Total Pageviews

Perumahan & Persekolahan

Conteng ...ya..jangan tak conteng....
Salam.
2 minggu ini sememangnya agak memenatkan saya dan isteri kerana kami bertungkus lumus mencari sekolah baru untuk anak sulung kami Nur Batrisya Wafa dan merancang lokasi sekolah rendahnya. Oleh kerana kami masih belum memiliki rumah sendiri, maka sekolah yang baik menjadi penanda kami untuk memilih lokasi kawasan perumahan untuk di beli. Dari Cheras hingga ke Paya Jaras, kami memandu beratus kilometer untuk melihat sendiri kawasan kediaman yang bersesuaian dengan suasana pembangunan anak - anak dan harga yang bersesuaian dengan peruntukan kami.

Sekolah yang berdekatan dengan rumah sememangnya menjadi impian kepada ibubapa kerana akan memudahkan pergerakan keluarga mereka ke sekolah. Ia akan memudahkan ibu dan ayah menghantar anak ke sekolah, atau penjaga, ataupun ibu dan bapa mertua menghantar cucu kesayangan mereka. Bagi yang bekerja sehingga petang pula, jarak yang dekat akan memudahkan anak - anak pulang sendiri atau mereka akan bergegas semasa waktu makan tengahari untuk menjemput anak pulang.

Jenama sekolah pula kini membuatkan ibubapa lebih memilih ke sekolah mana anaknya akan dihantar. Dari tadika lagi, jenama seperti Smart reader, Q-dees dan sebagainya bersaing menarik minta ibu bapa bagi awal pembelajaran dengan harga 250 sehingga 370 sebulan tidak termasuk yuran pendaftaran dan sebagainya. Pastinya ibu bapa berpendapatan rendah tidak mampu malah bagi ibu bapa berpendapatan sederhana terpaksa mengikat perut kerana semakin ramai ibu bapa yang inginkan anak - anak mereka ke tempat sedemikian,

Diceritakan juga anak - anak seusia 4 tahun telah didaftarkan ke sekolah rendah untuk memastikan mendapat tempat disekolah rendah yang diidamkan. Bayangkan hanya selepas 2 tahun baru mereka akan memasuki alam persekolahan sebenar tetapi pendaftaran telah dibuat awal membayangkan betapa ibu bapa sangat risau kiranya anak mereka tidak mendapat tempat di sekolah tersebut.

Pada pandangan anda, mengapa perkara ini berlaku dan apakah cadangan penyelesaian yang boleh diambil?

Mohsen Amdan berkata : Terkenang zaman masuk tadika perpaduan dulu..hari - hari dengar gendang orang cina mati....

No comments: