Total Pageviews

Program Kenali Potensi Diri - Jabatan Perdagangan Politeknik Merlimau

Salam.
6 Mei 2010
Dewan Platinum Politeknik Merlimau

Antara pelajar yang hadir

Saya diundang oleh Cik Zurya, salah seorang pensyarah Jabatan Perdagangan di Politeknik Merliamu bagi menyampaikan ceramah bertajuk Kenali Potensi Diri. Program ini di hadiri oleh 220 orang pelajar peringkat Sijil dan Diploma. Ini merupakan kali pertama saya ke Politeknik ini dan saya tiba lewat 5 minit kerana ada kejadian curi van di Balakong yang menyebabkan jalanraya sesak. Saya mula memandu secara selesa pada jam 7.30 di Mines dan saya perlu tiba di Merlimau sebelum 8.30 pagi? Mustahil!!... kecuali saya memandu kereta idaman saya - Nissan Skyline R35 GTR. Dengan kering hati, saya memecut WSS saya dan tiba di Politeknik pada jam 8.35 pagi..hmm boleh la...

Sebelum bertolak, rakan diskusi saya iaitu Tok Ijal menghantar SMS kepada saya awal pagi untuk berkongsi hasil carian maklumat berkaitan Politeknik ini. Ia sangat membantu dengan ditambah hasil perbincangan menerusi telefon pada hari sebelumnya dan juga saudara Afrizal - mantan SUSK kepada menteri turut berkongsi idea. Pandangan dari pemikir - pemikir ini penting buat saya kerana apa yang perlu saya sampaikan kepada pelajar ini bukan hanya apa yang ada dikotak pemikiran saya, tetapi harus datang dari pelbagai sumber.

Ketibaan saya disambut oleh Cik Zurya, dan setiba saya di muka pintu dewan, pelajar - pelajar telah pun bersedia di tempat duduk masing - masing. Selepas memasang kelengkapan, sesi dimulakan oleh pengacara dan ucapan dari wakil Politeknik. Saya mula mengambil alih mikrofon dan mula menyampaikan input seperti yang dirancangkan.

Doa di baca bagi memulakan program

Pengamatan saya dan rakan - rakan nampkanya tidak jauh tersasar mengenai kelompok ini dan syukur saya rasa saya dapat memberikan pelbagai input buat mereka. Walaupun berasa setengah hari adalah amat singkat, tetapi saya percaya sekurang - kurangnya mereka mula nampak betapa pentingnya mereka meneroka potensi diri sendiri. Saya turut berkongsikan kaedah membaca tandatangan dan saya berharap mereka dapat memanfaatkannya.

Menerima cenderahati sebagai tanda kenangan

Nasihat saya kepada pelajar - pelajar yang membaca tulisan saya ini, binalah rangkaian kenalan anda seluas mungkin dan tanamkan sedikit rasa serius dalam berdiskusi dengan rakan - rakan. Ketawa dan berlawak tidak salah, tetapi bila terlalu banyak ketawa dan kurang input bermanfaat, hati mudah jadi mati.

Mohsen Amdan berkata : Belajar adalah urusan seumur hidup

2 comments:

DI BAWAH LEMBAYUNG ILAHI said...

Salam.
Sen,mungkin juga kau boleh cadangkan kepada pengurusan Politeknik untuk menganjurkan sesi "Sharing is Caring" antara pelajar dan Alumni. Pihak pengurusan boleh tampilkan Alumni yang berjaya dalam bidang masing-masing untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama-sama para pelajar. Ini dapat menyuntik inspirasi kepada mereka.

Mohsen Amdan said...

menarik idea tu Tok Ijal