Total Pageviews

Bersih 2.0 - Sambungan

Berikut ialah tuntutan yang dikemukan oleh Bersih 2.0


8 Tuntutan Bersih 2.0:

  • BERSIHkan Senarai undi
  • Mereformasikan Undi Pos
  • Penggunaan Dakwat Kekal
  • Akses Media yang Bebas dan Adil
  • Tempoh Kempen Minima 21 hari
  • Kukuhkan Institusi Awam
  • Hentikan Rasuah
  • Hentikan Politik Kotor
Melihat dari senarai tuntutan ini, tiada satu pun yang dilihat bakal merosakkan keharmonian negara. Malah saya melihat ia lebih mirip kepada perlaksanaan 'Good Governance'. Namun dalam tuntutan ini nampaknya, ia bakal merobekkan kulit - kulit kepalsuan dan salah laku kerajaan memerintah hari ini.

Stimulus vs Response , Cause and Effect, Action vs Reaction atau pun apa jua pendekatan psikologi yang melibatkan tingkahlaku biasanya akan menjurus kepada input akan mempengaruhi output. Umpama bola tenis yang dilemparkan ke dinding, semakin kuat lontaran maka semakin kuat lantunan bola itu kepada sudut refleksinya.

Tuntutan Bersih 2.0 dilihat memberikan kesedaran maklumat kepada rakyat. Kerajaan yang memerintah pula cuba mengalihkan perhatian tuntutan itu kepada kesan perhimpunan. Maka yang diwar - warkan saban hari di dada - dada media ialah kesan kekalutan sewaktu perhimpunan berlaku. NGO - NGO pro kerajaan di berikan platform menyatakan rasa, sokongan pada kerajaan mahupun ugutan kepada kempen Bersih ini. 

Berikut ialah antara perkataan - perkataan yang kerap digunapakai bagi mempengaruhi massa dalam senario ini:

1. Perhimpunan Haram
2. Pertubuhan Haram
3. Keganasan
4. Tindakan liar
5. Kesan negatif
6. Kesejahteraan
7. Mengugat keamanan
8. Kerugian
9. Kemusnahan

Perkataan - perkataan yang bersifat 'intangible' ini digunapakai bagi mempengaruhi pembaca. Malah rujukan perkataan ini dikaitkan dengan suasana di Timur Tengah. Ia merupakan satu kaedah berkesan bagi menanamkan ketakutan, benci dan risau. Dalam strategi pemasaran, ia di panggil 'Fear of Loss'. Tawaran diberikan kepada bakal pelanggan dengan menyebut perkataan - perkataan bersifat demikian bagi membina rasa 'rugi kalau tak beli'.

Malangnya, terdapat sekumpulan besar rakyat yang sudah tepu dengan perkataan - perkataan sebegini. Apa jua yang cuba disampaikan ditolak dari awal lagi kerana ia telah pun menjadi NILAI. Mereka yang pernah menghadiri program saya pastinya ingat Model Kulit Bawang yang saya selalu gunapakai. Nilai berada di lapisan paling dalam diri manusia dan ia tidak mudah diubah sekiranya input itu bersifat luaran. Maka sebarang input yang diberikan oleh kerajaan memerintah dilihat tidak lebih dari propaganda semata.

Sebaliknya juga begitu. Penyokong kerajaan memerintah juga menolak tuntuan Bersih 2.0 sedari awal kerana ia juga telah menjadi nilai mereka. Apabila pemimpin - pemimpin utama parti pembangkang terlibat dalam Bersih 2.0 ini, maka ia dilihat lebih sebagai usaha merampas Putrajaya berbanding usaha penambahbaikan urustadbir negara. Walaupun Datuk Ambiga berdiri sebagai ketua kempen ini, Pakatan Rakyat tetap dilihat sebagai pendokong sebenar Bersih 2.0


No comments: