Salam
Saya masih tidak mampu melelapkan mata meski badan sangat keletihan kerana selesai menguruskan majlis walimah 3 adik ipar saya sekaligus! Barangkali terlalu penat sehingga tak mampu untuk tidur. MasyaAllah..begitu besar nikmat yang Allah beri kepada kita meskipun hanyalah untuk tidur.
Sebagai manusia yang beriman kepada Allah, Qada' dan Qadar adalah perkara yang telah pun ditentukan oleh Allah, namun sebagai hambanya yang tidak mengetahui sesuatu apa pun yang bakal terjadi, maka kita perlu berusaha bagi mencapai sesuatu. Bila bercerita tentang berusaha, kita sering terpandu dengan matlamat atau objektif. Maka kita mula menyusun strategi, menggembleng sumber dan melaksana dengan terbaik. Dalam laluan itu, pastinya pelbagai rintangan dan halangan yang mennati maka kita cuba menghadapi atau mengelak dari bertembung dengan masalah itu. Ironinya, ramai yang setuju dengan tiada masalah = tiada kehidupan. Maka berdepan dan mengendali masalah merupakan satu bentuk motivasi positif yang perlu kita lalui saban hari.
Rintangan yang di aturkan oleh Allah merupakan perkara yang harus kita insafi selalu kerana setiap halangan yang ditentukan Allah merupakan satu peringkat yang perlu di hadapi dan sekiranya dapat di atasi dengan baik, maka Allah akan mengangkat darjat seseorang ke tempat yang lebih tinggi.
Dalam menginginkan perkara yang hebat dalam hidup, kerja siang malam, membantimg tulang dan sebagainya, kita diuji dengan pelbagai perkara yang kadangkala membuatkan kita berputus asa, bosan, kecewa dan sebagainya. Saya teringat nasihat teman baik saya yang kini berada di UK, tulisnya melalui sms kepada saya
" Orang yang paling bahagia, tidak selalunya memiliki hal - hal yang terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam dirinya." - Fikir - fikirkan kandungannya yang sangat dalam ini.
Mohsen Amdan berkata: Mengantuk la pula bila tengah menaip ni...
No comments:
Post a Comment