Total Pageviews

Sekolah Sukan berteraskan islam - Perbincangan 0.01

Idea penubuhan sekolah sukan berteraskan Islam telah saya nyatakan beberapa hari lalu di Facebook dan mendapat pelbagai reaksi positif. Maka lanjutannya satu perbincangan berstatus fasa 0.01 telah berlangsung di antara saya, Khairul Faiezin iaitu Pengurus Operasi Bolarotan Media & Publication dan Ust Ahmad Husni Abdul Rahman dari Pusat Pungutan Zakat WPKL dan juga personaliti TV. Kami sepakat dalam beberapa perkara mengenai hal ini dan berpandangan idea ini boleh dikembangkan dan diperkemaskan.

Kesimbangan kemampuan mental , fizikal dan rohani pastinya ramuan terbaik dalam menghasilkan atlit yang cemerlang. Maka dengan Islam sebagai teras, disiplin dan kemampuan pelajar dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan pastinya.


Sila tonton video ini dan kepada yang berminat menjadi pasukan pemikir atau pelaksana, sila hubungi saya di 013-3889214 atau respon terus dari blog ini. Jazakallah!

Sekolah Sukan - adakah pendekatannya masih relevan?


Sebagai penggiat sukan di negara ini, saya selalu memantau, mencari dan meneroka peluang dan potensi baru dalam penghasilan bakat berkaitan sukan khususnya sepaktakraw di negara ini. Menerusi pelbagai program yang saya kendalikan membuatkan pemahaman saya terhadap proses penghasilan bakat di negara ini semakin meyakinkan saya bahawa Malaysia sebenarnya tidak ketandusan bakat. Antara penyebab yang menyumbang kearah merudumnya sukan negara ialah seperti berikut;

1. Campur tangan politik yang hanya memburukkan keadaan
2. Kegagalan memasukkan sukan dalam kitaran ekonomi
3. Program penghasilan atlit yang tidak bersepadu.
4. Pendekatan yang kurang holistik dalam mendidik dan membentuk atlit.

Berikut ialah pautan Sekolah Sukan yang anda boleh rujuk

Program Sekolah Sukan yang sudah berjalan sejak lama dulu tidak dinafikan banyak membuahkan hasil terutamanya dari sukan seperti Bolasepak, hoki, sepaktakraw dan sebagainya. Namun, apabila tiba ke peringkat yang lebih tinggi, output dari sekolah sukan ini dilihat tenggelam kerana banyak faktor yang sukar dikawal. Antaranya;

1. Atlit lepasan Sekolah Sukan sudah hilang minat kerana sukan yang disertai kurang kejohanan kompetetif atau tidak berpeluang menyertai kejohanan peringkat tinggi.
2. Persatuan sukan yang hidup segan mati tak mahu atau sudah tidak memiliki orang yang kompiten untuk mengendalikan persatuan.
3. Atlit lepasan sekolah sukan melanjutkan pelajaran ke IPTA / IPTS dan mula menumpukan pelajaran atau bidang baru.
4. Bakat - bakat dari luar Sekolah Sukan menenggelamkan atlit dari Sekolah Sukan di kejohanan pelbagai peringkat.
5. Kecederaan dan kecacatan yang dialami atlit membantutkan mereka meneruskan bidang yang diceburi.

Sejauh manakah kitaran ini akan berulang? Apakah langkah yang sepatutnya di ambil bagi menangani masalah ini?

Saya dan beberapa rakan sedang dalam perancangan satu konsep baru Sekolah Sukan. Kami ingin menyatukan elemen sukan dan rohani. Sekolah Sukan Berteraskan Islam. Bayangkan satu hari nanti, kebanyakan atlit negara kita yang beragama Islam bukan saja cemerlang di gelanggang, tetapi dalam masa yang sama mereka juga adalah golongan Huffaz!