Total Pageviews

Politik bermula dari pendidikan pra sekolah?

Pengacara majlis ini memerlukan lebih banyak pendedahan
Salam.
25hb Julai 2010
Stadium Mini Bandar Tasik Permaisuri

Mungkinkah kanak - kanak yang membawa tulisan ini faham apa maksud Peace No War?

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan antara pusat pendidikan awal yang terkenal di negara kita. Terkenal atas 2 perkara - penekanan ilmu Islami dan Parti Islam SeMalaysia. Anak sulung saya didaftarkan di PASTI Al - Kauthar yang terletak berhampiran rumah saya dan tarikh di atas merupak hari sukan mereka yang juga berlangsung di lokasi yang saya tuliskan di atas.

Apa kaitan dengan tajuk entri ini?

Perhatikan perkara ini - Barisan Nasional atau UMNO secara tepatnya memiliki Tadika KEMAS dan PAS memiliki PASTI. Bagaimana dengan PKR? atau PR sendiri mahu mewujudkan pusat pendidikan awal jenama mereka sendiri?


Adakah jumlah pelajar dan ibu bapa yang hadir boleh menjadi 
perbandingan kepada jumlah penyokong PAS?

Saya tidak cuba mengaitkan politik partisan cuba di tanam sejak pra sekolah...jangan salah sangka. Cuma pemerhatian saya ialah, platform ini sememangnya sangat sesuai untuk mana - mana parti politik mengukuhkan pengaruh kerana ia bukan sahaja melibatkan anak - anak kecil...tetapi apabila sebarang acara dilangsungkan, ibu dan bapa muda hari ini sangat terdorong untuk turut serta - tidak seperti ibu bapa zaman dahulu. Ketika inilah wajah - wajah politik boleh mengambil kesempatan memperkenalkan diri dan menunjukkan karisma, kebolehan, keramahan dan kecekapan dalam pengendalian acara dan majlis.

Pengalaman saya dengan KEMAS dan PASTI ini membolehkan saya membuat sedikit perbandingan - mungkin tidak tepat tetapi inilah pandangan saya.

1. KEMAS kelihatan sangat tersusun dan teratur dalam pengendalian program dan acara - barangkalai kerana mereka memiliki pekerja yang dibayar gaji dan bukan jentera parti semata - mata
2. PASTI kelihatan sedikit D.I.Y tetapi menampakkan kesungguhan dengan keadaan yang agak serba kekurangan
3. KEMAS dilihat lebih banyak digerakkan oleh wanita
4. PASTI memiliki wanita sebagai tenaga pengajar, namun dalam progam dan acara, lebih ramai lelaki terlibat dan ini mencerminkan keahlian yang jitu dan semangat gotong royong tinggi walaupun tiada gaji khusus diberikan
5. PASTI memerlukan lebih pendedahan dalam mengurus acara dan sumber agar lebih berkesan
6. KEMAS perlu menarik lebih ramai lelaki untuk turut serta agar tidak kelihatan yang lelaki yang menyokong kerajaan BN ini hanya pandai mengarah dan berpolitik saja.


Mohsen Amdan berkata  : Perlu ada matapelajaran patriotisma bagi pra sekolah barang kali?

Program Persediaan Ke Dunia Kerjaya & Pembinaan Ketrampilan Mahasiswa

Salam
Agak lama saya tidak kemaskini blog ini atas kesibukan pelbagai urusan termasuk tahap kesihatan yang kurang baik. Kali ini saya cuba menulis mengenai 2 program yang sama tetapi berlangsung di lokasi berbeza - Morib dan Melaka. Program ini merupakan anjuran Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd dengan dana diperoleh dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Mensasarkan graduan baru dan mahasiswa tahun akhir, program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai cabaran dan laluan graduan, sektor perkhidmatan awam dan swasta, kaedah permohonan kerja, temuduga serta dana - dana kerajaan yang berpotensi untuk dipohon oleh mereka

12 - 14 Julai 2010
El - Azhar Camp Morib



Program ini pada mulanya menjangkakan penyertaan hampir 70 orang namun hanya 25 sahaja yang timbul - 16 dari mereka ialah mahasiswa dari UNISEL. Terimakasih kepada sahabat saya Shahrizat Said yang bertugas di UNISEL kerana telah membantu saya memperoleh pelajar  - pelajar ini. Selebihnya datang dari anak peserta FELCRA dan 2 orang lagi ialah peserta diluar kelompok ini. 
Fairus (duduk) dan Kamarul membantu melancarkan lagi perjalanan program


Dibantu oleh Pesot dah adiknya Fairus, kami ditemani oleh wakil FTC iaitu saudara Kamarul. Program bermula agak lewat kerana bilangan 25 ini hanya dicapai pada jam 5 petang. Ice breaking dilakukan pada petang hari pertama dan sesi bersambung pada malamnya dengan segmen Cabaran, Harapan dan Pasaran. Memandangkan lokasi ini merupakan kawasan Ziqzul Corporation, maka saya turut menjemput fasilitator dari ZiqZul untuk mengendalikan sesi Candle War Game pada jam 10.30 malam. 


