sambutan jatuh pula pada penghulu hari dan seperti mana biasa, pelbagai acara diatur bagi menyambut ulang tahun 1431 ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan Salam Tahun Baru Maal Hijrah kepada semua dengan harapan segalanya akan menjadi lebih baik buat kita di dunia dan akhirat.

Moga usaha kita diberkati Allah
Moga pintu rezki terbuka luas
Moga Ilmu yang dipelajari bermanfaat
Moga kasih sayang sesama manusia meningkat
Moga amal ibadat bertambah kuat
Moga badan bertambah sihat
Moga akal bertambah tajam
Moga segala yang direncana menjadi kenyataan

Mohsen Amdan berkata: Moga GST tidak dilaksanakan buat masa ini

Perumahan & Persekolahan

Conteng ...ya..jangan tak conteng....
Salam.
2 minggu ini sememangnya agak memenatkan saya dan isteri kerana kami bertungkus lumus mencari sekolah baru untuk anak sulung kami Nur Batrisya Wafa dan merancang lokasi sekolah rendahnya. Oleh kerana kami masih belum memiliki rumah sendiri, maka sekolah yang baik menjadi penanda kami untuk memilih lokasi kawasan perumahan untuk di beli. Dari Cheras hingga ke Paya Jaras, kami memandu beratus kilometer untuk melihat sendiri kawasan kediaman yang bersesuaian dengan suasana pembangunan anak - anak dan harga yang bersesuaian dengan peruntukan kami.

Sekolah yang berdekatan dengan rumah sememangnya menjadi impian kepada ibubapa kerana akan memudahkan pergerakan keluarga mereka ke sekolah. Ia akan memudahkan ibu dan ayah menghantar anak ke sekolah, atau penjaga, ataupun ibu dan bapa mertua menghantar cucu kesayangan mereka. Bagi yang bekerja sehingga petang pula, jarak yang dekat akan memudahkan anak - anak pulang sendiri atau mereka akan bergegas semasa waktu makan tengahari untuk menjemput anak pulang.

Jenama sekolah pula kini membuatkan ibubapa lebih memilih ke sekolah mana anaknya akan dihantar. Dari tadika lagi, jenama seperti Smart reader, Q-dees dan sebagainya bersaing menarik minta ibu bapa bagi awal pembelajaran dengan harga 250 sehingga 370 sebulan tidak termasuk yuran pendaftaran dan sebagainya. Pastinya ibu bapa berpendapatan rendah tidak mampu malah bagi ibu bapa berpendapatan sederhana terpaksa mengikat perut kerana semakin ramai ibu bapa yang inginkan anak - anak mereka ke tempat sedemikian,

Diceritakan juga anak - anak seusia 4 tahun telah didaftarkan ke sekolah rendah untuk memastikan mendapat tempat disekolah rendah yang diidamkan. Bayangkan hanya selepas 2 tahun baru mereka akan memasuki alam persekolahan sebenar tetapi pendaftaran telah dibuat awal membayangkan betapa ibu bapa sangat risau kiranya anak mereka tidak mendapat tempat di sekolah tersebut.

Pada pandangan anda, mengapa perkara ini berlaku dan apakah cadangan penyelesaian yang boleh diambil?

Mohsen Amdan berkata : Terkenang zaman masuk tadika perpaduan dulu..hari - hari dengar gendang orang cina mati....

GST....Mana pejuang bangsa Melayu? Mana NGO yang hebat sangat?

Dipetik dari Perak Express

Oleh Labu - Labi

Sebelum aku teruskan tajuk ini, kita tengok trend perniagaan di Malaysia. Aku bukan ahli perniagaan, dengan kata lain ‘businnesman’, oleh itu aku tak mahir dalam selok belok perniagaan. Aku tak mahu menyentuh GST secara teperinci. Kita biarkan kepada ahlinya untuk membahaskan dengan lebeh teperinci. Apa yang aku nak sentuh, sekadar aku sebagai pengguna serta akibat dari perlaksanaan GST tu nanti.

Apa sebenarnya GST tu. GST adalah singkatan dari ‘Goods and services tax’. Dalam melayunya ‘ cukai barangan dan perkhidmatan’.

Di negara kita telah diperkenalkan pelbagai cukai atau inggerisnya ‘TAX’. Mengapa cukai diperlukan bagi sesebuah negara dan bilakah cukai mula diperkenalkan ?

Cukai sebenarnya telah lama digunakan, termasuk dalam agama Islam sendiri. Pelbagai nama digunakan. Tapi pokok tujuannya serupa. Cukai atau Tax. Ianya bertujuan baik, demi kebajikan bersama. Supaya yang kaya dapat membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah. Tetapi apabila manusia semakin tamak dan rakus, maka cukai cukai tersebut berubah corak menjadi penindas kepada golongan miskin. Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin terus papa kedana.