"Di dera" oleh Sarjan Ismet Ulam Raja

Pada hari kedua, 2 penceramah yang merupakan rakan - rakan saya iaitu Afrizal Ramlan, bekas SUSK kepada Menteri Kerjaraya kini dan Shaiful Khalid - rakan di SMS Muar yang kini berada diposisi yang sangat selesa di Petronas Carigali. Kedua mereka berkongsikan pengalaman berharga mereka dan mereka merupakan contoh baik untuk diteladani kerana dengan usia yang masih muda, pencapaian mereka amatlah membanggakan.


Afrizal ketika mengendalikan sesi Sektor Perkhidmatan Awam

Sesi seterusnya sehingga hari terakhir dikendalikan oleh saya sendiri dengan bantuan Pesot dan Fairuz. Majlis penutup pula dirasmikan oleh wakil Felcra wilayah tengah.



16 - 18 Julai 2010
Puteri Resort Ayer Keroh Melaka


Sebahagian dari peserta lelaki ketika sesi Ice - Breaking

Selang sehari, program ini dilangsungkan di sebuah resort yang memiliki kolam renang terbesar di Melaka - Puteri Resort. Kali ini, peserta datangnya dari 2 institusi pengajian di Melaka - Politeknik Merlimau dan Kolej Universiti Islam Melaka. Jumlah peserta kali ini mencecah 117 orang. Saya pula kali ini dibantu oleh Pesot dan isteri, Fairus dan rakan mereka Hadi yang juga merupakan pembantu kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa. Wakil dari FELCRA pula kali ini ialah En. Mustakim.


Sesi senaman pagi di depan kolam renang

Kali ini, cabaran saya ialah jumlah peserta yang besar tetapi ruang yang kecil dan agak sempit. Untuk kali pertamanya dalam tempoh beberapa tahun, saya tidak melakukan banyak aktiviti dalam sesi program - ruang yang sempit dan peserta yang ramai. Namun, saya bersyukur kerana peserta - peserta sangat fokus dan komited terhadap program ini.


Fadzli Kadir menyampaikan ceramahnya


Rakan penceramah lain juga dijemput bagi memantapkan pengisian kali ini. Untuk ceramah sektor awam, rakan baik saya Rizal Rosli hadir memberikan input. Sektor swasta   pula disampaikan oleh rakan yang banyak membantu menaikkan nama kumpulan muzik saya dahulu iaitu Fazli Ibrahim yang kini berkhidmat di Petronas. Saya turut mengundang rakan pemikir saya iaitu Fadzli Kadir untuk berkongsi pandangan mengenai cabaran dan senario semasa dunia kerjaya. 


Tok Ijal ketika mengendalikan sesinya


Terimakasih pada Puan Suriani dan Puan Siti Marsitah kerana membantu mendapatkan peserta bagi program ini. 


Lebih gambar di facebook saya

Program Persediaan Ke Dunia Kerjaya & Pembangunan Ketrampilan Mahasiswa

Salam


Saya ingin menjemput pembaca yang baru saja tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda / Diploma untuk menyertai program Persediaan Ke Dunia Kerjaya pada 12 - 14 Julai 2010 di El-Azzhar Camp Morib. Penyertaan adalah percuma. sila war - warkan kepada sesiapa yang berkenaan. Hubungi saya segera

Program ini di kendalikan oleh saya sendiri beserta beberapa fasilitator lain yang masih muda tetapi telah berjaya dalam kerjaya masing - masing. Tempat adalah terhad

Kerja Berpasukan bersama Orang Minyak

Salam

Berjaya Hotel Jalan Imbi
16 Jun 2010

Bergambar sebelum memulakan program

Sengaja saya guna istilah orang minyak kerana peserta program saya kali ini sememangnya ada kena mengena dengan orang minyak - mereka yang bekerja dalam sektor minyak dan gas lebih tepat.

Memecah kepala merancang dan melaksana projek

GOM merupakan kontraktor O&G yang agak besar syarikatnya manakala KPOC ialah gabungan beberapa pemain industri besar yang terlibat dalam O&G di perairan Sabah / Sarawak. Sepertimana selalu, ZiqZul Corp menjemput saya untuk mengendalikan program ini bersama Pengurus mereka iaitu Saifuddin. Bertempat di Berjaya Hotel Jalan Imbi, kami tiba seawal jam 8 dan rupa - rupanya saya perlu menjadi pengacara sebelum sesi program sebenar berlangsung. 

Menguji produk yang dihasilkan

Medium yang digunakan kali ini ialah Bahasa Inggeris dan Alhamdullillah program berjalan lancar sekali. Walaupun beberapa orang dari peserta merupakan orang atasan syarikat, namun mereka tidak kekok untuk bersama peserta lain menjalani beberapa aktiviti yang dilangsungkan oleh saya dan Saifuddin