Dalam Islam, ia nya dikenali sebagai zakat, zakat fitrah, zakat perniagaan dan sebagainya, itu bagi yang beragama Islam. Bagi yang tidak beragama Islam, tetapi bersedia bernaung dibawah panji panji Islam, maka mereka dikenakan cukai yang dikenali sebagai cukai kepala.

Tetapi, sekiranya ketua kerajaan Islam, merasakan dia telah tidak sanggup untuk mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam tersebut. Dengan kata lain, Kerajaan Islam tersebut tidak sanggup mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam dari sebarang serangan luar, keatas mereka. Maka kelompok bukan Islam tersebut terlepas dari cukai yang dikenakan keatas mereka.

Begitulah Islam mengajar umatnya supaya bertanggungjawab dari dunia hingga akhirat, hatta kepada bukan islam sendiri. Semuanya demi kebaikan dan kesejahteraan Umat manusia. Sebab nabi Muhammad diutuskan untuk kesejahteraan seluruh alam, bukan sekadar untuk Umat Islam sahaja. Itu secara ringkas tentang ukai dan tanggungjawab dalam Islam.

Kembali kita kepada pokok asal kita. Cukai dan GST.

Sebagaimana yang telah dinyatakan diatas tadi, cukai telah diperkenalkan sejak lama dulu. Begitu juga di Malaysia. Bila berlaku perubahan demi perubahan. Pelbagai cukai bertambah dan bertukar ganti. Namun cukai cukai tersebut semakin hari semakin membebankan, golongan miskin dan papa kedana. Mengapa ini berlaku. Sedangkan tujuan asal cukai itu tadi adalah untuk kebaikan bersama. Yang kaya membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah. Tetapi mengapa terbalik jadinya, yang kaya terus bertambah kaya, yang miskin semakin terhimpit, akibat dari cukai cukai tersebut.

Apabila GST diperkenalkan kelak. Sekadar yang aku faham, ianya akan dikenakan kepada sesiapa yang membeli lebeh banyak. Bermakna lagi banyak barang yang akan kita beli, maka, lagi banyak lah cukai yang akan kita kena. Lebeh mewah barang yang kan kita beli, lebeh banyak cukai yang akan kita bayar. Itu ikut faham singkat aku berdasarkan aku sebagai pengguna.

Apa yang aku nak kongsi bersama alah berita dari utusan malaysia online pada 27 November 2009 bertajuk ‘GST pada 4 peratus’ dan satu lagi pada 4 Disember 2009 bertajuk ‘GST tidak bebankan rakyat’. Dua tajuk itu jelas menunjukan, bahawa kerajaan akan tetap melaksanakan GST di Malaysia, mulai tahun 2010. Begitu indah dan lunaknya bahasa ynag digunakan demi mencapai maksud yang tersirat.

Ingatlah wahai rakyat Malaysia, sesuatu cukai itu, apabila telah diperkenalkan maka susah untuk di buang. Ianya akan menjadi biawak hidup yang meragas dibelakang kita.

Seperti yang telah aku sebutkan sebelum ini, setiap cukai yang diperkenalkan, walaupun untuk dikutip dari golongan yang berada atau kaya, tetapi akhirnya kita yang susah ini lah yang akan menanggungnya.

Mengapa aku kata begitu. Ini jelas kita rasai dalam sejarah perniagaan di Malaysia. Para peniaga besar (tokoh koperat) di Malaysia, di lindungi. Bukan oleh undang undang, tetapi oleh golongan ‘bangsa awan’. Siapa kah golongan ini ? Mereka adalah orang yang kita angkat untuk duduk disitu. Kita telah meletakan mereka sebagai ‘dewa’. Lebeh penting lagi, mereka ini tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun, hatta undang undang sekalipun.

Apa kaitan cukai dengan ‘bangsa awan’ dari golongan ‘dewa’ ini ?

Mari kita tengok, apa yang terjadi kepada kita selama berpuluh tahun dan siapa yang sebenarnya nya ‘merogol’ kita balik, tanpa belas kasihan.

Contoh mudah:

Harga gula dan tepung untuk kegunaan harian kita. Semua orang perlukannya. Apa yang berlaku ?

Semua tahu, gula dan tepung adalah barangan kawalan, bermakna untuk menaikan dengan sewenang wenangnya akan ditangkap dan didenda. Hatta menyimpanya secra berlebehan juga dianggap salah. Tetapi siapakah yang menaikan harga tersebut. Kerajaan sendiri istiharkan harga tersebut terpaksa dinaikan, dengan pelbagai alasan yang indah indah.

Mengapa ini berlaku ?

Mudah, atas desakan tokoh koperat yang mengusai perniagaan di Malaysia.

Siapa mereka ?

Orang ada disekeliling golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’

Apa akibat dari kenaikan tersebut ?

Golongan miskin makin terhimpit.

Adakah golong kaya akan merasa susah akibat dari pelbagai cukai dan aturan ?

Ya, mereka akan merasa susah sekira mereka tidak memberi apa yang golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’ ini perlukan. Tetapi sekiranya hajat golongan ini termakbul, maka tokoh koperat atau golongan kaya ini akan tetap terjamin, tidak terusik sedikitpun.

Oleh itu GST, buat lah apa juga undang undang atau aturan, akhirnya akan menekan golongan susah dan miskin. Dengan pelbagai cara dan kaedah.

Mengapa aku katakan golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’ tidak boleh disentuh oleh sesiapa, hatta undang undang sekalipun ?

Kita ambil contoh kecik, yang budak budak pun faham. Berapa banyak kes orang politik yang ditutop dan dihilangkan begitu sahaja. Sebahagiannya dilupakan dan cuba dilupakan. Tapi golongan ikan bilis atau yang menentang sahaja yang di ‘highlight’ kan.

Kes Khir Toyo, kemana menghilang ? Kes Isteri dia, juga, kemana menghilang ? Kes Rafidah Aziz, dalam saham menantu. Ezam yang kena tahanan sebab keluarkan dokumen rasmi, dah keluar semula dari. Kini dah masuk sekongkol dengan mereka. Tapi kemana menghilangnya kes itu ? dan banyak lagi kes kes yang besar dan kecil yang tiada undang undang di Malaysia yang mampu mengatasi mereka.

Mengapa terjadi begitu ?

Kerana mereka ini golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa sakti’.

Mereka ini akan memperkenalkan GST pada 2010. Sama sama kita tunggu nanti. Ambang 2010. Yang penuh misteri.

Apa dia GST tu, ulang sekali lagi aku nak dengar …….

Golongan Susah Tertindas……

BTN, Nik Aziz, Anwar dan Migrasi

Adakah usia kerajaan memerintah kini sudah begitu senja?
Salam
Melihat dari perkembangan di Facebook, ramai yang sedang berbicara mengenai Biro Tata Negara (BTN), isu tuang guru Nik Aziz, kes liwat Anwar ibrahim dan juga isu migrasi. Ada yang sampai menyumpah seranah, ada yang sampai hilang pertimbangan dan ada juga yang sangat dalam pemikirannya mengenai isu - isu di atas.

Saya sekadar ingin berkongsi pandangan mengenai perkara - perkara di atas dan seandainya ada yang tidak sehaluan, anda berhak merasa sedemikian kerana ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja.

Saya tidak pernah ke BTN malah saya sangat tidak mahu ke BTN. Semasa di kampus, saya sering diajak oleh rakan - rakan untuk ke BTN dan saya juga pernah dimomokkan dengan pernyataan bahawa saya tidak boleh 'graduate' dari UIAM sekiranya saya tidak ke BTN. Entah dari mana mereka dapat pernyataan ini saya tidak tahu tetapi..tadaaaa...saya dah pun tamat pengajian tanpa ke BTN pun. Suatu ketika, saya cuba bersetuju untuk ke BTN. Pakaian telah saya kemas dan kami telah berada di dalam bas pun. Tteapi bas itu patah balik ke UIA kerana mendapat arahan serta merta sebab isu penangkapan Anwar Ibrahim ketika zaman reformasi. Saya yang ketika itu agak kurang pengetahuan mengenai politik menjadi bingung kerana apa kena mengena reformasi dengan pembatalan program BTN. Nampaknya saya memang ditakdirkan untuk tidak ke BTN.

Kenapa saya tidak mahu ke BTN? Secara jujurnya jawapan saya ialah saya tidak percaya kepada pendekatan BTN itu sendiri sebagai salah satu mekanisme membangunkan rakyat. Bagaimana saya tahu sedangkan saya tidak pernah pun pergi ke BTN? Hujah saya mudah...dengan hanya melihat orang yang telah pun ke BTN, maka senang saya buat kesimpulan bahawa program itu tidak perlu untuk saya..mungkin untuk orang lain juga. Ini kerana hasil dari mereka yang telah ke program itu nampaknya tidaklah ke mana. Ya..mungkin ada yang kata bukan semua kandungannya tidak bagus..saya setuju dengan pernyataan itu namun, saya memilih untuk menyayangi negara ini tanpa perlu proses doktrin yang demikian.

Anda tidak setuju dengan saya?..Silakan..kerana kita harus bersetuju untuk tidak bersetuju dalam hal ini.

Isu tuan guru Nik Aziz pula agak unik kerana disuatu sudut, penyokong mempertahankan beliau kerana tajaan adalah untuk menunaikan haji. Disuatu sudut lain melihat tajaan itu sebagai unsur rasuah. Pandangan saya, inilah yang yang dikatakan politik di mana apa saja yang berlaku dan melibatkan susuk pemimpin sememangnya sangat mudah disensasikan. Untuk menuduh Nik Aziz tidak bermoral saya fikir sukar kerana diketahui umum hidupnya yang sangat sederhana. Abang saya sendiri pernah mengalami situasi dengan TGNA dalam satu keadaan di mana ketika abang saya melawat TGNA beberapa tahun lalu. Adalah menjadi kebiasaan di pondok - pondok belajar agama di mana seseorang bersedekah kepada mana - mana tuan guru sebagai tanda hormat kerana mereka belajar secara percuma. Maka abang saya berbuat perkara sama pada TGNA tetapi dengan pantas TGNA menolak dan meminta abang saya memasukkan ke tabung masjid. Jumlahnya terlalu sedikit? Wallahua'lam tetapi saya sangat yakin dengan akhlak TGNA.

Isu Anwar Ibrahim pula nampaknya semakin hilang publisiti kerana masyarakat seolah - olah sudah hilang minat dengan isu liwat ini. Aura Anwar Ibrahim juga dilihat semakin pudar kerana isu ekonomi semakin menekan dan kelemahan BN semakin nyata dan cerita - cerita kedai kopi lebih berputar kepada kelemahan pemimpin sedia ada. GST, Standard Guru dan isu keselamatan negara dari pelbagai sudut membuatkan rakyat resah dan tidak menentu.

Migrasi pula semakin menakutkan jumlahnya kerana rakyat yang memiliki kecekapan dalam pelbagai bidang lebih suka berhijrah ke negara lain atas sebab daya saing negara yang semakin merosot dan perkembangan ekonomi yang lemah. Polisi - polisi yang tidak seimbang dan keputusan - keputusan kerajaan yang sangat politik sifatnya mendorong rakyat lebih suka hujan emas di negara orang.

Saya telah bersembang dengan seorang warga Bangladesh baru -baru ini. Bertanyakan kepadanya nilai kerja di sini. Katanya, RM1 bersamaan dengan 20Dhaka. Dan untuk kenyang seharian mereka hanya perlu berbelanja 10 Dhaka saja sehari. Ini bermaksud dengan 50 sen sudah mencukupi untuk sehari. Dengan tempat tinggal disediakan majikan, makanan yang minimal mampu membuatkan seorang warga Bangladesh yang bergaji RM800 sebulan di Malaysia mampu menghantar pulang tidak kurang dari 10,000 Dhaka sebulan. Maka dengan bekerja 3 tahun di negara ini, mereka sudah mampu mencipta kekayaan. Kita?

Atas dasar ini, mari kita renungkan bersama...apa yang harus dilakukan seterusnya bagi membolehkan kita terus bersaing dan tidak terjerumus ke lembah negara yang sangat mundur. Dengan hanya berjuang atas nama kaum, sebenarnya kita tidak ke mana - mana.

Mohsen Amdan Berkata: Kita tidak meminta pada Allah untuk dilahirkan dalam kaum apa. Maka kenapa kita perlu berjuang atas nama kaum? Adakah kita boleh memilih untuk jadi kaum apa?



Selamat Ulangtahun!

Gambar kenangan ketika majlis pertunangan kami dahulu...
Salam.
Hari ini, 7 Disember 2009 merupakan hari yang sangat bermakna untuk kami sekeluarga. Ini kerana isteri yang saya kasihi merayakan ulang tahunnya yang ke 29. Kami tidak merancang apa - apa secara spesifik untuk menyambutnya cuma ada beberapa agenda di minda saya bagi meraikan bersama anak - anak hari ini.

Maka, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Happy Birthday!!!!!!!!!!!!!!! kepada isteri saya..WAN FATAHHIYAH REMLI dan moga Allah Taala mengurniakan usia yang panjang, kesihatan yang baik, akal yang tajam, kekuatan untuk terus beribadah sebaiknya dan rezki yang halal dan baik. Moga Allah kurniakan rahmat dan hidayah buat dirinya menjadi ibu yang murni untuk anak - anak saya dan menjadi isteri yang solehah sehingga ke akhir hayat!
Amin ....